-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2011-11-24

Majlis Anugerah

Ni entry 2 hari sebelum anak2 bercuti panjang. Dah start cuti sekolah sekarang ni yer....silap gaya buku2 pun cuti jugak..nak pulak hero2 ibu ni, emmmm..entahla mana gaya nak nyuruh deme ni pegang buku, aje liat betul!! Ajak berlatih atau main badminton laju jer...suka..


Pada 17hb lepas telah diadakan satu majlis penganugerahan di sekolah budak2 ni. Murid2 yang terpilih sahaja yang kene hadir. Pilihan dari segi cemerlang dalam matapelajaran, kedudukan dalam kelas dan pilihan tokoh murid lelaki dan perempuan.

Ini adalah antara persembahan yang dipersembahkan oleh anak2 murid sekolah itu.

Anak sapa la ni??? Cuba cam betui2...sapa lagi kalau bukan abang long Mifzal. Alhamdulillah terpilih dalam anugerah ini. Dia mendapat kedudukan no dua dalam kelas. InsyAllah tahun depan masuk darjah lima dia dapat naik kelas.. Ibu selalu berpesan kat dia "jangan selalu puas apa yang dapat sekarang...berusaha sungguh2.."

Bersama kawan2 yang turun dari stage. Amboi yang kat depan tu sungguh2 tak sabar nak nengok apa isi dalam beg tu yer..

Syukur.. walau pada mulanyer ibulah orang yang sangat..sangat dan paling risau bab2 pelajaran anak2 sebab banyak ketinggalan pelajaran dan sukatan di Malaysia. Syukur anak2 ibu boleh buktikan yang mereka boleh buat. Teruskan usaha untuk masa depan. Perlu banyak berusaha lagi..

Ikmal pulak banyak sangat dapat komplen dari cikgu. Dia nakal dikelas dan suka usik orang. Terima kasih Cikgu Ton (guru kelas Ikmal) yang selalu berhubung bercerita perihal Ikmal dikelas. Result akhir tahun dia pun banyak yang improve dari penggal sebelumnyer...cuma tak bernasib baik macam abang dia dapat naik pentas..gambare anak2 ibu!.. Teruskan usaha dan jangan malas-malasan....buangkan tabiat yang suka " Tunggu kejap bu...kejap2..."




2011-11-17

Makan kenduri

Bertempat di dewan Majlis Daerah Batu Gajah, ibu sefamili dapat undangan perkahwinan dari sahabat baik ibu yang sorang ni. Perkahwinan adik bongsu laki2nyer. Thanks Yanti atas undangan. Telah berlangsung pada hari Sabtu lepas 12hb Nov. Pengantin perempuan pun tersangatlah kenalnyer..hehe...satu kawasan dekat rumah mak di Siputeh.

Tersangatlah ramai para tetamunyer. Suasana yang sangat selesa bila buat dalam dewan ni. Hujan ke..panas ke..takde masalah. Bersama dengan sahabat ibu, Yanti. Kakak kepada pengantin lelaki. Hemsem sangat pengantin hari tu!!

Gambar famili dari pihak lelaki. Cantik, simple dan kiut pelamin tu. Emmm zaman kita tak merasa dapat macam ni. Zaman anak2 kita esok entah macam manaler rupe pelamin yer.. mungkin lagi canggih manggih..


Kak Azah sefamili pun ade jugak hari tu. Bila masuk hujung2 tahun ni berderet minggulah dapat undangannyer yer...maklumlah musim orang kawen!

Baby Aqil dah ngantuk nak tido. Kurang sporting sikit. Mujor dah selesai semua baru dia buat hal.
Kepada pasangan pengantin, Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke akhir
hayat.Ameen..

2011-11-10

Salam AidilAdha

Salam kepada semua yang masih sudi mengunjung..lama tak berupdate..terpaksa curi2 masa nak ngadap pc ni. Hati tu rasa nak sangat ngadap tapi pikir2 balik best lagi kalau dapat tido awal..haha..malam jerla waktu yang paling sesuainyer pun..siang hari dah tentu kat tempat kejenyer..

Raya AidilAdha tahun ni dicurahi dengan air hujan rahmat start dari pagi sampaila ke petangnyer. Mak mertua pulak raya kat hospital sebab nunggu opah sakit. Nak jadi sebab sehari sebelum raya tu opah muntah2 non stop terus bawak ke hospital. Sampai sana apa lagi kena tahan la..moga opah cepat sembuh..Ameen..

Makcik yang ngasuh Aqil pun kini berada kat tanah suci nun. Semoga makcik dan pakcik mendapat haji yang mabrur..Ameen..Dengarnyer jadual balik kesini pada 29hb ni. Buat sementara ni Aqil duk dengan mak sedara yang tinggal berdekatan kat rumah mak ni. Mujor Aqil jenis mau kat orang..hari pertama hantar tu dia releks jer..haha..syukur alhamdulillah..

Raya tahun ni biase2 jer...nothing special pun..tapi yang bestnyer dapat ambik gambar anak2 teruna ibu ni pakai baju melayu yang sama. Masa raya puasa lepas tak berkesempatan pun nak ngambiknyer..

Abang2 dah besar panjang..dah boleh ler nak ngarap tolong nengok apa2 yang patut. Tapi tak boleh percaya seratus peratus..kekadang kene jeling2 jugak.. Yang terlebih excited kalau dapat dukung adiknyer sape lagi kalau bukan abng ngahnyer. Dia paling sibuk nak dukung adik. Pantang lepa!!


Ni kete baru saya..baru jer ibu ayah beli. Memula gayat2..tapi la ni dah laju dah..habis la barang2 dalam rumah ni dia tolong ibu dia kemaskan!!

Ni pulak masa jenjalan ke Jusco. Sakan dia duk atas kuda tu. Tak nak bangun2..Apa yang dia perasan entahla..taujer la pun bende main. Action duk jerla..tapi tak gerak pun. Gamaknyer dah besar sikit nanti jenuh la pandai request2 nak naik kot yer.. Erat dalam genggaman!!