-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-12-17

Yuki dah turun...

Seperti yang diramalkan dari stesen kaji cuaca malam tadi yuki (salji) dah turun di kawasan Toyama, hari pertama selalu tak tebal mana pun tapi kesejukan tu yang membuatkan nak bangun pagi malas sangat!!...tapi dah nama seorang ibu mestilah nak tunaikan tanggungjawab pada anak2 yang nak ke sekolah dan pada suami tercinta yang nak pegi kerja...Seperti biasa sarapan perlu disiapkan dan bento (bekal) perlu disediakan!

Dan ayah terpaksa keluar awal dari rumah untuk ke pejabat, biasa 7.30pg bila tempuh musim ni kenala kuar awal 20min...nak cuci cermin kerete yg penuh dilitupi ais..nak buang ais2 yang duk kat atas bumbung kete..nak sodok ais2 kat sekitar jalan nak keluar...dan yang penting tu masa nak memandu kena slow2 takut jalan licin!!...tayar kete khas untuk musim ini pun dah ditukar oleh pihak syarikat. Tula sebabnyer orang2 jepun ni kurang suka dengan musim ni kot ye...


Anak2 ibu nak pergi sekolah dengan ditemani yuki sepanjang jalan...ibu la yang kesian dengan dorang tapi dorang heran pun tak...bangun pagi bila tengok yuki penuh atas bumbung2 rumah jiran senyum je...suka...sebabnyer sepanjang jalan nak kesekolah tu mesti dua beradik ni sangkut sekejap main ais!!


Baru keluar dari rumah bersama dengan Arata kun. Hampir sebulan mask kena pakai sebab musim2 sejuk ni mudah terkena penyakit berjangkit terutama demam/selsema enfluenza.


Jalan sebelum nak melintas ke tempat berkumpul. Dalam group ni ada 4 sekawan, yang mengetuai group ni adalah anak kepada Yoko san iaitu Keta kun. Dia dalam darjah enam. Beginilah kehidupan cara anak2 jepun ke sekolah....ramai2 berjalan kaki dan setiap kumpulan ada ketua untuk guide budak2 kecik ni..dan beginilah rutin setiap hari ibu menghantar anak2 hingga ke tempat perkumpulan!!

Arata tu macam dah tak sabar je rupa nak main ais!!..nampak kat tangan tu dah ada ketulan ais..dua beradik ni sebab ibu ada sekali tu yang cuba kontrol tengokla bila hilang depan mata sama naik jugak tu!!..

OK dah sampai tempat perkumpulan....sekarang nak tunggu Keta kun untuk pergi ke sekolah bersama2..


JOM layan video masa tengah yuki turun..ambik dari tingkap rumah je lepas anak2 dah kesekolah..rumah kami tingkat 2 jadi mudah nampak ais atas bumbung2 rumah jiran




3 ulasan:

kew_chop berkata...

bestnye nak main yuki gak. kalo dulu kat sana 1st day mesti bwk maira kuar pegang2 yuki wat yuki daruma..

NorNaza berkata...

yerla kenangan semua tu kat Toyama kan..kompem tak nak turun hujung tahun ni?

kew_chop berkata...

cam tak dpt jek pegi. joe cuti kejap jek. huhuhu kaknor la dtg sini, kite pegi disneysea..

Catat Ulasan