-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-12-18

Yuki hari kedua...

Salji tak henti2 turun dari pagi tadi hingga ke malam...mencecah 0 darjah celcius. Diramalkan akan turun hingga hujung minggu ni. Bila tengok salji makin menebal diluar sana rasa macam tak sedap hati pulak nak biarkan anak2 balik sendiri dari sekolah, apa lagi pukul 3ptg tadi keluar rumah la berjalan kaki nak ambik budak2 2 beradik tu... Elok aje nak melintas jalan tengok Mifzal dah balik bersama dengan Arata kun tapi adiknyer tak ada bersama katanyer belum keluar lagi... Sempat dia bagitau lepas balik nak main salji dengan Arata buat yuki durama (snowman)..Ibu passkan kunci rumah je kat Mifzal dan meneruskan perjalanan ke sekolah....

Alahai kesiannyer dia..yang lebih terharu guru besar sekolah sendiri yang guide budak2 darjah satu balik!!...Bersama dengan beberapa guru yang lain...masing2 guide kawasan2 tertentu!!....mungkin budak2 tahun satu takde pengalaman lagi....memang terharu!!. Bila guru besar nampak ibu, terus dia lepaskan budak2 area yang sama dengan Ikmal untuk ibu continue guide...beria ucapkan terima kasih...

Yuki dah hampir menyamai paras lutut Ikmal. Rasanyer tahun ni lagi tebal berbanding dengan tahun lepas!

Suasana sepanjang perjalanan nak balik ke rumah lepas ambik Ikmal.

Lepas dah sampai rumah je terus kanak-kanak ribena tu nak main salji kat koen (tmn permainan) belakang rumah. Sekarang malam cepat sangat...pukul 4.30ptg dah gelap..gagahi jugak la diri ini nak temankan anak2 main salji...sejuk wehhhhh!!



Suasana sekitar koen...


Tak sempat nak tunggu yuki durama siap...nak balik rumah la tak tahan nunggu deme main kat situ.

JOM tengok video kanak2 ribena tengah nak buat yuki durama..

1 ulasan:

kew_chop berkata...

tebalnye yuki tahun ni. bestnye tapi sejukla kan..

Catat Ulasan