-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-12-22

Business Trip ke Nagano

Pagi Jumaat yang lepas ayah ke Nagano atas urusan kerja dia. Pergi bersama dengan 3 orang staff nihonjin (org jepun). Seawal 6.30pg dah bertolak dari rumah sebab takut sangkut kat jalan raya disebabkan salji yang turun tanpa henti bermula dari hari Khamis lepas. Parking kete kat tempat keje kemudian naik kete syarikat bersama dengan staff nihonjin tu.
Perjalanan nak menuju ke Nagano. Dari Toyama mengambil masa lebih kurang 3 1/2 jam perjalanan...fuhhhh jauh jugak tu ye...dalam keadaan sejuk macam ni mesti asyik nak berenti cari toilet je ye...macam kat Malaysia bolehle nak cari petrol pump Petronas ke..Shell ke.. kalau kat sini kene le cari kombini store...hehe, kalau petrol pump tu tujuan nak isi minyak je le....

Tujuan ke Nagano adalah ditugaskan buat audit dan buat presentation kepada supplier untuk improvekan metal cap. (salah satu part untuk membuat chips resonator). Dengar citernyer hampir 6 bulan ayah buat analisis dan experiment untuk menukarkan design part tersebut. Setelah 6 bulan buat kajian barulah dapat membuktikan bahawa design part tersebut perlu ditukar untuk improvekan kualiti produk.

OK dah sampai destinasinyer...takde le pulak teruk saljinyer yer..kalau kat Toyama jangan kenanglah tebalnyer!!


Lunch di salah satu restoran yang berdekatan..inilah staff yang bersama2 dalam business trip ni(Dari kiri, Hayashi-san, Kawada-san, Matae-san)


Sebelum nak balik ke Toyama ada pulak habuan untuk ayah, nie ha.. sekotak buah epal !!..gemuk2 dan bulat2..

Senbei (makanan ringan jepun yang dibuat dari tepung beras atau tepung bijirin) buah tangan dari ayah untuk ibu dan anak2. Kami anak beranak memang dah suka sangat makan senbei ni!! Boleh didapati dalam berbagai bentuk, ade bentuk bulat, lonjong, empat segi, atau empat segi yang panjang!



Perjalanan nak balik ke Toyama yang sepatutnyer mangambil masa 3 1/2jam bertukar menjadi 7jam disebabkan salji yang turun tanpa henti dan terpaksa memandu dengan perlahan takut jalan licin. Keluar dari Nagano pada pukul 5ptg.
Sesampai ditempat keje (nak ambik kete) lebih kurang pukul 11.30malam...apa yang terjadi pada kerete yang parking pagi tadi??????






*******************************************************







Tu dia....kerete dah diselubungi dengan salji tebal!! satu hal pulak nak ngesahkan dia!!..sepatutnyer hari ni ayah ada annual dinner dengan section dia..tapi tak dapat nak join sebab sampai pun dah lewat!!. Sampai rumah lebih kurang pukul 12mlm lebih...

0 ulasan:

Catat Ulasan