-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-01-28

Mandi manda di Sungai Klah

Ini aktiviti famili pada 010111 yang lepas. Sempena tahun baru dan cuti sekolah yang dah ngujung2 sesangat..kesian kat anak2 langsung tak plan nak bawak diaorang kemana2..minta maaf yer anak2 berdua. Ibu dan ayah tak buat plan pun..sibuk kerja jer semedang...
Kali kedua sampai kesini, sebelum tu pernah sekali sampai kesini masa famili day anjuran tempat ibu dan ayah kerja dulu..seingat area tahun 2007 sebelum kami sefamili berhijrah sementara ke Jepun.
Kali ni plan pergi ke Sungai Klah Hot Spring bersama dengan abang ipar famili. Tempat cenggini memanglah menjadi pujaan semua anak2..iaitu berendam dalam air!!

Anak2 bersama dengan sepupu2 diaorang.

Bab-bab berendam memang menjadi pujaan kami berdua..


Bersama dengan Kak Ana (biras). Ibu tak dapat join berendam sekali..huhu..tengah memboyot macam ni tukang cuci2 mata jer la tengok gelagat anak2 orang yang mandi manda pada hari tu.

Makan-makan time..tempat ni yang bestnyer boleh bawak masuk makanan luar dengan kata lain konon2 macam berkelah la. Kalau kat Lost World Tambun nun jangan haraplah boleh cenggini. Nak makan kene la beli barang2 yang dijual didalam tu. Tak suka..tak suka..sebabnyer MAHAL!!..sini best!! Bebas boleh bawak makanan dari rumah.


Ini aktiviti board walk. Berjalan atas batu2.. Lega tapak2 kaki tapi bila lama sangat jadi sakit pulak!!

Ini pulak egg boiling aktivity. Telor tidak dibenarkan dibeli dari luar yer...kalau nak buat aktiviti ni kena beli telor yang dijual disitu. Best kalau buat telor setengah masak..makan time2 tu jugak. Sedap!!. Tahap suhu kepanasan yang memang tersangatlah panasnyer...tak ingat pulak berapa suhunyer. Tapi memang kejap sangat2 la masa merebus telor ni..

Ini pulak aktiviti selepas berendam dalam therapy pool. Bila dah berendam dalam air terapi tu kena pulak mandi air bilasan dalam tempayan besar ni. Tersangatlah nyaman air tempayan besar ni..sejukk..

Ada bermacam2 facilities lagi yang disediakan didalam ni..ada famili bath, tradisional massage, therapy pool, kedai cenderamata, food court...macam2 ada..
Jadi pada sapa2 yang nak kunjung kesini tiket masuk tersangatlah murahnyer..bolehla nak bawak anak2 bermandi manda disini

Operating hours: 8am - 10pm daily
Entrance Fee: RM10/adult and RM8/child

Address:
Sungai Klah Hot Springs Park
36000 Sungkai
Perak

2011-01-20

Sejuknya disana..panasnyer disini..

Minggu ni memang sangat-sangat terasa bahang panasnyer...bila kuar jer dari tempat kerja rasa bahang panas yang teramat sangat!! Tapi bila duk dalam opis leganyer dik kerana adanyer aircond!! huhu...Tambahan kata orang kalau orang mengandung ni memang mudah sangat terasa hangat/panas!! Ada setuju???? Anak2 pun muka macam lebam semacam jer..bila kena hari yang ada pendidikan jasmani jenuh ler berpanas bermain ditengah padang!!. Especially Ikmal yang bersekolah diwaktu petang. Bila ibu cakap kulit Ikmal dah hitam ler..lebam..katanyer mana ada!! Kulit mai (ikmal) putih!! betui..kawan mai pun cakap..tengok badan mai ni!! dan-dan tu diangkatnyer baju tunjuk tang perut dia. Hehe...

Tapi dikala ini tersangatlah sejuknyer kalau berada di nihon dulu! Sebab tu ibu sajer2 suka masukkan widget cuaca di nihon dalam blog ni. Bila tengok butir2 putih yang turun tu rasa...ohhhh teringatnyer diwaktu ini terasa sangatlah sejuk dan anak2lah orang yang sangat seronok bermain salji..

Baru2 ni bukak laman web sekolah anak2 masa di nihon dulu. Yanagimachi Elementary School. Sajer la nak share suasana anak2 jepun disekolah sana tengah sodok2 salji disekitar kawasan sekolah. Kalau anak2 ibu disana sekarang ni mesti sama2 turun join kan..



Memori indah disana sentiasa kami tak lupakan. Kebaikan kawan2 dan jiran2 persekitaran yang sangat kami hargai. Ade rezeki duit lebih sikit rasa macam nak pergi lagi ke Toyama..jumpa kawan2..jumpa cikgu2..jumpa jiran2..

2011-01-17

Selamat Hari Lahir...Happy Birthday...

Hari ni 17hb Jan genap sudah umur Ikmal yang ke8 tahun. Sungguh cepat masa berlalu rasa dulu kecik jer...sekarang dah besar panjang!! Nizarul Ikmal Afif nama diberi. Maksudnyer Pemerintah/pemimpin lebih sempurna dan bermaruah! Semoga anak ibu membesar bagai johan dan menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat...dengar kata ibu dan ayah...ibu doakan semoga Ikmal beroleh kejayaan dunia dan akhirat...Ameen.

Bila dengar nama yang maksud "pemerintah/pemimpin" tu memang rupanyer asyik memerintah kita jer..iniler dia penangan daripada maksud nama yang diberi...hehe..



Ikmal diusia 3-4 bulan..dah lama tak merasa dukung baby macam ni..InsyAllah nanti Ikmal dapat adik..doakan semoga semua dipermudahkan...Ameen .


Dikesempatan ini juga ibu nak ucapkan Selamat Hari lahir buat ayahanda Zainuddin Bin Shafiee pada 13hb Jan lepas. Rasanya masih tak terlewat lagi nak ucap yer abah.. Tahun ni dah mencecah 61 tahun umurnya. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan hendaknya. Hingga umur begini abah takde sebarang penyakit lagi. Memang ligat orangnya kesana kesini..orang harapan nengok2kan cucu waktu ibu dan ayah bekerja...hehe
Jasamu dikenang....

Birthday


2011-01-07

Kembali ke sekolah

Hari ni cukup seminggu bermulanyer tahun baru persekolahan bagi anak2 kita semua. Dan bermula kembalilah rutin harian ibu sebagai "ibu bekerja". Bagi anak2 ibu, tahun ni masih lagi dalam dua sessi. Sorang sekolah pagi...sorang lagi sekolah petang. Emmm..macam tak bestkan, rasa macam susah nak arrange masa dua beradik ni, terpaksalah sorang tuisyen petang....dan sorang lagi tuisyen pagi....kalau dua2 pergi sama2 senang sangat2...bila malam barulah dapat pegi ngaji sama2...

Ini suasana hari pertama persekolahan di dewan sekolah. Paginyer hanya ayah sorang jer yang hantar Mifzal. Ibu duk rumah sama2 ngan Ikmal sebab nak nyiapkan dia pulak untuk masuk sekolah pada tengaharinyer. Tidak ada masalah pada anak2 sebab pengalaman tahun lepas dah ada so senang nak arrange dua beradik ni. Sessi pagi dari tahun 3 hingga tahun 6, dan sessi petang pulak dari tahun 1 dan 2. Hari pertama persekolahan tu memang ibu dan ayah cuti, memang company tutup atas tujuan mak-mak dan bapak-bapak mengesahkan urusan sekolah.

Suasana waktu rehat sessi petang. Ramai mak bapak yang join sekali terutama pada anak2 mereka yang baru masuk alam persekolah tahun satu. Bila tengok suasana murid2 berebut2 membeli makanan rasa macam kesiannyer kat anak ibu. Takut kalau makanan yang dibeli tu terjatuh ke...maklumlah budak2..yang taunyer nak cepat!

Aduhh syahdunyer muka anak ibu tu!! Kalau kat Jepun dulu waktu rehat makan dalam kelas. Murid2 sendiri yang mengendalinyer. Siap pakai apron lagi anak2 jepun dulu. Ikut duty masing2.. pengalaman yang cukup berbeza dengan negara sendiri.... Di waktu ini ibu terasa rindu pulak dengan kehidupan disana...sebabnyer waktu ini adalah winter time!!!!...