-----> About me

Foto Saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2013-09-21

Doa yang terbaik dari ibu dan ayah


Assalamualaikum, Apa khabar semua.. Terupdate jua akhirnya blog sepi ni. Keadaan PC yang tak mengizinkan entah apa masalahnyer....sangat tension dengan masalah yg kita tak tau , ni pun dah berapa kali cuba ON, dengan lembabnyer dan entah apa2 lagi. Jari jemari ni dah sangat merindui dengan keyboard ini. Banyak hari2 penting seMelaysia telah berlalu. Banyak rasa nak diluah, nak dikongsi, tapi apakan daya... bait2 ayat sukar untuk dimadahkan bila lama sudah tak menaip ni. Apa -apa pun, insyaAllah semoga blog ini dapat disapu habuknya..




Tarikh peperiksaan UPSR Tahun 2013 Lembaga Peperiksaan KPM telah menetapkan Tarikh Peperiksaan UPSR Tahun 2013 bermula 10 Sep dan berakhir pada Khamis lepas 12 Sept. Anak sulung ibu Nizarul Mifzal Amin telah pun selesai menduduki UPSR tahun ini. Doa dari ibu dan ayah semoga Mifzal buat yang terbaik, semoga memperolehi keputusan yang cemerlang nanti. Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu dari melihat kejayaan anak2nya.....kejayaan dunia dan akhirat...Ameen.

2013-08-12

Happy belated to my friend..and Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tarikh 08 August tetap menjadi ingatan ibu walaupun agak lewat untuk dikongsi especially buat sahabat jepun ibu yang sorang ni... Otanjoubi omedetou gozaimasu special to my friend Yoko san.....Hopefully you enjoy on your birthday with your lovely family.....


Orkut Myspace Happy Belated Birthday cards, glitter graphics and comments

Orkut Myspace Happy Belated Birthday graphics and comments
Bertarikh 08 August juga seluruh umat Islam telah menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga ditahun ini akan membawa seribu kemanisan buat kita sefamili. Dikesempatan ini ibu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua pengunjung yang masih sudi mengunjungi ke blog ibu ini. Semoga ikatan ini berkekalan..

Eid Images

More

2013-07-06

Ramadhan menjelma lagi

As-salam bertemu lagi kita dialam maya..


Hari bersilih hari, bulan bersilih bulan, Ramadhan menjelma lagi. Syukur alhamdulillah..bulan yang dinantikan oleh semua umat islam yang bertaqwa..Kami masih diberi nafas untuk meneruskan hidup di muka bumi ini, mencari rezeki dan keberkatanNya.


Sebelum tu ibu ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ibu ada mengguris hati sesiapa sepanjang penulisan ibu dalam blog ni. Kepada semua viewer..anda memang awesome..^_^

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita mendapat rahmat dan petunjuk dariNya.


Dari Nornaza Famili untuk semua yang mengunjungi...
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN !!!


2013-06-21

Kalian tetap selamanya..

As-salam kembali bersiaran...
Alhamdulillah.... Ramadhan akan datang lagi tahun ini. Syukur kepada Allah s.w.t kerana melanjutkan setahun lagi usia kita untuk bertemu bulan yang mulia lagi barakah. Ramadhan Al-Mubarak..

Secara tiba2 ibu rindukan rakan2 baik ibu ni..


Selamat Hari Lahir buat Aton pada 10 June lepas, dan kepada rakan2 yang akan menyambut seterusnya..Ida, Yanti dan Zulita, kalian tetap dalam ingatan dan semoga persahabatan kita akan kekal hingga hujung nyawa.  Harap dapat set satu tarikh perjumpaan tahun hadapan lagi..insyAllah.

2013-05-31

Tahun ini yang ke 14 tahun sudah..

 


Tanggal 28hb May 2013 genaplah sudah umur perkahwinan kami yang ke 14 tahun. Tak terasa, dah 14 tahun rupanya usia pernikahan kami ... alhamdulillah ... moga hidup kami sejahtera, harmoni, berjaya di dunia + akhirat ... dimurahkan rezeki yg baik + halal. Syukur alhamdulillah dalam usia ini dah rasa manis, pahit, payau, pedas, masam, masin dan sebagainya. Bagi ibu, itulah rempah ratus perkahwinan. Dan juga kehadiran tiga orang hero2 ibu menjadi pelengkap dalam rumahtangga kami. Moga ada diberi rezeki olehNYA untuk menambah zuriat lagi..Ameen.. 

Zuriat lagi???? owhhh apakan daya umur yang semakin meningkat mampukah lagi?? Semua terserah pada yang Esa..

2013-05-11

Arigatou presento

Hari ni van pos laju menghantar satu bungkusan ke rumah, lebih kurang pukul 12 tengahari terimanyer...Nasib ada kat rumah sebab sebelum2 ni kami tak pernah terima hari sabtu...kene hari time kerja, mana ada kat rumah kan...kenelah pergi ke pejabat pos laju nak ambiknyer...
Selepas dah tandatangan di kertas ibu pun ambikla barang tu dari adik pos laju tu...
jeng...jeng..jeng...dari mana tu??? Mana lagi kalau bukan dari sahabat2 ibu di bumi sakura nun..

Hahhh macam2 ada...terima kasih sangat2 sebab tak sangka diorang masih ingat kat kami sefamili disini. Arigatougozaimasu...

Cantik sangat skaf bunga tulips ni..

Frame gambar yang cute

Aksesori handphone...bentuk bunga tulip..purple lagi...cantik

Beg kecil..serbaguna

Makanan2 ringan untuk sapa lagi kalau bukan untuk dua beradik tu..

Terima kasih banyak-banyak...

2013-05-03

Rindu suasana itu...

As-salam salam bersiaran kembali..
Entah kenapa rasa rindu dengan mereka berdua...kesibukan ibu disini membuatkan ibu dah lama tak calling2 dengan mereka, dan dengarnyer mereka jugak sibuk. Bila ibu balik ketanah air diaorang berdua pun dah jarang2 jumpa.. rindu dengan kamu berdua!


Perempuan dan bunga memang tak boleh dipisah.. dalam banyak 2 musim disana ibu sangat rindu dengan musim ini. Rindu dengan suasana itu!


Bangunan itu adalah tempat ibu satu ketika dulu membeli barang2 basahan. Mungkin sampaikah lagi ibu kesana? Kalau ada rezeki pasti ibu akan cari kawan2 dan jiran2 disana. Mereka sangat baik dan susah untuk ibu lupakan semua kenangan disana.


Rindu dengan persekolahan anak2 disana. Menyiapkan mereka dipagi hari dan menghantar mereka disimpang jalan. Bila teringat rasa sayu dan sangat rindu dengan kehidupan berkeluarga yang sangat indah disana.


Disana berempat......

Disini berlima....
Ade rezeki pasti kami berlima akan kesana...bumi sakura yang menyimpan seribu kenangan indah yang pasti tak akan kami lupakan.