-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-04-24

Jom ke Bandar Diraja...

Bertemu kembali dialam maya ni, selesai sudah bekerja dalam minggu ni..esok cuti!! hehe.. Alhamdulillah ketibaan ibu ditunggu oleh rakan2 sepejabat semua..banyak sangat perubahan dalam tu, dan juga banyak muka2 baru..alhamdulillah masih diberi rezeki olehNYA untuk mencari rezeki disitu. Urusan anak2 pulak berjalan dengan baik sekali, terima kasih pada kawan2 yang mendoakan dan berkongsi panduan..yang penting pada ibu kalau berkerjaya diiringi dengan hidup yang balance itu adalah satu kepuasan yang teramat sangat. Tapi masih terlalu awal untuk komen..perjalanan masih jauh lagi kan...yang penting tanggungjawab sebagai ibu dan isteri perlu diutamakan....

Okla nak share sikit cerita pada tarikh 19hb April lepas, tarikh istimewa itu adalah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke 82 tahun..(kalau tak silap kiraan..) jadinyer hari tu adalah hari cuti umum. Ambik peluang ke bandar diraja mana lagi kalau bukan Kuala Kangsar. Niat hati nak jenguk opah2 disana. Belah abah dan belah mak. Tak jenguk lagi setelah sebulan berada ditanah air...ambik peluang jugak jenguk saudara mara yang berada disekitar K.Kangsar.

Turun jer dari hihgway terpangpang sign board Hari Keputeraan Sultan Perak ni.


Masjid Ubudiah yang tersergam indah!!


Istana Sultan Perak yang tersangat luasnyer..


Kini dijadikan Muzium Perak yang pada zaman dahulunyer adalah sebuah istana. (zaman dulu2...)


Dah sampai KK tak sah kalau tak pekene dengan Laksa PakNgah. Laksa yang sangat top dikawasan KK ini kerana laksanyer dibuat dari tepung beras...


Dan inilah opah teman...side belah mak. Lupa sangat2 nak ambik gambar yang side belah abahnye..
Asalnyer opah orang cina, berjumpa dengan arwah tok zaman dulu2 masa tok kerja RELA terus bertemu jodoh. Mak adalah anak sulung dari hasil perkongsian hidup. Opah ada jugak anak2 cina hasil dengan bekas suami cina dia dulu sebelum arwah tok, tapi terkorban dek angkara komunis2 jepun..anak2 dia semua dah convert islam..kiranyer kakak2 tiri mak laa...
Opah dilahirkan pada tahun 1923, tapi alhamdulillah masih sihat kesihatannyer cuma mata jer tak nampak, masih lalu lagi nak menebas2 dibelakang rumah...katanyer badan rasa semacam kalau asyik duduk jer tak buat keje...hehe
Ya Allah panjangkanlah usia opah ku...Ameen..

2010-04-21

Sampai jugak date tu...

Emmm...esok 21hb bermulalah rutin harian yang baru..setelah sekian lama bercuti dan dah rasa malas yang teramat sangat!!..Kembali hidup dalam keadaan kelam kabut...dulu sebelum ke Jepun mungkin tak terasa kelam kabut sangat sebab Mifzal pun baru 4 bulan melangkah alam persekolahan...ni dah masuk darjah tiga!! Banyak yang nak dikejar....kalau dah bekerja ni nak jenguk buku2 anak tak taula macam mana....tapi akan cuba sedaya upaya jugak untuk jenguk ...kesian takut ketinggalan..

Esok bolehla mintak pandangan kenkawan dalam tu macam mana cara diorang arrange masa dan macam mana cara penghantaran untuk anak2 masuk kelas2 tuisyen atau kelas rakyat. Duk kat rumah semacam blurr nak pikir sendiri2....

Takde masalah yang tak boleh selesaikan...walau pada awalnyer memang rasa pening sikit nak arrange semua2 tu. Kalau tak boleh sangat2 barula kita bergerak ke plan B pulak..




2010-04-20

Hujung minggu di Gua Tempurung n Telok Batik

Ahad lepas en.hubby bawak tiga sekawan nijonjin (yang ditugaskan beberapa minggu/bulan kesini) jenjalan sekitar kawasan2 dekat sini. Niat hati memang nak ikut sekali sebab tak pernah masuk lagi G.Tempurung dan dah lama sangat2 tak ke Telok Batik. Plan asal memang ade sorang lagi kawan ayah yang nak pergi, jadinyer bolehla pergi dengan dua bijik kereta. Tapi rezeki nak ikut sekali tak kesampaian sebabnyer kawan ayah tu bagitau tak berapa sihat jadi terpaksalah ayah jer yang ngangkut nihonjin2 tu. Ibu dan anak2 terpaksalah ditinggalkan....

Layan jerla gambar2 diorang yang tengah bersuka ria ni. Kemain suka lagi dapat masuk Gua Tempurung.
Ibu yang dah duduk lama kat sini pun tak pernah SEKALI pun masuk kesini....kata ayah macam best jer...

Nak share lebih2 pun tak reti sebab tak dapat rasakan suasana dalam tu. Tapi secara kasarnyer masuk dalam gua ni nampak gelap gulita jer..hehe



Lepas tu ajak nijonjin tu pekene dengan ayor nyor aka air kelapa muda disitu. Kata ayah abis hati bebenor dapat minum ayor nyor ngan goreng/cekodok pisang..haha..

Destinasi seterusnyer mereka ke Telok Batik, apa lagi bermandi mandaan la...ayah pulak memang tak plan pun nak mandi sebab sajer bawak mamat2 jepun tu jer.
Tak ingat dah berapa tahun tak kesininyer...anak2 pun tak pernah merasa mandi laut sini lagi..!! Betul tak tak tipu...
Tapi kalau ke tempat2 cenggini alamat muka pun lebam semacam..tu yang agak keboringan sikit kan..kalau kat air terjun..sungai2 ok sikit berbanding laut ni.

Kononnyer tadi ada orang tu cakap tak plan nak mandi, penyudahnyer dia pun turun padang sama!!. Terpaksalah beli seluar pendek nak berendam bersama. Tengok ramai jugak manusia pada hari tu. Cuaca panas macam ni sesekali berendam kat laut best jugak kan..


*** Plan ingat kalau ikut serta sekali dalam rombongan diorang ni boleh jugak drop sekejap rumah kawanku Ida di Manjung nun. Biaqlah jejaka2 tu jer yang ke Telok Batik tu..takperla..nanti plan lain pulak yer kawan...


Petang sikit bawak diorang merasa dengan raja buah ni!! Memula2 tu nak cuba pun keberatan jer sebabnyer diorang pernah dengar ade sesetengah orang cakap tak sedap. Haha....apa lagi kasi paksa mamat2 tu cuba makan jugak!!. Dalam pada risau dan takut nak cuba alih2 jadi suka bebenor...sedap..sedap..haha.. itulah penanagan durian D24. Mahal..sebiji rm10. Adala ayah bawak balik sebiji nak merasa. Dalam tu tau tak ada berapa ulas??? Ada 5 ulas jer!!..ish..ish.. tapi isinyer memang wallah...sedap!! Arigatou ne...

2010-04-18

Samakah rupa kami???

Masa mula2 sampai sini dulu anak sedara baru yang sorang ni langsung taknak kat ibu!! Budak2 macam tula bila tengok muka orang yang jarang dia tengok tetiba nak dokong dia melalak la kawan..bila hari berselisih ganti sajer rapat2 dan main2 dengan dia last2 sekarang tido kat rumah kami pun dia dah mau..tanpa mak ayah dia!! nak pulak ada tukang melayan.. sapa lagi kalau bukan Mifzal dengan Ikmal. Suka sebenarnyer ibu dengan anak2 kecik sebab tu mintak kebenaran kat mak ayah dia nak bela 2-3 hari tengok pun budaknyer baik sangat tak banyak ragam memang la suka sangat. Kalau jenis yang asyik nak berdokong jer jenuh jugak...ni letak la tang mana pun leboh boleh main sorang2 dan bila time tido pun tak susah2 nak cari buai ke apa....ngantuk sangat leboh tido...senang sesangat!!

Samakah rupa kami??? Gambar pertama Ikmal berusia 1 tahun dan gambar kedua ialah Haziq (anak sedara). Bila bawak Haziq kemana2 orang semua cakap macam rupa Ikmal masa kecik2 dulu..sampai orang ingat Haziq tu anak ibu (made in Japan)..haha...

Nampak budak baik tu bertenggong duk depan kete!! Lagi hebat!! abang2nyer dah konker tempat duduk belakang, dia dengan baik punya lending duk paling depan sekali...dapat jugak merasa!!! Masa ni mintak kebenaran kat mak ayah Haziq nak bawak dia sekali duk kat rumah kami. Hari Khamis malam dia start tido dan semalam ayah dia dah ambik balik...huhu.. ( Bukan jauh mana pun...bebila free boleh ajak tido lagi...hehe) Budak dah setahun lebih ni seronok nak menjaganyer dah pandai bawak main kan... Kalau nak tau kete yang dorang naik tu pun Mifzal punyer masa kecik2 dulu..tu yang nampak kusam jer..nanti bila dah polish boleh bagi kat Haziq pulak..


Tumpang kasih sayang kat anak sedara..anak kecik sendiri belum nampaknyer..!!..hehe

2010-04-15

Suatu ketika dahulu

Pepagi tadi lepas Mifzal pegi sekolah, selongkar laci almari kabinet yang sesak dengan bermacam2 benda yang dah tak sepatutnyer duk dalam laci almari tu, mata yang menyaksikan ni rasa sakit bila tengok bende2 tu jadinyer bermulalah sessi "5S". Tau ke 5S ??? Pada sapa2 yang ada pengalaman duk dalam industri Jepun mesti tau kan....
Buang mana2 yang tak perlu!! Taik lipas pun penuh!!...tapi memang heranla kalau kat rumah Jepun dulu nak jumpa lipas...semut...cicak...kak ti...memang langsung takder!! Tapi kat rumah sini lipas bermaharajalela!!!! Semut yang hitam kecik2 tu (bila picit bau busuk..) sama naik bermaharajalela!!! Nantila kau berdua akan kuhapuskan engkau!!!!

Dalam laci kabinet tu terjumpa jugak album2 lama zaman dulu2....pernah satu ketika dulu berkecimpung dalam dunia solek menyolek ni...memang minat sangat2!!

Ini diera tahun 2000, masuk satu pertandingan menyolek pengantin. Tak ingat berapa kena bayar masa masuk ni dulu tapi ini adalah salah satu anjuran AMWAY. Memang ahli sejak zaman 1999 hingga kini... Kursus asas penjagaan kulit dan solekan pun semua jurulatih2 dari Artistry Amway yang ajar. (under Ipoh yer...)

Inilah model ibu..namanyer Alizah Bt Ali. Tak tau mana hilangnyer dia sekarang ni..nak masuk pertandingan ni nak kena pakai semua produk artistry. Banyak jugak keluar modal kononnyer nak berkecimpung dalam dunia andaman ni..Sapa2 pun taukan produk ni memang mahal tapi solekan itu memang cantik dan yang pentingnyer tahan berbulan2 lamanyer...jadi takyah susah2 setiap bulan nak kuar ongkos beli. Tapi semua tu tinggal kenangan.....niat nak buat andaman tu putus ditengah jalan!! Hangat2 taik ayam jer....hehe
Seingat dulu ada jugak ambik peluang makeupkan kawan nikah..kawen..bertunang..nak pergi dinner..merasalah jugak dapat masuk duit..hehe..
Rasanyer yang jadi stop tu masa lepas bersalinkan Mifzal terus tak buat2 dah...produk yang banyak2 tu pakai sendiri jer!!!!..huhu

Inilah salah satu juri yang menentukan pemenang pada hari pertandingan tu. Semua peserta dapat sijil...seingat dulu ramai jugak yang joined. Apakah diri ini akan berkecimpung semula dalam dunia solekan ini??? Hanyer waktu dan keadaan yang menentukan..dengar jugak cerita2 ade sesetengah kawan tu dah bukak kedai pengantin, buat spa..seronok dengar macam tu!! Sebenarnyer kalau ade kemahuan disitu ade jalan..semua kursus tu AMWAY yang akan uruskan..takyah susah2 nak cari pusat2 latihan kat luar nun.. Balik baru2 ni pun ade terjumpa dengan sorang kak ni, (ada andaman pengantin sendiri bersama dengan asbennyer..under AMWAY lagi) dia pun duk ajak kalau terbukak hati nak belajar lagi..dia boleh uruskan..Kalau kat Batu Gajah ni asben dia memang tip top la makeup orang!!

Ini antara model2 yang dimakeupkan..pada hari itu rezeki tak menyebelahi diri ini..hehe...sajerla suka2 nak masuk, kalah menang itukan adat!! Yang penting dapat rasa suasana pertandingan tu...pengalaman pada hari itu, nak makeupkan orang pun tangan terketaq2 sebab takut tak cukup masa...hehe. Inilah kenangan yang ditinggalkan hampir 10 tahun lamanyer..

2010-04-13

Sakura menggamit lagi...

Kalaulah kami masih berada di sana nun, mesti disaat dan ketika ini pun sedang bersama2 menikmati suasana yang sama macam kawan2 disana rasa...sedang seronok berhanami!! dan pada musim inilah yang dikatakan sangat best sebab cuaca yang nyaman dan tidak sejuk sangat!!..
Takde rezeki nampaknyer untuk tengok sakura pada tahun ni...walau macam mana pun kawan jepun sorang ni dah pun share beberapa keping gambar yang diambil berdekatan dengan taman masa kami tinggal disana satu ketika dulu....

Terkenang peristiwa lalu ditaman ini, anak2 selalu kesini bersama2 dengan Arata kun untuk bermain!!..dan disini jugak dorang main salji bila tiba musim tu..dan bila tiba spring, pokok2 penuh dengan bunga2an yang bermacam2 spesis dan kaler..tapi yang sangat popular adalah bunga sakura yang menjadi lambang kebanggaan orang2 jepun. Terima kasih pada Sachiyo san yang masih sudi share suasana musim ini.

"Kalaulah boleh dilewatkan sedikit masa tu...."emmm janganlah nak berangan mak budak oiii!!!..dah namanyer takde rezeki nak tengok tahun ni...udah2 lah tu!!!!

Engkaulah sekuntum bunga sakura..
Mekarmu ditempat indah dan dingin..
(sambung2 la.... kalau pandai lagu ni yg pernah popular sekitar tahun 90an..hehe..)
minat bebenor dengan lagu ni dolu2...tak caya tanyerla kat my best fren2 tu....

2010-04-12

Barang2 sampai lagi...

Fuhhhh belum hilang penat nak ngesahkan barang2 yang by air punyer....tup2 forwarder tipon bagitau barang2 yang by sea pulak akan dihantar.
Khamis lepas barang2 by sea dah selamat tiba sampai di rumah..memang tak sangka sangat2 begitu cepat sampainyer...tak sampai sebulan!!! Beza seminggu jer compare dengan yang by air. Jangkaan sampai hujung bulan ni atau awal bulan depan......rumah pun dah macam tongkang pecah!!! hehe.....
OK takper2....tarikh nafas panjang2......then lepas......aaahhhhh lega dah!!!...nasib la masih lagi bercuti jadi bolehla slow2 ngesahkannyer....


Transporter sedang menurunkan barang2..

Akhirnyer basikal kesayangan dah berubah angin ke sini...no sejuk2 lagi ok!!..Sini panas membahang!! Kemanala nak bawak engkau..dengan keadaan cuaca sebegini??? Yang basikal kecik tu Mifzal punyer memang dulu bawak dari Mesia..


Jadinyer hari Sabtu dan Ahad lepas ibu dan ayah ngesahkan barang2 yang baru sampai ni..hampir 50% siap disusun...yang balance tu slow2 buat lagi..Rasa macam orang baru pindah rumah pulak...siap terpaksa belikan cabinet buku lagi sebab buku2 jepun anak2 dan ayahnyer pun kami angkut sekali!! Dan rasanyer mungkinkah terpaksa beli satu lagi almari baju???? hehe...sendiri tanyer..dan sendiri jawablah!!

2010-04-11

Otanjoubi Omedetou

Hari ni 11 April adalah ulangtahun sahabat jepun ibu yang sorang ni...
.
Otanjoubi omedetou gozaimasu special to my friend Sachiyo san.....Hopefully you enjoy on your birthday with your lovely family.....


Yang keberapa tahun tu???? Emmmm..tak yah mention la kat sini sebab kalau ikut adat orang2 jepun ni dorang tak berapa suka kalalu kita sebut yang keberapa tahun...so biarlah ianyer rahsia....hehe..Tahun ni tak dapat nak makan kek sama2 seperti tahun lepas..




This is special card for you...please click PLAY.


2010-04-08

Sepetang di Jambatan Cempakasari

Bila bandingkan kehidupan di Jepun dan disini ternyata sangat berbezanyer...masa bersama famili yang terasa kurangnyer...anak2 pulak sorang kuar pagi balik tengahari....yang sorang pulak kuar tengahari balik petang..dua beradik tu kalau nak jumpa pun petang2 ler baru dapat bersua muka dan dengan si ayah pulak bila malam langsung tak dapat bersua muka sebabnyer dah start dah dengan kehidupan lama masa sebelum ke Jepun dulu. Hari2 balik keje lambat....bila balik keje anak2 pun dah masuk tidur.....

Hari2 jadi drebar hantar anak2 yang berlainan sessi ni. Kalau disana leboh jalan kaki jer..rutin harian penuh dengan hantar dan ambik anak2..pepagi dah turun padang sama2 bergelumang dengan buku2 Ikmal..nak dibiarkan sendiri kesian..nanti takut ketinggalan..
Petang pulak bergelumang dengan buku2 si Mifzal pulak.. ni kes letih sangat, Mifzal mintak nak tido kejap jadi bolehlah ibu dia menulis jap...

Makan malam pun dah lambat....anak2 memang disuruh makan dulu sebab kalau nunggu ayahnyer jenuh le budak2 tu...ibu ler kene tunggu makan sama2.. Masa kat sana dulu pukul 7pm tu mesti dah hampir selesai makan malam....sini???? Emmmm...macam mana la nak jalani kehidupan sihat..makan lewat malam peh tu terus tidur...tak ke mengundang penyakit kalau dah diamalkan selalu...

Itulah penangan bila dah masuk keje disini.. Tak best kan????? Kalau dorang suruh duk lama lagi kat sana pun lagi bagus...boleh balik kampung setahun sekali....hehe (berangan kejap..)

OKlah berbalik tajuk entry kali ni..kisah hujung minggu lepas kami balik kampung di Parit, semenjak balik sini tak tidur lagi rumah mak mertua tu cuma balik hari jer...jadinyer minggu lepas dapatlah berkumpul ramai2 disana bersama dengan adik beradik yang lain.


Berada di Jambatan Cempakasari yang khabarnyer siap dibina Sept tahun lepas. (kalau tak silap ler..)hanyer untuk laluan penunggang motosikal dan penjalan kaki/berbasikal. Kat Parit ni pekan ni jerla yang pemesnyer...
Bersama2 dalam gambar mak mertua dan adik ipar.



Asalnyer nak ke pekan sebab nak pegi satu kedai tu..alih2 tutupla pulak terus mak mertua ajak tengok jambatan baru tu sebabnyer masa projek pembinaan jambatan ni kami berada di Jepun..hehe


2010-04-05

Makan kenduri

Lambat sebenarnyer keluarkan entry ni, actually makan kendurinyer masa hari ketiga kami sampai ketanah air..iaitu pada Ahad, 21hb Mac lepas..lupa pulak nak masukkan yerla banyak sangat benda2 lain yang nak diingatkan..ishh..ishh..sibuk bebenor bunyinyer tu..
ate memang betui pun rasa tak cukup2 masa sekarang ni...masa kat nihon dulu releks jer....hehe

Baru jer sampai dah dapat merasa makan nasi minyak orang kawen..dan ini adalah masa yang sangat sesuai sebabnyer dapat berjumpa dengan saudara mara yang hadir. Kenduri ni adalah side sebelah ayahnyer..berlangsung di Taman Parit Jaya, Parit.

Pasangan pengantin Fadli dan Mazura, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan hidup dengan rukun damai dalam melayari bahtera perkahwinan.

Bertemakan kaler biru yang penuh kelembutan..


Inilah wajah ibu mertuaku yang cantik rupawan..betui tak tipu!! dan juga bersama adik ipar, Zaleha (berdiri dari kiri) dan juga biras2 ..Kak Ana(duduk) dan Shima (tengah dukung anak..hehe..) Kami bertiga jerla menantu perempuan mak buat masa ni, dan sorang menantu lelaki..
Bersama pula dengan mak sedara (bertudung itam) yang baru balik dari mengerjakan umrah..datang jugak kenduri walau letih tak hilang lagi..sebabnyer datang dari Kuala Lumpur tu..balik hari lagi..tima kasih Acik Ani belikan hadiah dari sana..

Suasana yang penuh keriuhan dan gamat sekejap bila berjumpa dengan Makcik Lina (bergambar bersama ayah!!)...hehe

Jemput2 makan sekali...jangan malu2...

2010-04-03

Barang2 sudah sampai

Alhamdulillah barang2 yang dihantar by air dah selamat sampai kerumah pada hari Rabu lepas, betul2 pada hari pertama anak2 masuk sekolah. Bila dah sampai barang2 ni satu hal lagi la pulak nak ngesahkannnyer...dulu masa kat sana letih bab2 packing mempacking...ni letih nak bukak satu persatu kotak dan arrangekan pulak. Hujung bulan ni pulak barang2 yang by sea akan sampai idak pun awal Julai depan...ish..ish..memang tersangatla buzynyer..hehe..Tapi satu jer kelebihannyer sebab barang2 terus sampai depan pintu rumah so takyah susah2 nak collect kat port!! Tu yang rasa beruntung sikit kalau transporter tu under company punyer arrangement.

Pekerja sedang turunkan barang..

Suruh pekerja tu letak kat luar rumah jer dulu senang sikit. Nanti kalau letak dalam rumah langsung takde laluan....hehe
Alhamdulillah semua barang2 takde yang rosak, risau gak sebab kata orang kalau by air ni selalu dorang main campak2 jer kotak tu berbeza sikit dengan yang by sea..