-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-10-24

Culture Day

Salam kepada semua yang masih sudi menjenguk kesini. Baby Aqil sudahpun sihat sepenuhnyer, tak nak dah sakit2 lagi..campak jauh2 kat luar!!
Entry kali ni dah agak basi jugak sebabnyer programe ni lebih awal dari tarikh Aqil tak sihat hari tu. Programe anjuran tempat keje ibu ngan ayah yang dinamakan "Culture Day". Telah berlangsung pada 01 Oct lepas. Dah nak masuk sebulan dah pun!! Lokasi pun dalam kafeteria tempat keje jer..


En suami bersama dengan warga2 jepun yang berkhidmat dalam tu. Warga2 jepun tu mengenakan pakaian dari negara mereka. Ikutkan plan asal en suami nak pakai baju melayu dengan sampin tapi tak pakai sebab ade cerita lawak disebalik tu...haha..

Ni geng2 perempuan..berbaju kurung baju tradisional melayu kita. Yang india pulak mengenakan pakaian sari. Tapi sayangnyer yang berbangsa cina taklah pulak pakai pakaian tradisonal, datang pakai baju t ngan jeans jer pulak hari tu..ish..ish..macam manala nak tunjuk kat orang2 jepun tu pakaian2 tradisional kita rakyat Malaya ni.

Pada hari tu banyak makanan yang disajikan. Makanan2 yang popular dari setiap bangsa. Ada lemang, rendang, sate, nasi impit, kek, tosei, capati, rojak pasambor, spaggeti, bakso, mee udang...yum-yum..macam2 ada..

Ade jugak acara berkaraoke. Makan sambil berhibur. Ni mamat jepun nyanyi lagu semestinya jepun la..sedap suara mamat ni. Sebijik rupa suara artis jepun. Cayalah..

En suami bersama dengan rakan sekerja. Mamat jepun yang tengah tu adalah supporter yang diturunkan sementara kesini.

2011-10-16

BB Aqil demam

Assalamualaikum kepada semua yang masih sudi menjenguk kesini, entry kali ni kisah bb Aqil demam. Demam yang tak hilang2...kejap ada..kejap takde..kejap ade..kejap takde..hampir seminggu. Yang risau sangat tu tahap panas yang tinggi 39.8!..Doktor masukkan ubat kot ponggong ade ler kurang panas tu. Buh cool fever sampai sekering2 diserapnyer..Jaram ngan air aloe vera sekering2 kepala diserapnyer...Klinik yang sama sampai dua kali pergi. Tak jugak ade perubahan. Pada pendapat ibu mungkin gamaknyer ubat klinik tu tak rasi kot..tryla pulak cuba ke klinik kedua. Ambik air penawar pun udah...huhu...Malam sabtu lepas panas terus2an tak hilang walau dah makan ubat! Ikutkan kalau dah ambik ubat tu mestila ade kurang panas tu..ni tak!! memang amat merisaukan dan tertanya2 ngapelah demam ni tak hilang betul2.

Pukul 3am sabtu lepas bangunkan Aqil tuk nyusukan dia. Masa tengah breast feed dia terasa macam ada yang tak kena dengan baby ni. Kejap2 semacam gaya nak tarik..kemudian normal balik..peh tu gaya nak tarik balik. Ibu pun cepat2 kejutkan ayah dia ajak terus ke hospital ngenangkan dah lain jer gayanyer.

Kami terus ke Pantai Hospital. Dalam perjalanan tu air mata duk ngalir..sambil baca apa2 yang patut. Erat dalam pangkuan ibu!
Doktor kata kena ambik darah tuk confirm! Itulah jalan yang terbaik pada ibu. Tapi hanya Allah jer yang tau betapa sedih bila tengok Aqil raung nangis masa doktor ambik darah. Lebih kesian sebabnyer kat kaki. Kata doktor kat tangan uratnyer terlalu halus susah nak cari!! Tu ler ropenyer kaki Aqil berbalut selepas selesai doktor ambik darah.

Kasihnyer seorang ayah. Walaupun berada di hospital 3 hari 2 malam, baby Aqil sangat baik dan tak banyak ragam. Senang tidor walau takde endoi! Sangat bersyukur!
Keputusan darah dah kompem, baby takde virus yang membimbangkan. Syukur alhamdulillah.

Saya dah sihat sepenuhnyer....doa ibu dan ayah semoga Aqil baik dan sihat selalu, cerdik, berakal, berilmu serta beramal soleh. Ameen..