-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-12-03

Buah Tangan dari Kyoto

Sementara tunggu keretapi untuk balik ke Toyama, kami singgah kejap ke Bic Camera dekat stesen keretapi di Kyoto tu. Kedai Bic Camera tu kebanyakannyer menjual barang2 eletrik, ade jugak barang2 lain..
Sebenarnyer sejak ulangtahun perkahwinan kami yg ke-10 bulan May lepas lagi kami memang ingin mencari jam tangan, tapi tak jumpa !! Nak tau sebab apa????

Pertama - Nak cari jam yang cantik
Kedua - Nak cari yang ada brand la sikit..konon2nyer!!!!
Ketiga - Nak cari made in Japan
Keempat - Nak yang sepasang & peten yang sama (lelaki&perempuan)
Kelima - Yang paling penting kami nak YANG SANGAT MURAH!!!!!!....tak ke susah nak dapat jam macam tu!!

Nak rezeki dapatlah kami jumpa jam yang kat bawah ni...menepati ciri2 diatas cuma tak dapat yang sama peten!!!



Ini pulak habuan anak2 sebabnyer dapat point dari beli kedua2 jam tu, apa bende tu???

Apa la bende ni???? Dorang 2 beradik ni memang suka kumpul set permainan ni..dari pedangnyer...pistolnyer..segala mak bapak yang seagkatan dengannyer...

Bila cantum-cantum benda atas tu robot rupanyer!!!!.......itu yang dipilihnyer sebab nak cukupkan koleksi dorang!! Nasib free dari point......cakap apa kat ayah??? Arigatou.....

1 ulasan:

Watierman berkata...

Dah bertahun Akak tak pakai jam tangan...sebab elergic.....nice watches....!!!

Catat Ulasan