Hari ni kawan2 satu tempat kerja dari Murata Malaysia datang kerumah. Bukanlah datang dari Malaysia semata2 nak berkunjung kesini tapi diorang ni sedang belajar nihongo (bahasa jepun) di Kyoto. Sampai di Toyama pagi tadi pukul 7.00am naik bas. Datang ke Jepun atas programme yang sama macam kami jugak. Hari Jumaat adalah hari last kerja/sekolah, sekarang disini tengah cuti (fuyu yasumi) iaitu cuti musim sejuk lebih kurang 2 minggu. Jadi empat sekawan ni datang bercuti ke Toyama hingga 30hb ni..tujuan utama nak merasa main ski!! dan tujuan kedua nak memborong baju2 sejuk disini..hehe...
Hari ni bawak dorang bershoping2 kat area2 Toyama dan memang dorang terkejut dengan harga2 yang dijual disini katanyer memang jauh berbeza dengan Kyoto!!..
Azrul siap borong sakan lagi baju2 sejuk untuk wife dengan anak2 dia yang akan turun ke Jepun bulan April depan..katanyer memang tak pernah jumpa harga semurah macam yang dijual disini..
Bergambar sebelum nak makan tengahari...nama je makan tengahari tapi start makan hampir pukul 4 petang..sakan pergi bershoping!!..ibu ngan anak2 tak pergi.. tinggal kat rumah je sebab tak muat kete...huhu..
Bersama didalam gambar : Azrul, Ho, Vignes dan Eric. Bulan April nanti masing2 akan start bekerja. Azrul di Yasu, Ho di Yokaichi , Vignes dan Eric di Tome.
Azrul je yang bawak wife ngan anak2 bulan April nanti, yang lain2 tu single mingle lagi.....
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan