-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-02-27

Makan di The Buffet

Hari ni cik abang takde rumah, tinggal tiga beranak jer ni. Pagi tadi ke Kyoto esok balik la...ade jamuan perpisahan ngan kawan2 sestudy nihongo dulu. Masing2 dari negara Thailand, China...kesemua yang turun ke Jepun untuk 1st programme ni seramai tujuh orang, tapi lokasi yang berbeza2 jadi malam ni diorang buat party la sikit dan dijemput sekali sensei yang mengajar nihongo (bahasa jepun) tu. Ketujuh2 geng tu masing2 akan balik jugak pada Mac ini. Cuma yang sorang tu jer (dari Thai) yang lambat sikit, dia balik Sept ni....(bestnyer dia..merasa tempuh musim bunga...huhu)


Nak citer semalam dapat undangan makan free lagi dari exboss ibu. Dia pun bekerja disini sekali dengan ayah. Jangan kompius yer, dulu pun ade cakap exboss tapi nama Mr.Segawa (area 90an) yang ni pulak namanyer Mr.Tsuda (area tahun 2000) adalah boss yang kedua selepas Mr.Segawa balik Jepun. Kebiasaanyer bila cukup 5 tahun akan adanyer pertukaran orang2 baru. Itulah sistem company Jepun. Tapi Mr.Tsuda ni rasanyer macam tak cukup 5 tahun berkhidmat si Malaysia sebabnyer Dept tu bungkus dan terpaksa balik ke Jepun. Dia suka bekerja di Malaysia (mana idaknyer jadi org beso sapa tak nak...) bila balik kg sendiri jadi orang biase2 laaa...huhu
Wifenyer pun ade sekali dalam dinner ni. Bahasa omputeh dia dasyat!!. Mana nak jumpa orang Jepun yang pandai berbahasa inggeris ni..wife dia masuk kelas bahasa inggeris ni...memang berabuk!!!.Mr.Tsuda pun masih lagi menggunakan bahasa inggeris, bagusla kalau dia tak guna nanti lama2 lupa...Tapi sayangnyer dorang masih lagi tak dikurniakan anak. Kawen pada tahun 1996. Kesian kan.....

Kami makan buffet style. Tak taula berapa caj sorang tu..mesti mahal agkanyer..nak share bayar tak dibaginyer.....(dlm hati alhamdulillah.....huhu) Pilih2 la mana2 menu yang boleh makan. Tapi sushi dan tempura dia memang sedap!!! Kompem....masih terasa2 lagi ni..haha....tak pernah masuk lagi restoran ni sebelum ni...

Memang kenyang sangat2 makan semalam..non stop makan dan minum...lepas rehat2 dan sembang tak sangka dah nak tutup restoran tu..(Mula makan pukul 7mlm..tutup pukul 10mlm..) sampai siap orang restoran tu cakap times up...haha...Terima kasih banyak2 atas undangan semalam. Untuk pengetahuan Mr.Tsuda ni masih ingat lagi beberapa perkataan bahasa malaysia. Memang kepala otak ni kuat ingat lagi walau dah bertahun2 tinggalkan Malaysia. Nanti datang Malaysia lagi!!!! Thanks for all...

2010-02-26

Antara koleksi bento

" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari khiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu "
Al-Nasai & Ibnu Hibban.

SALAM MAULIDUR RASUL 12 Rabiul Awal 1431H
kepada semua pengunjung blog ini.


Ini adalah antara koleksi bento box yang baru dibeli. Baru dapat jumpa 5 bentuk pilihan, cadangnyer nanti nak tambah lagi, nak jugak bagi kat mak/mak mertua di kampung nun.. Kalau boleh memang nak cari design box yang menampakkan dari negara jepun. Sekali pandang design tu pun orang dah tau beli kat sini..hehe...
Jom layan antara koleksi yang dah dibeli. Kalau ikutkan nafsu memang macam2 nak beli bawak balik ni...huhu...tapi kontrol kene kontrol!!!








OK stop dulu sebab nak layan WHI. Tajuk "Manjakan isteri ikut sunnah". Tetamu yang sangat seronok iaitu Dato Fadzilah Kamsah dan Hajjah Sheila Rusli...Layan......

2010-02-25

Japanese Bento (lunch boxes)

Kalau kita bercerita pasal bekal atau lunch boxes, automatik semua orang tau kan. Ada sesetengah para ibu-ibu yang rajin mengesahkan bekal2 anak2 ni especially pada yang tak bekerja yer tak..dan kebiasaanyer anak2lah yang akan membawa kesekolah untuk dimakan pada waktu rehat, tapi ada juga sesetengah para bapa2 yang bawak bekal ke tempat kerja..(macam ayah zaman bujang2 dulu..huhu..nak nyimpan duit nak kawen!!..haha) Kalau ikut pada kebiasaan orang2 kita biasenyer bawak nasi goreng, roti telor dgn sosej, mee goreng, nasi lemak, kuih muih dan lain2. Kalau dah masak sejenis tu..itulah menunyer!!!....gedebak terus jer masukkan dalam tupperware dan boleh terus bagi pada anak2 untuk dibawa kesekolah. (Ini adalah pengalaman diri sendiri yer..huhu..)

Tambahan di sekolah Jepun ni ade sesetengah menu yang anak2 tak boleh ambik jadinyer memang setiap hari ibu buat bento untuk anak2. Setiap hari menu2 yang berbeza disediakan disekolah, semuanyer makanan yang seimbang dan susu adalah minuman wajib yang perlu diambil oleh murid2. Memang dah bagitau pada sensei apa2 makanan yang anak2 tak boleh ambik jadinyer takde masalah untuk itu. Biasenyer sayur, buah2an dan susu memang anak2 ambik (especially Ikmal..abngnyer kurang makan sayur+susu!!) sebab tu monthly yuran makan Ikmal lagi tinggi dari abangnyer..

Dan juga kita tau kekreatifan orang2 Jepun ni dalam mengolah bentuk2 makanan untuk bento ni. Presentation sangat kemas dan rapi dan itu memang dorang utamakan dalam setiap sajian!!. Especially kalau bento itu untuk anak2 kecil lagila macam2 yang dorang createkan supaya nampak menarik dan anak2 pun jadi suka nak makan!!

Dibawah ni gambar bento2 yang dipinjam dari en.goggle. Lihatlah decoration dorang yang pelbagai tu...sangat kreatif dan makanan yang pelbagai dalam satu bento. Kan seimbang dan sihat tu!!!. Kalau ibu gedebak satu menu jer....senang koje!!!

Laptop Design Bento

Kidz Fun Bento

Playstation Controller Bento

Hello Kitty Bento

Linux Fans Bento

Teddy Bear Sleep Bento

Bento????....apa nama tuk ini??? Sendiri bagi laaaa....


Kesimpulannyer rasa macam tak mampu jer nak decorate2 macam tu!!. Tangan pun tak kreatif..huhu...

2010-02-24

Hadiah dari neighbour

Cuaca hari ni sangat2 best..rasa suam2 jer..dijangka minggu ni memang cuaca sangat2 baik, rindu rasanyer dengan sang matahari..haha. Hari ni temperature mencecah 15 degree, tak sejuk dan tak panas sangat...

Entry hari ni nak share hadiah yang kami dapat masa makan2 jamuan pada Ahad lepas tu.

Untuk pengetahuan frame gambar tu adalah 2 in 1. Depan dan belakang corak yang berbeza, boleh tukar mana2 side yang kita suka!! Sangat cantik kaler frame tu, bila dah nak masuk spring ni memang banyak kaler2 dan corak2 bunga sakura akan keluar..arigatou ne..


Ada lagi satu......



Alas meja kecik dengan peten dan kaler yang sangat cantik!!! Suka sangat2..nanti balik rumah Mesia boleh guna alas meja cantik ni...
"Orang berbudi kita berbahasa....orang memberi kita merasa..."


Sekarang ni pun tengah nak nyiapkan projek hadiah2 nak bagi kawan2, jiran rapat dan kawan2 sepejabat ayah. ( Yg rapat2 jer...). Orang jepun ni suka kalau kita bagi hadiah hasil dibuat dari tangan kita sendiri. Kata mereka kita ni mengambil berat dan bersusah payah untuk mereka. Sesetengah hadiah dah dikirim dari Mesia, hasil kerja tangan abg dan adik ipar nun...hehe.

2010-02-23

Farewell Party lagi....[ Part II ]

Alhamdulillah rasa sangat terharu sebab kedatangan kami sefamili ditempat orang ni nampaknyer diterima seadanyer oleh jiran2 disini. Pada awalnyer dengan masalah komunikasi, makanan, budaya dan lain2 akhirnyer semua2 tu kami sefamili dapat atasi dan rasanyer sangat seronok dapat belajar dan bergaul dengan orang yang jauh berbeza adat budaya dengan negara kita ni.

OKlah berbalik tajuk asal hari ni, sejak dah nak balik ni ade jer undangan untuk makan2 free ni. Terima kasih teramat sangat pada jiran2 disini yang telah mengadakan jamuan untuk kami sefamili. Sapa lagi yang arrange beria2 ni kalau bukan Yoko san dan Sachiyo san...sangat detail arrangement ni...siap dah diaturnyer tetamu2 punyer tempat duduk...memang respek hasil kerja dua sahabat ni!!

Mr.Segawa (jiran merangkap exboss ibu masa di Malaysia tahun 90an..) memberi sedikit ucapan sebelum bermulanyer acara makan2 ni.

Kami makan direstoran okonomiyaki. Dua sahabat ni arrange menu2 yang berasaskan seafood. Gambar diatas ayah sedang masak yaki soba!!

Ini mama dan papa pada Fujita kun. Tak sangka last minute join party ni..arigatou ne..

Ini Esaki san. Anak dia pun satu kelas dengan Mifzal..lembut sangat2 orangnyer..penuh sopan santun!! Nakaichi san pun ader sekali makan disitu..hehe..siannyer terpisah makan dengan wifenyer.

Ini pulak Nakamura san. Masih ingat tak lagi masa pegi petik buah epal di Kurobe tu?? Dialah yang bawakkan..merasala jugak dapat petik buah epal...suka sangat!

Nilah dua sahabat yang arrangekan party untuk kami sefamili...terima kasih banyak2 atas jamuan ini...

Ni pulak Matsui san. Sedang melayan geng2 anak2nyer...jarang bercakap2 dengan dia tapi tak sangka dia sudi join dalam party ni..

Ini grup kanak2 ribena...kebanyakannyer geng2 Mifzal sekelas dengan dia.

Bersama dengan exboss ibu dan wifenyer...muka tak berubah rasanyer macam sama jer zaman2 90an dulu. Maintain gitu..

Selesai makan ader pulak hadiah untuk kami sefamili. Terima kasih sangat2 atas pemberian ini. Diorang wakilkan wife Segawa san untuk bagi hadiah..

Kalian memang best!!!! Kalau ade rezeki pasti nak turun Toyama lagi..itu janji kami!!


2010-02-22

うれしい1年生のつどい (Happy Day..Get Together..)

Tahun ini sekolah Yanagimachi Elementary School telah dipilih wakil dari bandar Toyama untuk membuat persembahan meraikan bakal2 murid2 yang akan menjejakkan kaki ke alam sekolah pada bulan April nanti. Bertempat di salah sebuah bangunan di bandar ini, kesemua murid2 tahun satu termasuk Ikmal sekali telah membuat persembahan sambil disaksikan oleh bakal2 adik2 yang akan bersekolah pada bulan April dan jugak para mak2 dan bapak2.. tetamu2 yang datang adalah sekitar kawasan2 bandar Toyama.

Telah diadakan pada 20hb Feb lepas, ini adalah sebahagian para2 fameli dan anak2 yang hadir!! Memang penuh satu dewan besar tu...bila tahun ni sekolah Yanagimachi dipilih untuk buat persembahan dapatlah jugak Ikmal join sekali,nak jadi rezeki tahun ini sekolah ini dipilih..

Ucapan dimulakan oleh guru besar sekolah. Kalau nak tau pada hari tu guru besar sendiri yang mainkan piano untuk persembahan tu. Memang berjiwa rakyat dan sangat baik!!

Acara pembuka dimulakan dengan nyanyian koir dari kakak2 sekolah ini.

Ikmal jadi neko (kucing). Kalau nak tau sepanjang sebelum bermulanyer persembahan ni ibu, ayah termasuk abang dia sendiri Mifzal risau yang teramat sangat!! Risaukan dia gabra depan orang ramai yang dia tak jangkakan tu!! Sangkanyer persembahan tu buat di sekolah dia dan orang yg datang tak ramai!! Takut dia tak lepas cakap apa dialog yang perlu dia cakap...

Mula2 nak cakap tu ketaq2 campur serak2 jer suara..haha....tapi last2 kami lega sangat2 sebab dia lepas cakap apa yang perlu dia cakap!!. Tu pun jenuh melambai2 kat dia supaya dia rasa yakin sikit bila nampak ibu ngan ayah dia ada sekali depan tu..huhu
Tu dia fokus dekat2 muka mamat yang tengah lisau tu....(lisau=risau)..haha

Datang dan balik dengan menaiki bas ni. Tapi mintak kebenaran dengan sensei nak bawak Ikmal balik sekali senang sikit..gambatte ne Ikmal!!! Hari hujan dan sejuk..

2010-02-21

Baby Crying Contest


Dari sehari ke sehari nak join contest anjuran Kak Pah Aulad kita tu..tapi tak lepas2 nak buat... nasib tarikh tutupnyer 28hb Feb ni jadi sempatlah la lagi nak join. Seperti biasele empunyer diri takde anak kecik jadi sesajer suka2 masuk untuk anak sedara sorang ni..tersangat suka dengan budak2 kecil ni tapi rezeki belum ada lagi untuk diri ini...

Ni antara syarat2nyer : -

1. Jadi follower Auladjannah - DONE
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini. - DONE
3. Letakkan link kakpah di blog anda. - DONE
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil. - DONE

DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS
(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)
5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.

Nama : Muhammad Haziq Hakim Bin Khirulizuwan
Umur ketika gambar diambil : Maybe 4 months..

Memang dah lama simpan gambar ni, orang kampung send by mail jadi bila ade contest yang bersesuaian (baby tengah nangis..) ni sajer la masuk. Memang tak pernah jumpa face to face lagi ngan baby Haziq ni..Sangat suka gaya baby ni tengah nangis....SEBAB APA???? Menangis dalam tawa!!!!..tengah air mata berjurai pun sempat jugak dia ketawa..

Ini gambar latest. Sekarang berumur 1 tahun.


2010-02-19

Farewell Party lagi....

Sejak dua minggu lepas ni ade ajer aktiviti party perpisahan yang diraikan untuk ayah oleh sahabat2 sekerja disini. Dah dua kali jumaat join..nasib hari ni takde lagi!!..huhu...kebanyakan staff di sini adalah staff2 yang pernah turun ke Malaysia bekerja dulu (sekitar tahun 90an)...jadi hubungan ayah dan diorang ni memang agak rapat walaupun sesetengah tu dah berpangkat manager tapi kepala tu boleh masuk sekali..takdelah berlagak/sombong macam jepun2 komunis yang kurang ajor tu!!!!!!
Yerla lagipun umur dah banyak dah matang dalam segala urusan kerja...bukan macam sesetengah jepun muda2 yang turun Malaysia pegang jawatan "manager" tapi tak sedor diri!!!! Berlagak macam apa!!!!! tunjuk macam hebat konon tapi habuk pun tarak!! Ilmu kurang tapi nak sombong tunjuk garang macam rimau!!! Peh tu bila balik negara sendiri jadi kuli gak!!! Ade jugak pesen jepun macam ni, agaknyer kompem keturunan komunis kot yer..Yang pandai nak cari kelemahan orang, kelebihan orang tak pulak dia sibuk nak tau!! (fuhhh..sabo2 dihari jumaat ni....geram sebenarnyer..!!!). Selalunyer orang macam ni tak lama hidup dalam dunia industri ni...doa orang teraniya ni cepat jer makbulnyer..Ameen..


Inilah rakyat2 jepun yang join dalam party ni, kebanyakan dari section ayah. Ibu dan anak tiada dalam party ni yer...harap maklum tak tersenarai dalam list!!!!

Sebelah ayah tu, Mr.Miyamoto pernah satu ketika dulu ditahun 90an bekerja di Malaysia dan menjadi boss kepada ayah!! Kepala memang boleh masuk...suka giler2 sampai sekarang... (Zulita..Ida..ingat lagi tak ngan mamat ni..kita panggil dia dulu baby face...auwwww)