-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-01-29

Top Ten Boys&Girls

Ingat tak lagi contest "Cutest Baby Photo" anjuran Sweetlovelyshoppe yang saje suka2 masuk untuk anak sedara sorang ni.."Muhammad Haziq Hakim". Petang tadi Sweetlovelyshoppe telah mengumumkan baby Haziq adalah salah satu top ten baby boys...hehe...

Tak sangka pulak sebelum2 ni tak pernah nyer nak cuba2 masuk contest2 macam ni..huhu..tu pun nasib boleh join walaupun anak sedara...nak masuk anak sendiri dah besau panjang!!!..bukan baby lagi tu dah nak potong dahhh....hehe

Keputusan akhir akan diumumkan tidak lama lagi mungkin selewat2nyer minggu depan. Sajerla suka2 tengok contest2 untuk baby2 macam gini, kalau kalah pun takpe....kalau menang alhamdulillah..itu aje...semua baby2 yang tersenarai top ten comel2 belaka..geram nengoknyer..kiut miut!!!!!
Baby Haziq ni baru je dapat adik pada 19hb lepas (baby girl)...huhu...sian kecik2 lagi dah beradik, 31hb ni baru cukup setahun umur dia...huhu..

Top Ten For Boys (Baby Haziq berbaju belang oren pink...)
Psstttt...nampak anak Emi pun ade dalam Top Ten ni...hehe..

Top Ten For Girls


Makan di Vietnam Restoran

Hari selasa lepas, ibu dan 2 kawan nihonjin ni ke satu supermarket sini. Plan ni diatur oleh Yoko san iaitu membeli satu "hadiah" yang dianggap boleh dijadikan satu memori kenang2an antara kami bertiga bila ibu dah balik ke Malaysia nanti. Peten yang sama dan kaler yang sama.......sangat cantik!!..huhu..tapi tak boleh share lagi sebabnyer kena buat tempahan dulu sebab stok untuk mendapatkan peten/kaler yang sama tak mencukupi. Apa barangnyer tu????........jadi tunggu!!!!

Seterusnyer kamu bertiga lunch di salah satu restoran yang menyajikan masakan2 vietnam. Sebelum tu Yoko san yang baik hati tu dah awal2 tolong surveykan dengan orang restoran tu yang ibu orang islam tak boleh makan makanan yang berunsurkan daging dan ayam (non halal) dan barang2 yang seantaro dengannyer..
Jadi lunch set kami hanyer berasaskan udang dan sayur2an.. rupanyer sajian vietnam ni rasanyer tak ubah macam masakan melayu kita jer..

Inilah hidangan set untuk makan tengah hari kami. Mula2 dihidangkan popiah udang, 2nd menu dihantarnyer sayur ala2 macam rasa som tam tu..sapa tau som tam??? som tam adalah masakan dari negara Thai tu, yang sedap ade sekali udang kering!! 3rd menu diaorang hantar nasi putih dan udang yang dimasak macam ala2 paprik tu. Then hantar sup telor wif papper. Yang last sekali dessertnyer adalah bubur labu bersantan wif eskrim. (tak ke menu tu lebih kurang mcm rasa masakan melayu kita jugak kan..huhu).
Pepatah melayu ade menyebut "kenyang perut suka hati.."hehe..memang kenyang betul lunch set tu, harge pun murah..sangat berbaloi!!




2010-01-28

Puding Kastad Marble

Tertarik dengan puding yang Puan Deeja kita buat hari tu iaitu puding marble kastad ni jadi pagi tadi ibu tryla buat. Asal yang jadi jugak nak cuba ni sebab kebetulan stok tepung kastad baru jer sampai dari kampung hari tu. Menu puding ni ade pulak pakai tepung kastad apa lagi seronok la nak mencuba bila bahan2 semua complete...
Hari ni ayah half day baru jer pegi keje pukul 12 tadi sempat dia merasa puding marble ni..katanyer sedap!!!..huhu
Thanks yer Deeja share resepi ni..


Bahan-bahan

  • 4 sudu besar tepung kastard*
  • 1 cawan gula*
  • 1/2 cawan susu tepung*
  • 4 cawan air*
  • 1 peket agar2 serbuk(10g)*
  • 3 sudu besar mentega
  • sedikit serbuk koko


Cara buat
  • Didihkan bahan bertanda* sehingga likat.
  • Bila dah agak likat,masukkan mentega.
  • Kacau hingga sebati
  • Bahagikan adunan kepada dua
  • 1 warna asal,1 lagi di campurkan serbuk koko.
  • Tuang dalam acuan.Dinginkan.



2010-01-27

Ski lagi... (Part II)

Jangan jemu yer kepada pembaca2 blog ini, lagi kisah kami sefamili ke skijo ni tetapi kali ni yang best dapat sekali bersama2 dengan famili Nakaichi san dan juga famili Tanaka san, cuma anak Tanaka (Shoya kun) je yang takde hadir bersama. Cuaca yang sangat2 cantik pada hari tu, dengan pancaran matahari yang agak terik rasa suam2 jer hari tu. Kami kesini pada hari Ahad lepas...
Langit yang membiru sangat cantik ....dan pancaran matahari yg memancar di gunung ganang tu menampakkan satu hasil ciptaan Allah yang sangat unik..SubhanAllah!! Rasa macam lukisan pulak..itulah ciptaan Allah yang satu!

Inilah kelainan kali ni...haha...paksa kat Ikmal untuk memberanikan diri bermain ski!! Asyik duk main sori tu jer.. Ikmal ni anak yang jenis cepat giveup, kalau sesuatu bende yang dia buat tak menjadi dia taknak cuba lagi!! Dan satu permasalahan lain ialah dia tak boleh menerima satu2 kekalahan! Dan jenis yang cepat risau....

Yoko san yang sangat2 baik tolong guidekan Ikmal dan mengajar cara2 nak main! Anak2 dia dari umur 5 tahun dah mula bermain dan sekarang kira dah pro!

Gambare...gambare...go Ikmal..go!!!!


Dan satu lagi kelainan pada hari tu ialah Mifzal dah memberanikan diri untuk naik lif, bermain ski dari atas puncak! Bersama dengan Keta kun yang sedang naik lif menuju keatas! Gambare Mifzal.....

Beberapa aksi Mifzal dari puncak atas nak menuju ke bawah..tima kasih pada Tanaka san yang tolong snapkan beberapa gambar Mifzal ni dan juga tolong guidekan Mifzal sepanjang masa nak turun. Tak sangka kata Yoko san dia jatuh hanyer sekali jer...wah salutela anak ibu!!! Hari tu naik lif sampai 4 kali mamat kecik ni, mamat ni memang berani sikit budaknyer!

Dan ini pulak grup papa2. Ini kira first time ayah naik gondola ni. Biase dia naik lif sebab yang guna gondola ni lagi tinggi puncak nak turun tu!! Tanaka san yang beria2 mengajak katanyer bila lagi nak cuba yang advance punyer!!..huhu. Kena sahut cabaran tu!!..hehe

Ya Allah begitu cantik sekali pemandangan dari atas puncak gunung!! Jelesnyer gambar kita takde sekali macam ni..

Tima kasih sekali lagi pada Tanaka san yang sempat jugak snap beberapa aksi2 ayah ketika bermain dari atas puncak tu. Kata ayah pengalaman yang ni memang hebat sekali!! walaupun gerun sikit tapi takde pilihan memang kene turun jugak..huhu

Bergambar bersama dengan 2 keluarga yang sangat baik melayan kami sekeluarga disini..tima kasih yang tak terhingga...jasa dikenang!

Papa tachi

Mama tachi

Kodomo tachi


2010-01-26

Last trip penghantaran stok makanan

Bulan ini adalah bulan terakhir syarikat tempat ibu dan ayah berkerja (nun di Mesia..) menghantar stok2 makanan melalui pengeposan udara. Peruntukan adalah 6 bulan sekali syarikat akan menghantar stok2 makanan yang famili kami sediakan disana. Untuk yang trip terakhir ni tak banyaklah stok2 yang ibu request dari kampung, agak2nyer cukup kot stok hingga hujung bulan Mac nanti...kalau ada yang berbalance tu cadang nak hantarkan ke surau jer...ada jugak baiknyer tu kan..

Daripada 4 kotak tu satu darinyer adalah hasil kraftangan yang adik/abng ipar buat untuk dijadikan hadiah kepada kenkawan2 disini. Rasanyer takyah la tunjuk dulu kot yer nanti takdela suprisenyer untuk kenkawan2 disini sebab dorang tu hari2 rajin bukak blog ni nanti dah nampak awal2 tak syok pulak..hehe. Apapun tima kasih pada Saleh dan Yop (main2 ler org laki2 yg buat ni..huhu) yang terpaksa menyiapkan kelarai ni dalam jangka waktu yang singkat..

Dan jugak....ada pemberian dari ibu mertuaku, baju muslimah...tima kasih mak. Cantik baju ni!! Memang tengah famous kot yer baju ni kat Mesia. Hari ni plan nak melaram baju ni sebabnyer tengahari nanti kawan2 berdua tu ajak keluar jap, hehe...

2010-01-25

Pedang samurai

Hari Sabtu lepas cuci2 mata dekat satu kedai ni, Flamingo Japan. Dekat jer dari rumah.... dikedai tu ade jual macam2 gift design Jepun termasuklah pedang samurai yang memang menjadi traget ibu nak bawak balik ke Mesia nanti. Agaknyer kalau datang sini tak sah tak bawak balik pedang samurai ni kot yer...hehe..dulu pernah sekali abang ipar datang sini pun angkut pedang samurai.....kawan ayah pun siap pesan mintak belikan satu....

Bila bersembang dengan kenkawan jepun tu depe cakap kat umah diorang takde diletakkan hiasan pedang ni sambil gelak2.......(perli ke apa...huhu.) mungkin agaknyer pedang ni dijual purposely untuk orang2 asing ke apa????? Entahlah apa2 ajer la.....tapi yang pastinyer hari Sabtu lepas dah selamat beli. Murah sebab ade discount!!!..

Disinilah kedai tu. Macam2 ada......sekarang dah start beli souvenir2 nak bawak balik. Nanti forwarder dari Yamato Transport nak datang rumah nak cek apa list2 item yang nak bawak balik dan bila dah cek item2 tu senang diorang nak packing nanti...huhu...

Ade 3 pilihan kaler di tempat pemegang pedang tu. Ada kaler putih, hitam dan gold. Keputusan rasmi adalah kaler gold! Sebenarnyer malas nak bukakkan dari kotak sebab nak kene pasangkan kaki2 kayu tu. Nak share punye pasal gagahi jugakla bukak kotak tu dan pasangkan!!..huhu..rasanyer kaki bawah tu macam dah terbalik pasang daa...

Cepat2 sapa berani mai datang dekat!!!...jangan takut eksen jer pedang panjang tu tapi tak tajam pun!!..Hero dua beradik dalam rumah ni dah start menjeling2 jer kat pedang tu ada hati nak buat main lawan2 macam dalam citer ranger2 Jepun ni!!..

Kata si abang dia punyer yang panjang tu....dan si adik pulak yang pendek tu... banyak la cantik korang berdua!!!!...yang sebetulnyer tu ibu ngan ayah punyer nak lawan2 main pedang nanti!!..hikhik...

2010-01-22

Aktiviti buat "Mochi"

Bila dah diofer nak tengok bagaimana nak buat mochi di rumah Sachiyo memang tak tolak... inilah aktiviti hari Rabu lepas dia saje nak tunjukkan cara nak buat mochi dengan menggunakan mesin khas. Sebetulnyer sangat mudah kalau dah ade mesin ni.

Inilah rupa mesin tu, zaman sekarang agaknyer dah takyah susah2 macam orang dulu2 yang terpaksa seratus peratus menggunakan tangan untuk buat. Tapi kalau ibu dapat peluang buat mochi dengan cara menumbuk mochi dalam lesung besar tu mesti lagi menarik! Barula dapat rasa real2 cara orang2 Jepun buat mochi tu.

Dan ini adalah beras pulut jepun yang digunakan. Beras pulut yang sudah dibasuh dan seterusnyer dikukus. Tekan button kat body mesin tu.

Bila dah siap kukus.....berbunyi la mesin tu!..hehe..

Dan step seterusnyer, beras pulut yang sudah siap dikukus itu di putarkan pula, putar...dan putar...

Lihatlah hasil bertambah berubah, sudah nampak kelicinan dan likat pada adunan tadi.

Bila mesin tu dah menjerit maknanyer adunan tu dah boleh dikeluarkan dan dimasukkan pula kedalam bekas lain. Macam yang kenkawan dua orang ni buat..

Kemudian bolehlah digentel2kan mochi tu jadi bentuk kecik2. Menarik sekali!!


Tara........ada 3 rasa yang berbeza! Ada disalut dengan kacang merah, dengan kacang hijau dan yang special yang belum pernah ibu cuba iaitu mochi yang disalut dengan daikon (lobak putih) yang telah disagat kemudian ditambah dengan shoyu (kicap). Pergghhhh sedap rupanyer!! Nak pulak daikon tu sagat yang kat bahagian bawahnyer lagi power sebab rasa macam wasabe2 tu..menyengit sampai kehidung!

Terima kasih pada Sachiyo san dan Yoko san yang sudi berkongsi cara nak buat mochi ni, siap ada bekalan bawak balik rumah lagi!!..


2010-01-21

Ski lagi... (Part 1)

Memang sakan betul tahun ni, agak kerap jugak ke Raicho Valley untuk bermain...ada je kawan2 yang ajak pergi bersama2. Minggu lepas hari Ahad kami sefamili pergi bersama dengan Nakaichi famili, plan asal sepatutnyer sekali dengan Tanaka san tapi hari tu kebetulan asben dia sakit bahagian belakang jadi terpaksa cancel, cuma kami 2 famili ni jer yang pergi.

Cuaca yang sangat2 cantik dan tak sejuk sangat pada hari tu. Rasa selesa sangat pada ibu dan Sachiyo yang tak bermain ni. Kata orang kalau kita duk diam je tak main akan mudah terasa sejuk berbanding dengan orang yang bermain. Dan orang pun jangan kenangla memang ramai sampai parking kerete penuh...banyak kereta yang terpaksa paking ditepi2 jalan...berderet2....

2 sekawan nak lawan sapa laju berski...ade sorang tu pulak lawan dengan main sori.

Arata kun sedang diperhatikan oleh mamanyer..baru nak berjinak2 dengan ski masih lagi sedang belajar...tapi budak2 cepat dan mudah tangkap bila diajar. Kalau orang2 tua macam ibu ni tu yang selalu duk tergolek jatuh jer....malas dah nak cuba main...huhu

Bersama dengan Nakaichi san. Sakan tahun ni ayah bermain!!..lepas2 ni pun macam ade lagi kawan2 yang nak ajak datang..huhu

Semoga ikatan 2 sahabat ni akan berkekalan hendaknyer...secara tak langsung mungkin nihongo Mifzal masih boleh ingat kalau selalu berhubungkan..lepas ni nak suruh Sachiyo san apply Sykpe so dah tentu free jer kalau call...hehe

Akhirnyer dapat jugak bergambar bersama2...mintak ihsan orang yang lalu lalang kat situ..maklumlah orang kat situ semua sibuk nak bermain.

Nakaichi famili

My famili