-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-12-09

Nihongo no hon

Setiap hari membaca buku jepun adalah salah satu shukudai (homework) yang perlu bagi anak2 ibu, Ikmal ngan Mifzal!. Sensei select mana2 page yang kena baca then parents kena sign kat ruang yang disediakan. Tandatangan ibu bapa itu adalah bukti menyatakan yang anak2 kita ada membaca. Untuk pengetahuan hanya murid2 yang join international class aje yang dikenakan untuk membaca!!....Betul gak kan anak2 jepun jati ni kan dah terror takyah la nak baca2 lagi bila balik rumah ye tak?? Diorang ada la homework2 lain yang disediakan dari kelas masing2!..Tapi homework2 tu la jugak yang Mifzal dan Ikmal kena buat...kira yg dlm international class tu additional la...

JOM tengok video Ikmal tengah membaca buku jepun..


Ni pulak video si abangnyer...Mifzal.



Jauh disudut hati ini ada satu perasaan yang teramat gembira bila dengar kelancaran anak2 membaca dalam bahasa jepun....
Tapi dalam pada itu ada jugak satu perasaan yang risau teramat sangat bila balik Malaysia nanti....dapatkah anak2 membaca dengan lancar terutama dalam bahasa inggeris????......
Atau mungkin ada teknik mengajar yang betul dan tarikan yang membuatkan anak2 kita menjadi cepat untuk terima segala yang diajar??? Tak dinafikan sensei Nakamura (guru kelas international) memang cukup pandai mengajar budak2..ini terbukti masa ahli keluarga murid2 dijemput datang kesekolah untuk melihat cara anak2 diajar!


Sengaja ibu/ayah pujuk hati sendiri....."insyAllah adala rezeki anak2 tu nanti"...
Sebelum datang kesini dulu pun ibu cukup risaukan kalau2 anak2 tak dapat bercakap atau membaca bahasa jepun..kesiankan diorang kalau tak ada kawan2 yang nak berkawan sebab masalah komunikasi...tapi alhamdullillah tidak seperti yang dijangkakan..
Inilah cabaran bagi keluarga2 yang tinggal diperantauan especially yang tinggal dinegara matahari terbit sebabnyer sekolah2 rendah memang langsung tak diajar dalam bahasa inggeris..orang2 dewasa pun tak pandai nak bertutur inikan budak2....


Yang merisauakn ibu jika anak2 pandai membanding2kan guru disini dengan guru di Malaysia!!..takut dapat yang garang macam harimau budak2 pun jadi takut nak pergi sekolah...kata orang fobia/trauma. Sebab keadaan dan sikap macam itu akan membuatkan anak2 jadi tergelincir dan hilang tumpuan!!...


Doa dan harapan ibu semoga anak2 dapat terima perubahan persekitaran sekolah nanti. Tahun hadapan bulan April bermulalah cabaran baru disekolah baru bersama dengan kawan2 baru!!...terus terang dalam hati ini memang nak yang terbaik untuk anak2!!! Semoga bila anak2 baca catatan ini akan membuatkan dorang pun jadi semangat untuk belajar!! Huhu....nak nangis ni!!!!...Sapa nak pujuk????





0 ulasan:

Catat Ulasan