-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-12-23

IBS Badminton Championship 2011

Salam kepada semua yang masih sudi mengunjungi laman ini. Pejam celik dah nak masuk hujung tahun dan tahun baru bakal menjelma, begitu cepatnyer masa berlalu. Dan sekolah pun bakal bermula beberapa hari sajer lagi. Persiapan??? Emmm..takde apa2 sangat sebab tahun lepas punya masih elok dan boleh diguna lagi. Kalau nak belipun ade la sikit2 mana2 yang patut jer.

OKla berbalik citer entry kali ni, kisah yang dikira agak basi jugak..emmm kalau tak silap awal Disember baru ni. Kisah dua beradik ni masuk pertandingan badminton anjuran persatuan IBS sini. Ayah yang paling sibuk kalau dia tau ade mana2 tempat buat pertandingan mesti dia suruh bebudak dua beradik tu masuk. Sajer suka2 nak bagi deme rasa suasana pertandingan. Menang atau kalah itu belakang cerita, biasalah adat bertanding.

Gaya aksi dua beardik....
Ikmal masuk under kategori 9 tahun dan Mifzal pulak under kategori 12 tahun. Kalau nak tau kat dalam rumah ni memang dah takde peluang la kalau nak nengok drama ke..atau citer2 yang berkisahkan khusus tuk para2 mak2 ni. Siang malam pagi petang dengan chanel sukan! Itulah penangan kalau takde geng "bunga" dalam rumah ni...semua hero!! Sampai ibu pun dah terikut2 semua kisah2 sukan!!..

Ini antara hadiah yang dipertandingankan. Menarik jugak!!

Inilah barisan2 yang masuk bertanding pada hari tu. Ibu pun dah lama sangat tak dapat nengok anak2 main sejak dah beranak kecik ni. Kalau idak laju jer mesti nak ngikut. Tunggulah Aqil besar sikit lagi mesti panjang langkah kakiku ini...

Chewah...tu adia!! tahniah anak2 ibu, dua2 jadi juara untuk kategori masing2..hehe..bolehla tu..sorang nak ikut macam Datuk Lee Chong Wei, sorang lagi nak jadi Lin Dan!! haha..dua beradik yang selalu berbalah dengan memasing punya idola..apa2 jerla.

2011-12-06

Makan kenduri lagi...

Dah nama pun hujung tahun...memang tak lari dengan jemputan2 kawennyer..Kali ni jalan jauh sikit nun ke Bukit Mertajam. Rumah mak sedara ngawenkan anak perempuannyer. Tahun lepas ada datang jugak masa bertunang. Aqil pun dalam perut lagi masa tu. Kali ni merasa Aqil jalan jauh sikit..
Berlansungnyer bulan sudah pada 20hb Nov.

Anak2 ku dan anak2 sedaraku. Tu jerla cucu mak pompuan sorang buat masa ni..yang lain semua hero2..Bertemakan kaler purple..ohhh sukanyer kaler ni.suka..suka..suka..tapi kita orang anak beranak takla pulak ngikut tema dorang ni walaupun dah bagitau awal2...huhu..(teruk betui..) pakai apa yang ade kat dalam almari ni jer..

Mak2 budak dan anak memasing pulak nak berposing. Masa ni tengah tenang tak ramai orang lagi, bolehla sakan duk depan pelamin.

Bersama dengan anakanda tercinta yang semakin lasak dan agresif. Umur dah pun masuk 8 bulan..banyak peel dan kekadang ragam2 yang ibu dia masih kurang jelas lagi..huhu..

Sukanyer saya dengan permaidani gebu ni!!!


Nilah dia hulubalang2 dan dayang2 "terpaksa"..tension Mifzal diadun macam ni..haha..dia susah sikit bab2 macam ni. Kurang sporting sikit. Tapi si Ikmal no hal ngikut jer..Kalau pakai baju kaler purple mesti lagi cantik dan kemas.

Chewahhh..nengokler tu..kepala nak nyambut mempelai


Bersama dengan mak dan bapak pengantin perempuan. Menantu pertama la ni..

Kalau bab bergambo serah kat mak budak ni..ambik peluang lagi nempek kat pelamin orang..

Kepada pasangan pengantin AYU dan suami semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Minggu ni rombongan ke rumah lelaki di Johor. Semoga perjalanan kalian dipermudahkan Ameen..