-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-08-20

Anak sulung jangan dipinggirkan

" Abang jangan usik adik. Cubalah beralah sikit, abang dah besar!"

Itulah antara perkataan yang sering kali meniti dibibir seorang ibu atau ayah jika berlaku salah faham diantara anak2. Yang pasti dipersalahkan ialah yang lebih tua. Perkara yang menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, yg lebih tua pasti lebih matang dan perlu memberi laluan kepada yang lebih kecil.
Walaupun dia lebih besar dari segi usianya daripada adik2 yang lebih kecil, dia masih memerlukan kasih sayang dan sentuhan manja ibu bapanya. Jika anak ini tidak dapat apa yg dikehendaki daripada ibu bapanya dia akan membina perpepsi bahawa ibu ayahnya sudah tidak sayang kepadanya, dan mula membenci adiknya. Perpepsi ini boleh menimbulkan dendam akibat cemburu yang kritikal.

Jangan selalu menyalahkan yang sulung jika sesuatu perkara berlaku. Siasat terlebih dahulu. Tegur kedua-dua pihak. Berikan hukuman yang sama. Jangan pula hanya menghukum yang sulung tetapi memberi keringanan kepada adik. Elemen2 ini akan menjadi titik permusuhan dalam famili dan membuat anak merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan.

Berilah peluang dan ruang kepada anak sulung kita. Jangan ketepikan dirinya. Walaupun pada dasarnya ibu bapa merasakan apa yang dilakukan sesuatu yg menjadi kebiasaan dan betul, anak perlu diberitahu dan diberi ruang untuk memahami sesutau yang baru berlaku dalam sekolah kehidupanya.

INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI..

How to make a gif



2011-08-12

Family Day@padang

Family day tempat ibu ngan ayah keje ni telah langsung dengan jayanyer dua minggu sebelum umat2 islam menyambut bulan puase. Paling unik dan sempoi lokasinyer..nak tau??? Haha....padang belakang factory daa...

Dengan rasminyer Hari Keluarga telah dirasmikan oleh big boss kita. Paling best pekerja2 yang menjalankan aktiviti menjual barang2 makanan dan minuman. Ibu ambik peluang suka2 jual air2 minuman.

Kamilah muka2 yang jual air pada hari itu. Sakit anak tekak jerit2..kalau tak tarik customer mana nak laku!!..sangat berbaloi sebab semua air habis dan licin.

Ini paling best. Salah satu aktiviti game yang paling awal..iaitu game "makan buah sampai habis". Sajer suka2 masuk. Nahh makan 4 biji pisang berangan besaq2!! Berair2 mata dibuatnyer..nasib tak kuar balik!!.Kenyang sampai ketengahari.

Salah sorang ahli dalam grup rumah biru ni..lepas jer dah makan pisang tu cepat2 pass pada mamat ni tuk continue makan buah tembikai pulak.

Cungap2 makan pisang akhirnyer berbaloi!! Grup ibu dapat no 1!..suka..suka..

Suasana dan aktiviti pada hari itu.

En.suami dan anak2 datang betul2 dah nak habis aktiviti. Pada hari yang sama anak2, Mifzal dan Ikmal masuk pertandingan badminton. Kena hari yang sama pulak! Tu yang rasa macam tak best jer.Si kenik ibu bb Aqil tumpang tinggalkan sekejap kat rumah baby sitter. Kalau bawak sekali jenuhlah ibu dia nak berniaga..hehe..

2011-08-07

Otanjoubi omedetou 08.08

Esok 08 August adalah hari kelahiran sahabat jepun ibu yang sorang ni...

Otanjoubi omedetou gozaimasu special to my friend Yoko san.....Hopefully you enjoy on your birthday with your lovely family.....





2011-08-05

Potong kek

Dah jadi kemestian bila sampai hari lahir mesti ada kek. Anak2 takla beria nak berkek2 ni, mak budak yang lebih2 rasa kesian pulak kalau tak sambut at least dapat potong kek pun jadila. Takyah la beria2 nak buat party2 ni....sajer bagi anak seronok. Ni dah masuk 10 tahun, gamaknyer bila dah besar sikit lagi mesti dia pun tak nak potong2 kek ni...macam budak2 pikirnyer..

Kebetulan birthday Mifzal tahun ni kene hari minggu, (31hb lepas..) plan memang nak balik kg ke Parit. Sesampai je di kg nengok2 ramai pulak mak pak sedara yang balik hari tu..jadinyer dapatla semua berkumpul sekali. Esoknyer pulak tu kan dah nak pose..semua pakat2 balik kg berkumpul kot gamaknyer.

Kek yang memang dah jadi trend dalam famili..kalau tak jumpe secret recipi nilah kek yang menjadi pujaan hati famili..kek diatasnyer beralaskan puding. Sedap tak muak!

Birthday boy malu2 nak potong..dah besar disaksikan ramai pulak mak pak sedara lagi la dia taknak malu konon.... jadinyer si Ikmal la yang selamba memotongnyer on behalf tuk abangnyer. Baby Aqil pun join sekali..menjeling semacam jer kat abangnyer tu.."kome tunggula aku besar nanti selamat kek tu aku ulam2kan.." hehe..tangan pun dah pandai tarik2 apa sajer yang sempat dia sambar!. Ibu dia punyer brooch yang gayut kat tudung pun paling suka dia nangkapnye, kemas dalam genggaman!! hehe...

Saya dah berumur 4 bulan. 20hb ni saya genap masuk 5 bulan. Selamat Berpuasa kepada semua umat2 islam sedunia. Kalau ibu, ayah dan abg2 bangun sahur saya pun bangun jugak..huhu.. tahun ni ibu tempah baju melayu saya warna pic..cantik saya suka..nanti tunggulah bila saya pakai baju melayu saya posing untuk tatapan kawan2 ibu saya yer....bye wassalam...