JLPT (Japanese Language Proficiency Test) atau didalam bahasa Jepunnyer "Nihongo Nouryoku Shiken" telah berlangsung pada hari Ahad lepas (06 Dec) bertempat di Universiti Toyama. Maksud "Nihongo"= bahasa jepun, "Nouryoku"=kemampuan dan "Shiken"= ujian/test. Maksud penuh Ujian Kemampuan Bahasa Jepun..
JLPT ini diselenggarakan setiap tahun serentak diseluruh dunia, Sebelum ni ujian dilakukan hanya setahun sekali iaitu pada minggu pertama Disember tetapi telah ditukarkan menjadi 2 kali termasuklah diawal bulan Julai. Daripada Level 1 hingga 4 (1 is the highest). Ujian ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu writing/vocabulary, listening dan reading/grammar. Bermula dari jam 9.45am hingga 14.35pm. Ini adalah masa untuk ujian level 2. Bagi level-level yang lain masa tamat adalah berbeza2..cuma mula start je sama.
Dan inilah peluang untuk ayah tau dimana tahap kemampuan bahasa jepunnyer...katanyer pada hari tu macam2 muka orang2 asing yang terlibat..ada kulit putih, kulit coklat, kulit hitam...lebih kurang 100 kepala mungkin!! Ayah ambil untuk level 2. Semua mencuba tahap kemampuan masing2!.. Takpe Allah tau yang terbaik untuk kita!!
Setengah orang tu sampai 2-3 kali ambik baru lepas!!..yang dah duk 5-6 tahun pun kantoi...haha...nak sedapkan hati ayah supaya tak kecewa kalau gagal!!....
baik punya isteri!!!..
Yang penting, kuar dari rumah tu dengan niat yang baik, dengan usaha terbaik, dan berharap semoga mendapatkan hasil yang baik juga...Ameen
Perngorbanan memerlukan perjuangan
Perjuangan memerlukan kekuatan
Kekuatan memerlukan keyakinan
Keyakinan menentu kejayaan
Kejayaan membawa kebahagian..
2 ulasan:
kaknor tak amek gak ke.. huhu.. samala kita malas nk belajar..
haha...tau takpe!!.Murni bolehla tahun depan ambik test kan masih lama duk sini..hikhik..abg nazar ni try je kot2 sangkut lulus blh dpt elaun bhsa jepun kat company Mesia tu ke...hehe..tapi tak tau la..pandai2 sendiri je!!
Catat Ulasan