-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-03-31

School re-entry registration

Minggu ni ayah dapat cuti seminggu dari syarikat, yerla baru jer balik sini dah kene kerja hari isnin tu (22hb lepas..) tak dapat nak rehat2kan diri dah kene lapor diri..sebab utamanyer terpaksa buat job transfer atau ambil alih kerja staff berkenaan yang akan turun ke Jepun untuk 2nd batch yang sama programme macam kami dulu, jadinyer staff tu kenela turunkan segala ilmu2 sebelum dia berangkat ke Jepun pada Jumaat ini.

Jadinyer dapatlah minggu ni settlekan urusan2 kemasukan anak2 masuk sekolah. Semalam dah pergi laporkan diri kat sekolah lama Mifzal masa dia sempat masuk darjah satu selama 4 bulan sebelum ke Jepun. Segala history tentang bertukar sekolah sementara memang dah direkodkan sebab ibu dah buat surat jadinyer masa kami datang ke sekolah semalam terus2 jer kerani sekolah berkenaan tu ingat citer 2 tahun lepas tu....( senang keje teman...)
Inilah sekolah baru anak2 ibu..tapi leceh sikit sebab abang dan adik berbeza masa. Mifzal yang masuk tahun 3 bersekolah pagi dan Ikmal tahun satu akan bersekolah petang..jenuh jugak nak arrangekan masa tu.. Kelas belum ditentukan lagi sebabnyer akan diadakan satu test untuk menentukan kelas2 yang mana...
Pada ibu untuk permulaan ni takperla kalau tak dapat kelas yang bagus, nanti bila dah lama sikit buat yang terbaik yer nak.. Ambik masa jugak nak kenalkan dengan sylibus sini yang sah2 berbeza dengan sekolah di Jepun tu!!..

Sebelum tu kene buat re-entry registration kat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kene dapatkan surat pengesahan dari JPN. Hari ni menyettlekan urusan disini dan esok anak2 dah boleh masuk sekolah. Bermulalah alam baru disekolah sini pulak...Gambatte kudasai... (SEMOGA BERJAYA..). Ibu dan ayah doakan yang terbaik untuk anak2 disini......

2010-03-30

Pertemuan yang tak dirancang

Ini citer hari Sabtu (20hb Mac yang lepas..) sehari selepas kami menjejakkan kaki ditanah air ni. Walaupun dah agak terlewat untuk share tapi dalam hati ini memang tak akan lupa saat2 pertemuan yang tak dirancang dengan seorang sahabat karib ini. Kami berkawan baik seawal umur 6 tahun lagi bersama2 tadika di tadika Tronoh...hehe..sehingga masing2 dah beranak pinak masih lagi kami berhubung....dia memang antara kawan yang terlalu mengambil berat bab2 persahabatan ni..sayang kamu Ida....( kawan2 yang lain pun sama...sayang kalian semua...jangan ade pulak yang berkecil hati yer..)

Bersama dengan Ida yang secara mengejut datang kerumah mak di Siputeh dengan harapan dapat berjumpa dengan kami yang baru balik dari Jepun ni..tak sangka sangat2 memang waktu sampai rumah mak tu kebetulan Ida and famili tengah round2 buat spotcheck!! Rezeki dapat jumpa...
Dan juga pertama kalinyer dapat jumpa dengan anak sedara sorang ni..Muhammad Haziq Hakim.

Yang ni pulak adik ipar. Baby tu anak sedara baru yang kedua..adik kepada baby Haziq..setahun sorang wehhh!!..baby girl..Nur Khalisa Balqish kalau tak silap namanyer le....nanti kompem balik hehe....

Cik abe Ida yang sangat sporting..sampai kami berdua kena perli katanyer "Ngalahkan tak jumpa 10 tahun.." huhu....biasela mula2 jumpa kecoh tu yang ibarat 10 tahun tak berjumpa tu..kadang2 tu bukan apa bila dah berjumpa dengan kawan2 satu kepala terlupa pulak yang kita ni mak budak bukan anak2 dara macam dulu2 lagi..hehe..tak caya tunggula kalau dapat buat reunion dengan yang lain2 tu..lagi gamat..betui tak Ta, Aton...???

Tumpang kasih kat anak sedara..mula2 liat sungguh dia nak dapatkan kita..maklumlah entah dari mana datang tetiba terus nak dukung tu yang dia takut tu...takper slow..slow..sekarang ni pun dah mau sikit2...

Inilah dia famili bahagia..kesemuanyer tiga orang puteri, bila dah besar jadi tiga dara pingitan...hehe. Senangla ko Ida terima duit jer nanti...teman jugak yang kene ngangtor duit.. Bila la pulak turn kita nak nambah ni????

2010-03-28

Murata Malaysia Annual Dinner

Semalam telah diadakan satu majlis annual dinner anjuran syarikat tempat ibu dan ayah bekerja. Tak sangka jugak dapat jemputan walaupun hampir dua tahun bercuti tanpa gaji. (Kalau deme lupakan kita memang sajerler...hehe) Ini adalah ulang tahun syarikat yang ke 16 tahun. Seperti biasela mana lagi tempatnyer kalau bukan di hotel Syuen Ipoh..dari zaman dolu2 lagi asyik2 Syuen Hotel jer....

Meriah jangan kenangla tambahan lama tak jumpa kawan2 dalam tu!! Untuk pengetahun ibu ni belum lagi melaporkan diri kat tempat kerja...huhu...masih lagi bercuti sehingga 20hb April insyAllah, ( ajer melampau..sakan ke tak sakan tu....) cuma ayah jer yang dah start kerja..angin nak mula kerja tu rasa liat sikit, ke rasa dah??????? Sebab tu gaya tak jumpa tu ngalahkan sepuluh tahun!! Banyak dah muka2 baru dalam tu..

Nasib tahun ni tak bertema..bebas berpakaian!! Kalau tak rungsing jugak nak ngesahkannyer..tambahan baru balik ni..

Suasana yang penuh warna warni dengan pakaian2 yang anggun...masing2 bergaya sakan dan tak kurang jugak minah2 indon yang menampilkan gaya yang kurang sopan itu!!!!! Nasib orang2 kita sopan2 belaka!! Itu yang bagus warga2 Malaysia ni!!!

Wajah-wajah kesayangan teman2 ku..dah book siap2 suruh Kak Azah reservedkan tempat duduk. Tankiuu akak..dua tahun tak berjumpa dengan kalian..


Ni tiga dara pingitan!! Yang tengah2 tu adik..boria dorang malam tu..sepesen peten bajunyer..

Jejaka2 Malaya..wahai kawanku Ida..masih kenalkan dikau dengan mamat yang dari kiri itu?? kisah lampau itu...haha

Bersama dengan Kak Yan dan Kak As..akhirnyer dapat jumpa jugak dengan Kak As walau ditengah ratusan2 orang itu..

Manager performances..dengan gaya tarian kanak2 tadika..sangat2 lucu dan cumil2 semuanyer!! Selain dari itu ade jugak jemputan dari luar untuk buat persembahan malam itu. Dengan gaya tarian dari MJ, pertandingan karaoke dan jugak persembahan khas dari negara China.

Bersama Mr.Hidzam and mem besar, Mek Linda..

Supporter2 MME yang akan terbang kembali ke Jepun pada minggu hadapan kalau tak silap..

Yeahh malam tu grup meja yang bernumber 14 ini menang untuk acara game dan meja bertuah!! Ni kira tuah orang baru balik Jepun ni..haha..tapi yang grand2 punyer hadiah tak dapat daaa....ingat kot2 bolehla sangkut dapat peti ais ke..tv 40" ke..aircond ke.. jangan haraplah..dah lama duk sini memang tak pernah sangkut pun grand2 prize...huhu

Suasana meriah dan gemilang!!


Dan ini adalah souvinier tahun ini untuk semua pekerja2, ade dua kaler pilihan hijau dan merah..dan juga dapat sepasang sudu dan garfu. Cantik jugak beg tu kalau digunakan untuk tujuan bersukan!!


Kepada pemenang2 award dari kategori2 tertentu diucapkan tahniah semoga berusaha untuk tahun2 yang akan datang lagi..sangat2 lumayan hadiah yang berupa wang ringgit itu!! Kepada rakan2 baik..Malinda, Kak Yan bolehla bukak satu table belanja makan untuk kami yang baru balik ni. Kepada ayah dan rakan2 lain tahniah sebab telah berkhidmat selama 15tahun di syarikat ini dan telah dapat award long services berserta dengan duit yang dikira sangat lumayan..lepas ni nak manja2 lebih sikit kot2 boleh dapat apa yang nak!!!..

2010-03-26

Cerita2 di Mesia

Hari ni cukup seminggu kami berada di tanah air...badan pun terkejut dengan kejutan cuaca disini...bayangkanlah sebelum kesini temperature di jepun adalah 5-8 darjah...tapi disini over 30 darjah!! tak ke badan pun rasa terkejut..
Setiba ajer menjejakkan kaki di KLIA minggu lepas agak berpinau rasa badan...sebab bahang panas yang terasa tu!!! Dari bapak..mak sampai anak2 kecoh mencari toilet nak salin pakaian. Dari 3 helai tinggal sehelai ...hehe..itulah penangan cuaca disini....

Pepagi hari Sabtu lepas kami anak beranak pekena dengan roti canai + teh tarik!! Ni kira sarapan kat kedai mamak Salim de Corner la ni....dekat jer dari rumah kat Seksyen 18 nun...masih tak berubah suasana di kedai tu.. perghhhh baru betui nampak suasana di Mesia!!! Nak compare lebih2 pun nanti ade orang yang marah....nanti ade orang cakap " Haaa..pi la duk lama2 kat Jepun tu!!.."hehe.. (paham2 la maksud tu yer....) Pengalaman mengajar segalanyer....

Lepas ni naik balik ke badan wehh..takper mula2 sampai memang semua nak rasa..lepas tu jaga balik kesihatan yer bang...hehe. Bukan apa bila umur dan nak masuk 40an ni kesihatan memang kene titik beratkan risau macam2 penyakit yang datang..

Selepas pekene sarapan terus pecut ke rumah mak mertua di Parit,Perak, belum jumpa lagi dengan famili disana. Famili sendiri dah jumpa malam2 sesampai jer kami disini sebabnyer diorang dah tunggu kat rumah kami nun..

Ini kenduri doa selamat kecil2an yang dibuat dirumah mak mertua. Hanyer adik beradik dan sedara terdekat jer..Buat pada hari Ahad lepas..



Dan yang hemsem diantara yang paling hemsem ni adalah tok (bapak pada mak mertua)..umur pun dah lewat 80an..tak larat dah..rezeki kami dapat jumpa dengan tok lagi..tapi ingatan tak berapa kuat dah.....semedang lupanyer...ayat yang sama selalu diulangnyer...." Kamu sapa???"...hehe

2010-03-25

Salam bersua kembali.....

Salam bertemu kembali..setelah hampir seminggu tak bersua dialam maya ni. Memang sangat2 nak keudara tapi line tenet takde kat rumah ni..baru jer apply tu yang dapat guna ni. Pada kawan2 yang cuba hubungi no phone nor tu mintak ampun mintak maap sebabnyer tipon tu tertinggal di hotel Kyoto masa menginap semalam disana...huhu...tapi kawan disana dah tolong ambikkan..lega selamat dah ade dalam simpanan kawan tu...Terima kasih pada Athari sebab dah susahkan terpaksa pergi ke hotel tu..

Alhamdulillah perjalanan kami ke tanah air berjalan dengan lancar...terima kasih pada semua yang mendoakan perjalanan kami dan sudi share bersama2 kisah kesedihan meninggalkan rumah kedua kami di Jepun tu..huhu..
Kami selamat sampai pada Jumaat lepas (19hb Mac) pada pukul 7.15malam. Transit di Kota Kinabalu sejam...kalau tak boleh lagi cepat sampai...

Malaysian Airlines



Masa2 terakhir untuk kami ucapkan selamat tinggal Japan...kenangan indah yang tak mungkin kami lupakan...

Sebelum tu nak share jugak pertemuan yang terakhir kalinyer kami bersama2 dengan sensei anak2 di sekolah Yanagimachi ni. Mikami sensei (guru kelas Mifzal) yang arrangekan untuk kami berjumpa dengan Guru Besar sekolah. Kata Guru Besar yang sangat sedih atas kehilangan dua beradik disekolah itu.
Bersama2 dalam gambar ini adalah Nakamura sensei, Mikami sensei, Nagamori sensei dan Guru Besar sekolah. Semua tinggal kenangan disini...sedih jugak rasanyer bila terpaksa melangkah keluar dari sini..tapi anak2 ada tanam satu impian..kata mereka satu hari nanti nak datang sini lagi nak belajar kat Toyama.....huhu...seronok bila dorang ade impian macam tu..

Yang ni pulak bergambar bersama2 dengan sensei2 ayah masa dia belajar bahasa jepun selama 6 bulan dulu. Dapatlah jugak bertemu dengan sensei2 ni sebab dah datang Kyoto menginap dihotel sana. Ni kira nak jadi rezeki dapat jumpa sebabnyer dorang semua tak balik lagi...padahal dah pukul 7 malam masa tu..

Bersama dengan Wanniwat (org Thai) yang juga sama programme macam kami. Rasanyer dia keluar dari bumi Jepun ni minggu ni kot..masa ni dia datang ke hotel untuk berjumpa buat terakhir kalinyer..dan yang sorang lagi (berbaju putih) adalah Athari (org Mesia) yang kini bekerja di HQ Kyoto. Terima kasih yer tolong ambikkan handphone yang tertinggal tu...jasa dikenang!!

Hotel tempat kami menginap...


SAYONARA JAPAN.....

2010-03-18

Sayonara Toyama...

Akhirnyer hari yang ditetapkan telah tiba untuk kami mengucapkan sayonara...Seawal pagi bangun ( walaupun tido pukul 4.30pg..huhu..) untuk sambung menyiapkan saki baki keje2 mengosongkan rumah dan sampah2 yang bertimbum tu..nasib ada makcik yang incharge sampah tu tolong sama2 ngesahkan pembahagian sampah tu..kelam kabut jugak maklumlah nak tinggalkan rumah buat selama2nyer ni ...huhu..

Suasana rumah tamu yang telah dikosongkan, hanye tinggal barang2 yang dari hak syarikat aje..sedih sangat rasanyer...banyak kenangan walaupun 2 tahun tinggal sini.

Bergambar kenangan dalam rumah ini...

Pukul 2.19ptg masa untuk kami say bye2 pada Toyama...dengan ditemani dengan kawan2, jiran2 dan adik2 student..Nak jadi rezeki hari ni sekolah anak2 ni balik awal pukul 11pagi sebabnyer meraikan murid2 tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah itu, jadinyer dapatlah kawan2 Mifzal hantar ke stesen. Sebelum naik keretapi famili Tanaka, Nakaichi dan Nakamura kongsi duit untuk belanja kami lunch. Terima kasih yang tak terhingga...banyak sangat duit yang dah berhabis untuk kami....


Bersama dengan jiran2 yang datang menghantar kami ke stesen, sangat terharu dengan keprihatinan orang2 Toyama....sangat terharu..
Kepada makcik Yoshino dan Tanimura san terima kasih bagi hadiah yang berupa wang kepada kami. Alhamdulillah bile convert ke rm malaysia lepaslah sebulan nak makan...
Ade lagi beberapa hadiah yang kami dapat last2 minute ni...hontoni arigatou...dan lebih terharu dapat dua pucuk surat dari Yoko san dan Sachiyo san. Penuh bermakna dan terharu dengan mereka berdua. Yang lebih terperanjat Sachiyo dan Yoko menggunakan bahasa inggeris + malaysia..huhu...sayang sangat dengan kalian...

Aoyama san pun ade bersama...cantik bergaya suami isteri ni...terima kasih sudi luangkan masa untuk kami..

Disebelah kanan, Tanimura san (ketua blok) dan Tanaka san...terima kasih atas segalanyer..tahun ini kami tak dapat nak join sukaneka Tachideemachi lagi...huhu

Masa ni sedang menunggu keretapi..memang tak dapat menahan air mata..semua pakat nangis dan berpeluk2..teringat masa mula2 nak turun sini kes yang sama jugak nangis dan peluk2 dengan ahli famili..tapi kali ni lain sikit...pemergian terus dan mungkin agak sukar untuk kembali ke sini lagi....watachi tachi zutto tomodachi!!!!



Wajah-wajah sedih Mifzal yang teringatkan kawan2 sekolahnyer terutama yang bersama2 pergi dan balik ke sekolah. Kata Sachiyo san cuti musim spring yang akan tiba nanti dia akan bawak Arata ke Disney Land untuk bagi seronok...sebab selalu kalau ade cuti2 panjang mesti ade ajer aktiviti bersama...tapi kali ni dah takde lagi....huhu
Citer tentang Ikmal pulak.. patutla dia takde perasaan langsung nak balik Malaysia ni, rupa2nyer dia ingatkan pergi balik bercuti ajer dan akan balik ke Jepun. Bila diterangkan betul2 barulah dia terkejut!!!..Memang tak prihatin langsung budak bertuah tu...


Yang orang dalam gambar ni memang tersangat melampau....dari sebelum naik keretapi..dalam keretapi..dah sampai Kyoto pun sama jugak....
Sampai di Kyoto lebih kurang pukul 5.30ptg, sempat berjumpa dengan kawan2 dari Malaysia...sama2 dinner malam tadi..
Malam ni kami tido semalam di hotel Kyoto dan pagi2 esok dalam pukul 6.30pagi akan checkout..
InsyAllah kalau berpandu pada tiket penerbangan kami akan sampai KLIA pada pukul 7.30mlm.....berjumpa pulak dengan citer2 di Malaysia!!!
Rindu nak jumpa wajah2 kesayangan di kampung...tunggu dan nantikan kepulangan kami....

Semoga perjalanan kami untuk sampai ke destinasi yang sebenar akan berjalan dengan lancar. Doakan perjalanan kami semoga semua selamat....Ameen...

Barang2 dah terbang..

Baru sempat nak bukak blog...dalam macam mana keadaan pun rasa semacam jer kalau tak ngadap..hehe..(teruk betui kan kalau dah menggiler berblogging ni..) jam dah menunjukkan pukul 3.15pagi....orang tengah sibuk tido lena yang kita mengadap laptop..bukan ape..rehatkan pinggang jap... hari ni aktiviti sental menyental rumah..dinding..lantai..dan yang seantero dengannyer.. nak ditinggalkan dalam keadaan kureng sedap mata memandang tu rasa serba salah pulak...tak tau macam mana nak baca isi perut tuan rumah ni...kalau bangsa kita bolehle gitu2 hal tapi ni tak pernah ade pengalaman menyewa dengan orang jepun tu yang susah teman ni!!! Nak taknak demi nak tinggalkan nama baik kat sini terpaksalah korbankan masa dan sengkangkan biji mata....dah 2-3 hari tido jam 2pagi..tapi hari ni lagi hebat...agaknyer langsung tak tido kot!!!...esok dah nak berangkat dah.....huhu

Oklah apapun nak citer yang barang2 dah selamat terbang dulu. Hari Selasa baru2 ni transporter yang sama datang kerumah untuk collect barang2 yang naik kapal terbang pulak.. Alhamdulillah...kerisauan sikit sebab berat hanyer dibenarkan dalam 300kg ajer, tapi barang2 kami ni kurang dari berat yang dibenarkan...lega sesangat!!!

Ayah sedang menulis invois..


PIC dalam urusan angkut2 barang ni...kelihatan sedang buat anggaran berat2 kotak..sampai penimbang pun diorang lupa nak bawak!! Nasib ade yang kat rumah ni...belasah jerla yang penimbang untuk orang punyer!!...hehe

Sedang wrapping kotak2....