-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-12-11

Fuyu menjelma lagi...

Ramalan stesen kaji cuaca meramalkan minggu hadapan di kawasan Toyama akan turun salji. Yer ini tahun kedua bagi ibu dan anak2 menikmati musim fuyu (winter). Berbeza pulak dengan tahun lepas yang agak cepat salji turun...iaitu pada 20 Nov. (date ni ingat sebab tulis dlm buku diari..masa tu belum terciptanyer blog lagi..hehe) Tahun ni kira lambat sikit!!

Dan bila dah nak masuk fuyu ni mulalah perasaan sedih..sentimental.. segala mak bapak mental datang..sebabnyer kesian pada anak2 yang terpaksa ke sekolah dalam kesejukan dan ditemani ais2 disepanjang jalan!!...sarat je rupanyer dengan baju berlapis2 dan berbulu tebal, glove tebal, kasut butnyer, nak pegang payung, nak pegang bento (bekal), sandang air botol, sandang beg sekolah peten 4 segi tu...dalam keadaan berjalan kaki sejauh 15-20min. Kesian kan???? Last year yang sulung je ke sekolah....tahun ni ada geng dengan adiknyer pulak!!.. lagila hati ini bertambah shahdu mahdu.....

Jom nak share gambar2 musim salji sekitar dari tahun 2007...
Masa ni ibu dan anak2 tak turun Jepun lagi...ayah sorang je..



Beralih ke tahun 2008...

Inilah kali pertama pada tarikh 20 Nov 2008 kami anak beranak turun bawah rumah, tengah malam main salji..masa ni tengah jakun lagi!!...

Sakan anak2 bermain salji...lokasi di koen (taman permainan) belakang rumah..

Kata orang2 jepun ini adalah salah satu musim yang diorang benci!! sebabnyer segala aktiviti luar banyak tergendala dan tak suka terlalu sejuk!! Tapi macam dinegara kita takde musim ni kira teringin jugak nak rasa macam mana kan??

Dan jugak pertama kali kami dibawa ke ski-jo (tempat main ski) oleh Tanaka san famili..segala peralatan main semua Tanaka san punyer termasukla baju ski tu..baju tu kepunyaan anak2 dia kecik2 dulu... dia bagi pinjam!!

Tengokle dua sekawan ni suka sangat main sori tu (papan luncur budak2..)

Macam pro je rupanyer dengan sut ski pinjam..tapi asyik tergolek je main!!..hehe

Bersama dengan Tanaka san famili...

Plan nak pergi lagi tempat ni......TUNGGGGUUUUUU......untuk tahun ini 2009.


3 ulasan:

Watierman berkata...

Teringat last winter in Tennessee back in 1990-1991......nostalgia mengimbau kenangan lama...

kew_chop berkata...

waa bestnye main yuki. tak merasa la kami kat sini tahun ni..

NorNaza berkata...

Kak Watie : uiii dah lama tu yer..tinggal dlm kenangan ye..

Murni : meh la turun Toyama kita main yuki same2..kak nor tunggu tau...

Catat Ulasan