-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2009-12-18

Perjumpaan Ibu Bapa

Semalam telah diadakan satu perjumpaan dengan ibu / bapa murid2 bagi sekolah Mifzal ngan Ikmal ni. Tujuan untuk membincangkan perkembangan anak2 disekolah..dari segi pembelajaran, sukan, pergaulan, makanan dan yang seangkatan dengannyer..
Semalam ayah ambik half day, nak harapakan ibu yang pergi sorang alamat entah apa2 la yang ibu paham....hikhik....

Perjumpaan yang pertama dimulakan dengan Nakamura sensei yang mengajar didalam kelas international. Mifzal dan Ikmal punyer sensei untuk kelas ni.
Tepat 2.30ptg ibu dan ayah sampai, terharu sensei sebab katanyer ontime sampai..
Mula2 sensei bagitau perkembangan Mifzal. Banyak yang dah improve....alhamdulillah...
Komen dari sensei untuk Mifzal :
1) Sudah boleh membaca buku dengan laju
2) Tau banyak tulisan "kanji"

3) Hafalan matematik untuk kali-kali (sini dipanggil kuku) dari kali 1 hingga 9, boleh hafal dengan laju

4) Bila diberi cerita panjang masih belum dapat untuk buat summary cerita tu.

5) Bila diminta untuk buat apa2 karangan (dlm bahasa Jepun) boleh buat.

6) Tulisan hiragana, kanji cantik...

7) Setiap apa yang dilakukan didalam kelas mesti nak no 1. Mifzal selalu nak menang dalam setiap apa yang dia buat. Selalu taknak kalah dengan Martin (anak org Amerika).


Komen untuk Ikmal :
1) Tulisan hiragana dan kanji dah bertambah improve
2) Boleh baca hiragana dengan laju

3) Bila diajar semuanyer cakap "KANTAN"..(senang) tapi bila disuruh buat tak tau!!

4) Suka memuji kawan2 lain dengan nada bersungguh2...contoh...cantiknyer tulisan.....cantiknyer lukis.....pandainyer.....lajunyer...
(org jepun sukalah kalau ade sikap2 mcm ni..suka puji dan ada rasa rendah diri..) seperti yang sedia maklum ayat yang dia biasa guna kalau tengok ibu dia buat sesuatu...."Hebatnyer ibu......"...hikhik
5) Dah pandai main nawatobi (skipping), daripada tak tau langsung...(memang ibu akui sebelum ni memang dia tak tau guna tali skipping tu..) dah boleh melompat hingga 30 pusingan tali!!.

6) Dulu dalam kelas suka tumbuk2 abang dia, tapi sekarang dah tak buat!!...hehe....abis semua sensei report!


Selesai perbincangan, mintak kebenaran nak ambik gambar dengan Nakamura sensei.

_____________________________________________________________________

Beralih ke Mikami sensei iaitu guru kelas untuk darjah 2 (kelas asal Mifzal). Time perjumpaan pukul 3.10ptg.

Komen dari Mikami sensei untuk Mifzal :
1) Seperti komen diatas, boleh baca dengan laju.
2) Ramai mempunyai kawan2 dan boleh bercakap/bersembang dengan kawan2 sekelas.

3) Hafalan untuk kali-kali (sini dipanggil kuku) boleh buat dari kali 1 hingga 9.

4) Teramat suka dengan sukan bola sepak dan juga larian.

5) Kurang makan sayur yang disediakan oleh pihak sekolah. Susu kotak pun langsung tak pernah ambik!!



Mintak kebenaran juga untuk bergambar selepas selesai sesi perbincangan.

_________________________________________________________________

Kemudian beralih ke Nagamori sensei iaitu guru kelas darjah 1 (kelas asal Ikmal). Time perjumpaan adalah pukul 3.30ptg. Berderet kami jumpa semalam...lepas satu...satu cikgu.

Komen dari Nagamori sensei untuk Ikmal:
1) Sudah boleh membaca hiragana dan tulis dengan baik
2) Sudah boleh mengira dan boleh buat kiraan campur dan tolak
3) Sekarang sudah makin berani berbanding dulu...kalau dulu ada apa2 masalah tak cakap.. tau2 je dah menangis..sekarang dah boleh cakap kalau ada apa2 masalah

4) Sudah punyai kawan dan boleh bergaul didalam kelas

5) Suka makan sayur dan ambik susu yang disediakan oleh pihak sekolah. Dulu memang dia tak suka langsung makan sayur tapi sensei ni paksa dia untuk cuba rasa..bila dah rasa automatik dia jadi suka. Berbeza sikit dgn abg dia, abg dia ni pesen memang langsung tak nak cuba sebab tula sampai sekarang susah nak makan sayur. Cuma timun je yang boleh masuk dalam mulut dia.


Selesai perbincangan mintak kebenaran untuk bergambar sekali dengan Nagamori sensei.

Lebih kurang macam tu la sesi perbincangan semalam....banyak yang positif dari negatif...alhamdulillah...next year cabaran baru pulak bagi 2 beradik ni...Semua sensei rasa sedih sebab next year dah tak dapat ajar lagi. Harapan diorang satu masa nanti 2 beradik ni dapat datang lagi ke Toyama...
Terima kasih cikgu sebab telah berusaha untuk mengajar anak2ku. Jasa dikenang....

0 ulasan:

Catat Ulasan