Cucur badak ni dah buat hari Khamis lepas lagi..tapi lupa pulak nak share.. Dah lama sangat tak makan cucur badak ni..sampai Ikmal pun cakap "osashi buri..." bila tengok cucur badak ni siap digoreng. Kebetulan hari yang sama buat dengan E-na yang duk kat Nagoya tu..hehe...cuma resepi lain sikit dari E-na sebab resepi ni tengok dalam majalah SAJI..
BAHAN A:
1 mangkuk kelapa parut (pakai kelapa kering je..sbb sini takde kelapa parut..)
3cm lengkuas - kisar (tak bubuh pun sebab takde..)
4 batang serai - kisar
2 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
100 gram udang kering - kisar
4 tangkai cili merah - kisar
Sedikit kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN B:
300 gram keledek - direbus empuk dan lenyek
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepun beras
Sedikit air
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan kemudian masukkan kelapa kering. Gaul sehingga sebati dan kering.
2. Sediakan bahan doh. Masukkan keledek yang telah direbus dan dilenyek.
3. Masukkan tepung gandum dan tepun beras dan adun sehingga menajdi doh yang lembut.
4. Cubit sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat seperti bola tenis, masukkan inti kelapa dan bulatkan kembali.
5. Goreng sehingga kekuningan.
+ PESAN SAJI Selalunyer resepi cucur badak menggunakan adunan keledek dan tepung gandum. Namun jika dicampurkan adunan dengan sedikit tepung beras kuih cucur badak anda akan nampak cantik dan tidak leper selepas digoreng dan kekal lembut biarpun setelah sejuk.
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan