Start dari hari Selasa lepas cuaca dah bertambah cerah..dah nampak matahari hingga ke hari ini. Tengok atap2 rumah jiran dan kat tepi2 jalan dah banyak salji yang cair dan laluan untuk penunggang2 basikal dan penjalan kaki dah kembali clear!..huhhh..betapa pentingnyer laluan tu..mana taknyer hari2 nak ke kedai kena ngayuh basikal kalau idak jenuh le teman nak jalan kaki ke supermarket tu!! Idak ke jenuh nak bawak barang2 kalau jalan kaki!..Dan yang penting anak2 nak kesekolah pun tak susah...
Saje nak share gambar2 kat bawah ni masa hari ke3 yuki turun iaitu pada Sabtu lepas (19 Dec) Masa ni memang tengah lebat sangat2..Aktiviti bawah rumah je ni..kat paking kerete.
Inilah yang dikatakan budak2...tersangat suka main salji especially si adik. Memang tak makan saman.
Sodok jangan tak sodok..!!..kalau tak disodok habis tempat parking tu penuh dilitupi salji!
Satu famili main sodok2 ais..rasa macam pelik pulak kalau sodok ais ni..selalu kalau kita kat Malaysia tengok orang sodok tanah!!..Itula 2 dunia yang berbeza!
Bersama makcik yang duk sebelah rumah. Selalu duk intai atap rumah dia la yang nampak salji2 tebal tu. Dia pun cakap kali ni salji yang turun agak melampau banyaknyer..hehe..
Tara....ni dia kerete makcik tu!!.Dah hampir menyamai paras dengan tingkap kereta! Dia tak susahla macam kitaorang nak sodok2 ni ..sebabnyer kat parking kete dia tu ada buat satu saluran air untuk mencairkan ais2 tu..
Hasil kerja dari seorang ayah mithali..hehe...salji2 tu disodok dan diletakkan disatu sudut supaya membentuk seperti bukit kecil..tujuan untuk memudahkan anak2 main sori. Tak ke lebor je senyum 2 orang anak teruna tu!.
Yeah!!!..ayah berjaya buat bukit kecik!!..hehe...
Posing sikit...
Terpaksa tinggalkan sementara aktiviti sodok2 tu..kami nak pergi supermarket yang berhampiran tu kejap..nak beli barang2 sebab malam tu kan ada buat makan2.. (dah masuk dalam entry lepas..) bergambar kat laluan nak melintas jalan..
Inilah dia budak tak makan saman, peminat ais no satu!!..pantang nampak mesti nyinggah kaup!!
0 ulasan:
Catat Ulasan