-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-07-24

Summer disatu ketika dulu...

Di Malaya sepanjang masa adalah summer, pada kawasan2 tertentu memang tak tertahan kalau kena hari2 panas terik, hujan tak turun2 kan.. Nak pulak kalau kena time bulan puasa..memang dugaan yang teramat sangat. Matahari terik, tekak jadi perit!! Itulah lumrahnyer... walau panas ke...hujan ke...kita tetap kena bersyukur kerana itu adalah kerja yang Esa tak baik kita merungut2....yang penting negara kita bebas dari segala bencana alam yang teruk seperti disesebuah negara yang lain..Syukur alhamdulillah..

Pada dan ketika ini dinegara empat musim adalah musim panas. Mungkin sama panas seperti yang kita rasa di Malaya ni....temperature area 30 darjah..
Pengalaman masa tinggal di Jepun dulu, kata orang2 sana mereka lebih menyukai musim ini kerana banyak aktiviti luar dapat dilakukan berbanding dengan musim sejuk!
Memang banyak aktiviti atau festival yang dilakukan pada musim panas ni. Kalau dulu macam2 festival kami sefamili ikut. Lepas dah habis musim panas terus aktiviti / festival berkurangan.

Jom nak imbas kembali di satu waktu dulu ketika dimusim summer di negara matahari terbit.

Disatu festival yang dinamakan Owara Dance. Tarian lemah gemalai jepun...hehe

Aktiviti bermain bunga api! Banyak bunga2 api dijual pada musim ini. Masih ingat lagi buat pertama kalinyer ibu memakai yukata pergi tengok hanabi! (bunga api).


Kami ramai2 pergi bermandi manda di Taikoyama Land.

Kami sefamili ke Kurobe.

Sukaneka kawasan tempat tinggal kami. Sangat best dan seronok sukaneka ni! Dapat bermesra2 dengan jiran tetangga.

Semua jadi kenangan!!.

2010-07-17

Fairwell Party

Majlis perpisahan ini adalah untuk meraikan seorang kawan yang akan menamatkan perkhidmatannyer. Majlis ini telah diatur di sebuah restoran Pizza Hut Batu Gajah pada hari Selasa lepas.


Bersama rakan2 yang hadir pada hari itu. Yang diraikan adalah mamat yang tengah berdiri tu...Deric Lay. Katanyer selepas ini dia akan berubah angin disekitar bandar KL pulak. Tak dapat berjumpa dengan ayah disaat2 akhir dia resign, sebab en.suami sedang berada dibumi sakura sekarang ni..


Kebetulan mamat yang sebelah Deric tu ( sebelah kanan) pun akan berenti jugak..baru jer join dah dapat tawaran yang lagi masyokkk..kiranyer ni party untuk dua2 lah yer..huhu
Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati..
Itulah pepatah yang dikirakan sangat2 sesuai untuk kami yang makan pada hari tu. Kenyang sangat2 wehhhh....


Bersama rakan karib ibu..kalau tak kerana dia yang beria2 ngajak ke farewell party ni rasanyer idak le datang jugak sebab yang sebetulnyer ibu ni numpang nyebuk sebab kesemua staff ni bukan dari section/jabatan ibu pun..haha. Thanks Kak Azah!!


Dua orang budak nakal!! Memang gaya macam budak nakal pun!!

2010-07-11

Moh bersukan...

Pengalaman hidup dirumah kedua kami dulu iaitu di nihon, telah mengajar kami erti betapa perlunya beriadah demi menjaga kesihatan dan menikmati kehidupan yang cergas dan cerdas. Ikutkan tak pernahnyer dulu kami betul2 ambik kisah benda2 macam ni tapi keseronokan yang pernah kami lalui masa lampau di negara matahari terbit tu yang membuatkan rasa nak paksa diri jugak untuk bersukan at least seminggu sekali. Apa lagi kalau bukan main badminton!!! Dah jadi gian nak main!! Dah hampir sebulan turun bermain, setiap hari Jumaat lebih kurang pukul 8pm sampai 10pm. Sengaja pakat dengan kawan yang arrange tu untuk pilih hari last sekolah/kerja supaya anak2 pun dapat turut serta. Kalau hari2 yang lain tu confirm memang tak dapat ikut sekali!!


Double player lawan triple player!! Si kecik ibu terselit sekali dalam grup ni, tak cukup geng main belasah masuk sekali..hehe

Ayah dan partnernya yang bersama2 ke nihon baru2 ni.. Jumaat ni tak cukupla ahli2 yang turun bermain!!



Dalam keletihan..dengan dewan badminton yang hangat pijor ibarat seperti duduk dalam bilik sauna!!


Pemain2 cilik..adakah akan menjadi pemain harapan Malaysia satu hari nanti???? Haha...

2010-07-09

Nihon melambai lagi....

Menghitung hari..detik demi detik..masa yang telah ditetapkan akan datang jugak. Nihon dah melambai2 tu.. Nak pergi nihon lagi ke kami ni?????? Jeng..jeng..jeng..alangkah bestnyer dapat pergi lagi walaupun sekejap jer..tapi pada tika dan saat ni cuaca disana mesti sama jer panas macam di Malaya kan..huhu


Sebelum tu nak bagitau la ngapa la tak boleh nak download gambar dalam rumah ni. Dari semalam jenuh duk krodi entah apa la pulak masalahnyer..dah sama kes macam rumah Zulita dulu pulak..sabor jerla!!!! huhu. Biarlah jangan tension2 ok...dah tak mau nak buat macam mana lagi kan..kalau mood dia dah ok nanti bolehla tu download gambar balik...kan..kan.. Jadinyer entry kali ni entry tak bergambar ok..


Oklah berbalik kita dengan tajuk diatas, lusa adalah hari terakhir dapat bersama2 dengan ayah..kenapa tu???? Sebabnya dia kena pergi nihon lagi laa..Kami sefamili pergi tak agaknya????? Emmmmmm..pergi dalam mimpi jerla. Citer sebetulnya ayah sorang jer yang pergi ke Jepun bersama dengan sorang lagi kawan seopis atas urusan kerja. Bertolak hari Sabtu ni..huhu..daku pasti merindui mu!!! Pergi berapa lama tu??? Setahun??? Dua tahun???

*
*
*
*
*
*
*
*

Dua minggu ajer daaa.....


Walaupun dua minggu kurasakan ibarat 2 tahun...

" Semoga Allah mempermudahkan perjalanan suamiku kesana nanti..Ameen"


2010-07-04

Mandi manda di Lost World Of Tambun

Cuti sekolah penggal pertengahan baru2 ni tak bawak anak2 kemana2 pun..kesian dua beradik tu, mak bapak keje je tak berpeluang nak bawak anak2 jenjalan. Jadinya selepas seminggu persekolahan bermula kembali ibu pun plan la nak bawak budak2 tu bermandi manda di Lost World Tambun, Ipoh. Kami pergi pada hari Sabtu lepas selepas aktiviti gotong royong anjuran tempat keje ibu ngan ayah tu. Seingat ibu last pergi kesini ialah ketika umur Ikmal 3 tahun.

Tempat mandi2 macam ni memang la menjadi pujaan buat dua beradik ni. Rasa ada baik jugak pergi bukan time cuti sekolah sebabnya taklah crowded sangat dalam kawasan tu. Tapi yang tak bestnyer tiket masuk dah mahal daaa...berbanding tahun2 dulunyer..

Eh..eh..ada pulak budak paling kecik sekali berendam tu!! Kalau nak tau hari tu mintak kebenaran kat mak baby Haziq ni nak bawak sekali together2 mandi manda disitu. Budak tak banyak ragam macam Haziq ni memang suka la ibu nak melayannyer..letak la tang mana pun leboh..takde banyak masalah...bagus betul anak sedara sorang ni!!
Cuaca agak panas sedikit pada hari tu, dapat berendam cenggini memang habis hati!!..



2010-07-01

Aktiviti Kemasyarakatan

Ini adalah salah satu program aktiviti kemasyarakatan anjuran tempat ibu dan ayah bekerja. Program gotong royong membersihkan kawasan ini telah berlangsung pada hari Sabtu lepas bertarikh 26hb Jun, bertempat di Taman Tasek Idaman Batu Gajah. Program ini juga adalah anjuran bersama dengan persatuan penduduk di taman itu.

Bertungkus lumus ayah dan staff2 yang lain cuba nak buang sampah sarap yang teramatlah busuknya dalam longkang besar. Jangan tak tau yang turun bersama2 dalam gambar diatas tu adalah staff rakyat2 jepun. Termasuk big boss. Malu tak rasanya kita sebagai orang Malaya????
MACAM-MACAM ADA....ishhhh apa la nak jadi rakyat kita ni. Selamba jer sampah sarap penuh dalam longkang besar tu, bila tersekat/tersangkut macam2 bau kurang menyenangkan yang datang!!!

Dan ada satu dialog yang keluar dari mulut Ikmal " Ibu..ibu..ngape orang buang sampah dalam longkang???"...Sapa nak tolong jawab tu???? Pada hari tu mintak seorang staff dalam tu tolong jawabkan soalan Ikmal...dia berbangsa cina..Sampai dia pun tak dapat nak bagi jawapan yang baik..hehe...
Dan bila ayah bertanya pada salah seorang staff jepun dalam tu, "rasa malu bila tengok negara sana dan negara sini...jawabnyer dengan ayat yang penuh sopan..." Jangan bandingkan dengan Jepun yang jauh tu...cuba bandingkan dengan negara yang dekat iaitu Singapore"....ishhh..ishhh..terkedu seketika!!! Dalam tak maksudnyer tu..


Pada hari tu juga diadakan pemeriksaan kesihatan percuma dengan kerjasama dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Batu Gajah.
Pemeriksaan tekanan darah dan aras glukosa dalam darah.
Peluang yang sangat baik untuk ibu dan ayah membuat pemeriksaan. Yessss....ibu mendapat pujian dari nurse sebab tekanan darah,aras glukosa dlm darah dan tinggi+berat adalah unggul!!!. Alhamdulillah..sihat.
Ayah pulak disarankan untuk menurunkan lagi beratnya...huhu..kena turun lagi 5kg!! Tekanan dan aras glukosa cantikkk...alhamdulillah..


Selain itu diadakan juga pertandingan mewarnan bagi anak2 yang berumur bawah 7 tahun. Meriahlah dalam dewan tu dengan bakat2 mewarna anak masing2. Ikmak tak nak join...

Bergambar dengan kawan2 yang bersama2 turun pada hari itu. Kami sefamili balik awal sikit sebab ade plan lain pada hari itu.