-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-06-25

Makan kenduri

Bila nama je cuti sekolah dah tentu adanya musim orang kawen...tak kiralah cuti panjang ke..cuti pendek ke.... mesti dapat merasa makan nasi minyak kenduri kawen...ada betul?? dan minggu ni persekolahan anak2 bermula kembali dan rutin harian ibu pun kembali normal seperti biasa.

Pada hari Sabtu lepas 12hb Jun, telah berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu (side sebelah en suami) di Taman Meru Ipoh. Pasangan raja sehari NorFadzilah dan Nazri. Semoga ikatan dan bahtera yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat..Ameen..

Bertemakan kaler pink..raja sehari cantik dan tampan diatas singgahsana...teringat zaman dolu2..hehe..bila tengok zaman2 la ni punya pakej pengantin jauh bezanya masa zaman2 90an dulu..asal ada duit semua jadi!!


Nak kasi tau kat tuan rumah..Ayahwe dan Makwe, nasi minyak dengan lauk pauk hari tu memang ter..sangat sedapnya!!! Tak rugi datang malam tu lagi masa potong kek sebab dapat bawak balik habuan.. daging rendang tok!!..terima kasih....

2010-06-21

Happy Father's Day - Selamat Hari Bapa

I know..i know i'm way to late wish all the wonderful father out there.. but better late than never kan.. :) So...

HAPPY FATHER'S DAY to all the fathers out there!!!
Tidak kiralah dengan apa gelaran kepada bapa masing2, yang pentingnyer sebagai anak yang masih mempunyai orang tua sayangilah mereka ketika hayatnya masih ada.

Dikesempatan ini diucapkan Selamat Hari Bapa kepada my lovely abah Ahmad Zainuddin Bin Shafiei dan juga of course to my lovely hubby Nazaruddin Bin Sulaiman. Semoga sentiasa mendapat keberkatan hidup didunia dan diakhirat.





2010-06-17

Terima Kasih..

Keprihatinan seorang sahabat yang berada nun jauh dibumi sakura tu tentang anak2 yang satu ketika dulu suka sangat baca komik doremon dan majalah2 ranger, usaha dia poskan dari sana untuk Mifzal dan Ikmal. Dulunyer memang budak2 ni suka sangat2 sampai terikut2 gaya ranger2 Jepun, tapi bila dah berada disini semua gaya dan ikutan terus terpadam....yang dulunyer sangat suka nyanyi lagu2 jepun semuanyer ditinggalkan ....begitula pada adatnyer bila berada di negara "A" lain pesennyer....dan bila berada dinegara "B" lain pulak caranyer...


Bila budak2 berdua tu terima hadiah komik tu, automatik terus bertukar watak. Terus diaorang teringat kenangan pada waktu itu. Sengaja ibu biarkan tengok gelagat diorang...suka sangat2 tak habis2 dibelek2nyer buku2 tu. Apa lagi.... watak2 Jepun dalam rancangan ranger tu terus hidup kembali..hehe.. itulah namanyer budak2....mudah mengingati...dan mudah jugak melupainyer..
Bila dah ada komik tu barulah dapat dengar balik ayat2 nihongo yang satu ketika dulu pernah dorang lakonkan.


Terima kasih pada Sachiyo san yang baik hati mengepos komik tu pada Mifzal dan Ikmal. Gambar2 kenangan kami disana pun dia ada hantar jugak. Bila tengok gambar2 dalam CD yang dia hantar tu automatik rasa rindu bila ingatkan kehidupan disana.




2010-06-15

Aktiviti suka-suka

Aktiviti berboling ini telah dianjurkan oleh salah seorang kawan sekerja. Tak silap dua minggu lepas berlalunya...bukan sahaja pekerja2 tempatan diundang sampai big2 boss pun turun sama2 main pada malam itu. Itu yang bagusnya.. tak sangka mamat2 Jepun yang ada dalam tu bagi respond, sama2 nak main jugak.

Bila dah start berjinak2 dengan dunia beriadah ni masa duk kat Jepun dulu memang terasa nakkan suasana yang sama jugak bila berada disini. Bila dah ada kawan yang organize bende2 macam ni sajerla cuba2 arrange masa..bila kene dengan gaya waktu dan keadaan memang lajulah nak join sekali..nak kena tengok jugak kalau kene time anak2 sekolah memang susahlah nak ikut tapi kalau buat hari last keje/sekolah iaitu hari Jumaat (malam) memang sesuai bebenor.

Inilah grup yang hadir sama2 bermain malam itu. Ade setengah dah cabut balik dulu. Taklah ramai yang hadir tapi cukup meriah dengan gelak besar sebabnya....banyak kali bola masuk longkang!!! ( especially mak budak ni la..hehe..)


Suasana disekitar kawasan boling di GreenTown Mall Ipoh. Mifzal dan Ikmal pun bawak sekali pada hari tu...

MD (berbaju merah) pun turut meluangkan masa dengan aktiviti suka-suka ni.

Bersama dengan adik manis..Lieza dan adiknya..

Si cilik ibu yang kuat ngobak kalau markahnyer rendah dari orang lain...hehe


2010-06-08

1 tahun sudah....

Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk setahun umur blog ibu ni..begitu cepat waktu berlalu. Pada mulanya memang tak terlintas nak menulis ni tapi disebabkan en suami yang beria2 sangat nak kan ibu menulis tentang kehidupan hidup berkeluarga di negara matahari terbit tu jadi lahir jugaklah "NorNazar Family's".. dan jugak keprihatinan en suami yang tak nak kan ibu boring duk kat rumah sorang2 masa kat jepun dulu....hehe...

Masa mula2 create blog ni sajer krodi2 kawan2 lain punya..memang tak nafikan hampir 3 bulan lamanya belajar sendiri2 (memang benak sungguh..) barulah terlahirnya NorNazar Family's iaitu pada 04hb June 2009..
Pikir2 balik bagus jugak ada blog cenggini sekurang2nya bila anak2 dah besar boleh imbas balik kisah2 hidup kami sekeluarga, dan jugak melalui alam cyber ni dapat menambah kenalan kawan2 baru walaupun tak pernah bersua muka tapi rasa macam mesra sesangat..
Seperkara lagi yang baiknya blog ni adalah kisah anak2. Yerla kawan2 masa zaman2 sekolah dulu yang dah duk merantau luar dari Perak ni bolehlah jugak dapat tau kisah2 budak2 ni. Ada betul????

Banyak ilmu yang boleh dikongsi bersama...ilmu masak2....ilmu didik anak2...ilmu menjadikan rumahtangga bahagia....ilmu deco2...boleh katakan macam-macam perkara baik yang boleh dikongsi bersama melalui alam cyber ni.....itu yang bagusnya!!




2010-06-04

Dinner kat Pakeeza

Ulangtahun perkahwinan tahun ni takde yang special untuk diraikan, cuma satu jer yang terasa teringin.....teringin nak makan-makan kat Restoran Pakeeza yang terletak di pekan Ipoh nun.. Masakan ala2 India+Pakistan. Kira dianggap salah satu restoran yang agak terkenal la disini. Jadinya malam 28hb lepas kami empat beranak pun plan la kesitu....suka..suka..

Inilah dia Pakeeza Restaurant & Catering. Menyediakan perkhidmatan catering jugak..Terima kasih abang sebab usaha balik keje awal Jumaat lepas...ibu hargai sangat!!

Tapi frust yang teramat sangat!!!!!!!! Sebabnya makanan yang kami makan tu oleh dikatakan semuanya MASIN!!!! Agaknya lori garam tumpah kot... Mutton Masala, Kebab Fish, Prawn masak apa dah lupa daaa........dan beberapa menu lain...huwaaaaa tak dapat nak menikmati betul2 kesedapan pada hari tu.

Cuba jugak telan walau frust yang teramat sangat! Dah itu rezekinya malam tu..apa nak kata betui tak??. Syukur alhamdulillah..

2010-06-02

Reunion...

Memang sangat bermakna wedding anniversary tahun ni. Tarikh special tu telah menemukan ibu dengan kenkawan2 yang sama2 satu kepala masa zaman sekolah dulu. Perjumpaan yang dirancang baik punya oleh kawan baikku iaitu Zulita. Berlangsung dirumah maknya di Siputeh. Sangat meriah dan gamat dengan jerit pekik mak2 budak ni memarahi anak masing2..hehe.... Korang masih seperti dulu.....gaya nak masuk era 40an macam tak nampak jer.....haha....

Kebetulan kene dengan Wesak Day, jadinya masing2 dapat cuti melainkan diri ini yang memang kene kerja!! Pada 28hb tu terpaksalah mintak belas ehsan boss nak masuk shift pagi, dapat awal sikit jumpa dengan kawan2...alhamdulillah reason baik punya kasi kat boss dapatlah balik cepat!!


Walaupun tak lengkap forum ni tapi cukup bermakna sangat2 sebab dapat berjumpa dengan korang!! Next time gather kat rumah kami pulak..Aton join sama yer.. paling best sebenarnya kalau dapat bergambar dengan anak2 sekali...emmmmm....anak dah besar panjang macam tu jenuh la kene jerit pekik nak suruh bergambar..lain la kalau macam dulu kecik2 tengah beriba lagi, senang sikit kalau nak diajak bergambar sekali.hehe...
Dari kiri : Zulita, Ida, Norzi, me dan Yanti


Purposely kosongkan tanki perut dari tempat kerja sebab nak makan masakan special yang Zulita masak. Sedap la kawan....nasib ade Norzi yang datang lambat, dapatlah jugak jadi peneman makan sama2...hehe


Keletah dan gaya anak2...rasa tak caya pulak dah besar panjang..especially Nasuha. dah nak sama paras tinggi dengan auntie Nor...hehe...


Korang adalah sahabatku dunia akhirat. Walau dimana berada korang tetap dihati!!.