-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-12-30

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011


Tahun 2010 dah hampir ke penghujungnyer, tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutupkan tirainyer dan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit manis yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Peredaran masa yang cukup pantas rasanya pada ibu. Rasa macam baru jer sambut kedatangan tahun 2010, pejam celik pejam celik dah pun sampai hujung tahun. Pejam celik pejam celik perut pun dah semakin membesar...hehe..

Memori 2010....fuhhh kalau nak diceritakan kat sini mungkin tak cukup setakat 1 atau 2 entri . Biarlah semua memori lepas kita sematkan aje dalam ingatan dan hati kita untuk dijadikan panduan dalam mengecap impian dan kejayaan di masa hadapan.



' Azam ' adalah perkataan yang sinonim dengan tahun baru. Setiap kali menjelang tahun baru, semua pakat tanam azam masing2.
Pada mereka yang azamnyer dah tercapai.....Congratulation!! Pada yang belum..masih ada peluang lagi...tutup buku lama dan bukak buku baru. Bagi ibu azam tetap sama macam tahun2 yang lepas jugak. Nak jadi yang terbaik dalam melayari bahtera perkahwinan. Nak jadi seorang ibu yang terbaik untuk anak2...insyAllah...

Semoga azam2 kalian semua berjaya dicapai dan disempurnakan. Teruskan usaha untuk berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Buang semua penyakit2 hati...akhir kata Selamat Tahun Baru 2011 buat semua rakan2. Salam Tahun Baru. Happy blogging!



2010-12-27

Musim makan kenduri

Bila sebut jer bulan Dec atau hujung tahun, rata2 orang dah tau dah..musim ape tu?? salah satunyer emmm..musim hujan/tengkujuh...lepas tu apa lagi yer...nak nunggu bonuih..yihaaa!!! Ada memang pasti ada setiap tahun..cuma bezanyer sikit ngan banyak jer...hehe...emmmm lagi..lagi..musim ape yer?? Musim cuti sekolah dan waktu2 macam ni pasti ramai parents yang dah selesai urusan2 hal2 anak2 dengan baju barunyer..beg sekolahnyer..buku2... Apa lagi?? Emmm musim kawen semestinyer...boleh dikatakan dari mulanyer awal bulan sampai la ni ade jer undangan orang kawen! Baik sedara mara maupun kawan2...tima kasihlah pada yang menjemput dan mintak maap banyak2 kalau ada rumah yang tak sempat nak jenguk....Semoga ikatan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat..

Jomla layan gambar2 raja2 sehari ni. Ini antara rumah2 yang sempat kami tandang di bulan Dec ni..

Bertempat di Sungai Galah Tanjung Tualang..


Bertempat di Tronoh..gambar bersama2 dengan famili mak mertua serta sedara mara..

Bertempat di Sri Manjung. Bersama dengan famili Wak An, Makcik Meah dan Makcik Lina.

Pasangan pengantin di Sri Manjung, bersama dalam gambar adalah ibu bapa pengantin lelaki dan Datuk Nizar ( bekas menteri besar Perak) serta isteri.

Makan2 time..sesat sekejap nak nyampai kesini..masing2 terlupa nak bawak plan jalan kesini..

Bertempat di Taman Jutaria Batu Gajah..


Ni gambar dua teruna, sempat lajak ke Lumut mentelah sampai ke Sri Manjung baru2 ni. Plan nak singgah rumah kawan baik ibu si Ida tu, tapi dia takde kat rumah pulak katanyer dah balik kg di Kelantan..takde rezeki nampaknyer nak kesana. Ade rezeki lain masa yer Ida...

2010-12-19

Bila budak kecik merempit...

Vroomm...vroomm...vroomm...istilah budak2 laki2 dengan motor memang sangat2 tepat!!..memang kata orang bila dah masuk alam remaja mesti menggatal nak bermotor. Kekadang budak2 umur 12 tahun pun dah pandai bawak motor kat kawasan2 perumahan..ada sesetengah tu dah pandai cuba2 nak bawak kat jalan2 raya..perasaan yang memberontak bila tengok kawan2 atau pun bila tengok adengan kat kaca tv tu mendorong keinginan nak mencuba. Akhirnya berlakulah kes2 merempit yang akhirnya membawa padah....ish..ish.. mintak simpangler yer pada anak2 kita semua...especially yang ada anak laki2 macam tuan rumah ni..hehe...

Kalau kat Jepun dulu susahnyer nak nampak motor kat atas jalan raya..basikal banyakler...hehe.. tapi kat Malaysia ni terbalik...basikal tu biasenyer atau selalu yang gunakannyer adalah orang2 bangla, myanmar..vietnam...hehe.. tapi kalau motor tu memang berlambak kat jalan raya tu kan..

Jom tengok apa kaitan tajuk entry kali ni....scroll down..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah dia penangan bila keinginan nak mencuba bawak motor memberontak!!.. Motor yang menggunakan petrol sepenuhnyer seperti motor2 besar yang real2 tu, bertambah2lah budak2 berdua ni semangat nak membawaknyer..especially Ikmal!!

Abangnyer sentiase releks taklah over acting sangat bila dapat merasa bawak motor kecik ni!! Yang sebetulnyer motor ni kepunyaan pakcik yang duk di Bukit Mertajam ni..bila ditunjukknyer kat budak2 hero ni diaorang mulalah mintak nak try bawak!!

Jenuh nak ngontrol badan budak bertuah ni!! Yang pandainyer press bunyi kuat2 vroommm...vroommm...itupun dah abis hati dapat merasa tu!!

Si adik sedang memerhatikan si abangnyer...


Kasihnyer seorang ayah... terpaksa ke atau dipaksa????....hehe


Seronok2 jer ye nak oii..jangan sesekali cuba nak merempit bila dah besar nanti!! Itu yang ibu dan ayah harapkan..semoga anak2 ibu membesar bagai johan dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan..Ameen..

2010-12-12

Jenjalan Penang

Alang2 dah sampai kat rumah makcik di Bukit Mertajam masa kenduri tunang anaknyer tu, keesokkan harinyer kami sefamili dan famili makcik ke Penang. Memang bukan plan asal pun nak kesana sebab masa yang suntuk dan hari seninnyer dah nak berkeje balik curi2 masa jer jalan ke Penang bawak budak2 ni. Kalau ambik cuti awal2 bolehlah langkah panjang lagi....tapi memang tak boleh pun ambik cuti hari senin tu sebabnyer ayah dah nak ke Shah Alam atas urusan keje pulak. Kesian ayah terpaksa memandu jauh lagi....


Lihatlah pemandangan yang sangat cantik dan tenang, suasana dilaut ketika kami diatas feri nak menuju ke Penang. Anak2 teruja dapat naik feri buat kali pertamanyer...macam2 soalan yang keluar dari mulut Ikmal. Tak terjawab nak menjawabnyer..


Bersama dengan mak, makcik serta adik2 sepupu diatas feri.


Anak2 teruna ibu yang sangat teruja ketika berada diatas feri! Especially si adik yang sangat2 kecoh dan bising..



2010-12-05

Majlis Bertunang

Pejam celik..pejam celik dah nak masuk hujung tahun..kejap jer masa berlalu 2010 dah nak tinggalkan kita..begitulah jugak selangkah lagi menjangkaunyer umur masing2..
Perut semakin membesar..alhamdulillah dah nak masuk 24 minggu dah..baru2 ni checkup baby sihat dan dah nampak jantinanyer....sebetulnyer masa kandungan masuk 3 bulan dulu doktor kata dah nampak...jeng..jeng..jeng...nampaknyer ibu boleh tubuhkan grup KRU!!! Rezeki nampak ke boy jugak kali ni...tapi ibu tetap syukur sebab hajat yang utama ialah memang nak nambah ahli keluarga...tak kirala apa yang Allah bagi...syukur tetap syukur..

OKlah berbalik kita ke tajuk entry kali ni..20hb Nov lepas ibu dan famili ke Bukit Mertajam untuk meraikan sepupu sorang ni bertunang..nama tuan badan Farahidayu..
Dah lama sesangat tak kerumah makcik di Bukit Mertajam ni...sesekali pergi teringat zaman remaja2 dulu ade kesini dengan kawan baik ibu..si Zulita tu...

Bersama dengan Ayu, selamat dah sarung cincin bertunang..khabarnyer dengan orang selatan nun...Johor.

Ini antara barang2 hantaran dari pihak perempuan.

Rombongan dari pihak lelaki sedang berbincang dengan pihak famili perempuan.

Antara menu2 yang menjadi hidangan pada majlis hari tu..

Adikku bersama dengan Ayu..


2010-11-27

Party @ DKita Garden

Kawasan yang dikira paling dekat dan menepati selera sesiapa yang mencubanya...mana lagi kalau bukan salah sebuah restoran sekitar dekat dengan kawasan rumah ni...DKita Garden.

Meraikan salah seorang rakan yang akan terbang jauh nun......mana lagi kalau bukan di bumi sakura!! Makan2 sempena meraikan kawan yang akan meninggalkan bumi Malaysia untuk beberapa bulan sahaja.

Makan2 ni telah diadakan sebelum raya haji baru2 ni..tak ramai kawan2 yang dapat hadir..

Inilah orangnyer yang cumil lote...yang telah terbang pada 19hb lepas..wahhhh bestnyer pegi time2 gini dengan cuaca yang nyaman dan sejuk di bumi sakura tu!!

Sempat bergambar diluar restoran ni. Semoga Liza selamat berada di perantauan..Ameen..

Yang ni sesi makan2 jugak tapi dalam kawasan tempat kerja. Meraikan orang yang sama....yang ni meriah dengan kawan2 perempuan semuanyer...plan cantik ni diatur oleh sapa lagi kalau bukan mak buyung ni...hehe..

Inilah dia dua anak dara yang telah terbang jauh nun dibumi sakura!!...Jangan lupa bawak balik ole-ole nanti...Selamat untuk kalian berdua...

2010-11-16

Salam AidilAdha

Semoga Allah memilih kita untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Allah tercinta.




Salam AidilAdha kepada semua pengunjung yang mengunjungi...sama-samalah kita menghayati apa itu erti sebuah pengorbanan....



2010-11-14

Khasiat Buah Delima

Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99


Ibu dapat search dari blog orang & laman2 web yang berkaitan, katanyer.... BUAH DELIMA ni....

  • Orang kata makan buah delima nanti anak cerdik ... mudah-mudahan..insyallah
  • Orang kata lagi, kalau makan buah delima nanti anak ade lesung pipit! hihi tapi anak sulong ibu tu tak makan dulu pun ada sikit lesung pipit..tapi tak lah menyerlah sangat sebab mak bapaknyer memang tak berlesung pipit pun..
  • Orang kata nanti mata anak cantik & bercahaya... hmm.. ok la.. sapa yang taknak mata anak cantik dan bercahaya yer tak??...
  • Ustaz kata dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
  • Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
  • Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...i like perumpamaan ni..
  • Mmg ramai yang bagi petua kalau nak anak bijak, makan buah delima waktu pregnant. Buah delima ni asalnya dari tanah arab...kalau mengikut sejarah ilmuan2 banyak di lahirkan dari tanah arab...betul tak???? -ada logik sikit arr.
  • Ada jugak ibu dengar dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, ibu & bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak... betul ke ni? sah kena mkn sorok2 camni...
  • Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, insyaAllah...
  • Diantara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila orang melihat wajah anak itu nanti, hati orang akan merasa belas dan kasihan kepadanya...
  • A study published in Pediatric Research found that drinking pomegranate juice during pregnancy helped protect newborns' brains during traumatic births.
  • Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.
  • Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
  • Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
  • Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
  • Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
  • Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
  • Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.
  • Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
  • Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.

  • Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
    Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.
    Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta acid folic yang penting pada tahap awal kehamilan.
  • Boleh mengurangkan berat badan.
  • Elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah.
  • Mencegah dr nyanyuk.
  • Mencantikkan kulit.
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung- prevent morning sickness.
  • Even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"...

Well, to all preggy mommies out there, jomla kita makan buah delima !!!

Kekadang pada pendapat ibu, anak yg bijak tu kurniaan dari Allah kita hanya perlu berdoa dan banyak2 membaca Al-Quran.

Anyway dalam Al-Quran pun ade tulis pasal buah delima ni, so ibu yakinlah..buah delima ni banyak khasiat dia yang bagus2.



2010-11-06

Badominton Taikai

Selang seminggu selepas adanya pertandingan berboling, diadakan pula pertandingan badminton. Bertarikh 24hb Oct lepas (Ahad) telah berlangsungnya pertandingan yang memang menjadi salah satu kegemaran kami masa berada dibumi sakura satu waktu duhulu. Keadaan yang tidak mengizinkan untuk ibu join sekali dalam pertandingan ini..hanya ayah jer yang join.

Siapakah yang bakal akan membawa piala ini???


Ini diantara pemain2 yang menyertai pertandingan ini..ada yang bermain perseorangan, beregu..( wanita dan lelaki ) pendaftaran bermula pada pukul 9.30pg. Boleh dikatakan ramai yang masuk bertanding dalam pertandingan ni..Jenuh nak nunggu habisnyer!!

Ini diantara aksi2 en.suami bersama pasangan beregunyer..Razai.

Antara gambar2 kawan2 sekerja yang sempat disnap.

Tumpang sekaki nak bergambar dengan kawan2 under spot committe ni. Nampak tu kipas tangan yang ibu dan ayah kumpul sewaktu berada di nihon dulu..terkenang waktu itu bila masuk musim summer mesti melambak kami dapat..asal pegi supermarket tepi2 jalan tu mesti ada orang siap nunggu bagi..bagus kan??? Memang spare bawak lebih sikit kipas tangan hari tu sebabnyer ayah dah bagitau awal2 tempat tu memang panas macam berada dalam bilik sauna!! Dia biasa main bila hujung2 minggu kat situ, tu yang tau tu!!


Dua hero ibu ni jangan kenanglah basah lencun duk dalam bilik tu!! Sibuk main jugak kat kawasan tepi2 gelanggang! Nasib tak bising sebab lewat habis hari tu...lebih kurang pukul 3.45ptg baru selesai!!

Jom tengok sapa yang kena!!!

*
*
*
*
*
*
Pemenang perseorangan lelaki...hanya no 1 dan 2 sahaja yer.. Kategori wanita tak masuk. Tak berdaya wehh nak ngejornyer!! Sama jugak ler ngan en.suami memang tak berdaya nak masuk single2 ni!! Badan udah tua!!

Ini pemenang naib juara untuk kategori lelaki beregu!!.. Muda belia lagi main pun tersangatlah dasyat adik2 ni..

Jeng..jeng..jeng..inilah juara beregu kita!! Tak lain dan tak bukan en.suami dan kawan sepasukannyer..

Akhirnyer jadi milik kami!!! Chewah...tahniah..tahniah..

Keseluruhan juara menjadi milik "Team Ranger"..Wahh tak sia2 ibu dan anak2 nunggu dalam keadaan panas yang tak terhingga ni!!

Bergambar kenangan sebelum balik..hanya muka2 pemenang2 ni jer yang sanggup nunggu dalam bilik macam sauna ni!! Ramai yang dah cabut awal2 bila dah tau tertewas pada awalnyer..

Inilah hadiah yang ayah bawak balik..berupa dua buah hamper dan dua buah medal!!.. Rezeki kami pada hari tu..