Pengat memang enak kalau dihidangkan pada sebelah petang. Lebih-lebih lagi kalau hari hujan di petang hari. Asyik sungguh!! Minum pulak air kopi yang kurang manis...nikmat tak terkata. Hai tak kecur air liur ke?? Modal nak buat pengat ni bukanlah mahal sangat. Kalau dah terliur tu, cuba-cuba buat. Setakat tenung gambar aje tak kenyang...hikhik
KATA2 DARI : INFO SAJI.....bukan kata-kata dari si empunyer blog yer...harap maklum...hikhik..... Jom petang ni kita pekena dengan " sira pisang rangup".
BAHAN-BAHAN
400ml santan cair
200ml santan pekat
150gm pisang
150gm gula melaka
80gm sagu
50gm gula pasir
100gm kelapa kering
1 biji telur ayam
1 helai daun pandan ( tak pakai sebab takde..)
CARA-CARA
1. Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan
2. Masukkan gula pasir dan santan pekat, biarkan mendidih selama lima minit.
3. Sementara itu, sadurkan pisang dengan telur dan salutkan bersama kelapa kering.
4. Goreng sehingga warnanyer kekuningan.
5. Letakkan ke dalam magkuk dan tuangkan kuah ke atasnyer.
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan