-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2009-10-30

Warkah buat **B**

**B**..
Kaulah yang memahami ku setiap hari
Sentiasa menemaniku kemana sahaja
Kau begitu mengambil berat tentang diri ini
Tidak kira apa jua dalam keadaan pun
Kau tidak jemu2 dan tidak letih untuk mengikut kerenah diri ini


**B**..

Sehari tak jumpa kurasakan tak sempurna
Macam angau pun ade..mesti nak jumpa

Memang tak pernah aku rasakan kegembiraan sebel
um ini
Tapi sejak mengenali **B** hatiku sikit terhibur

Tapi sedikit masa lagi aku akan kehilanganmu..



**B**..
Taukah dikau jauh disudut hati ini

Dapat ku rasakan kesedihan bila berpisah denganmu nanti
Siapakah yang akan menemanimu nanti???

Ooohhh...sepanjang mengenali mu kau begitu baik sekali

Tak pernah mengecewakan diri ini..



**B**..
Kita harus terima keadaan ini..

Akan kupastikan dikau akan mendapat penganti yang baik
Itu janjiku...dan pasti...
Mungkin lebih baik dariku..dan boleh menjagamu dengan baik
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
huhu.....



haha....**B**..basikal daa...dia la teman ibu kemana saja kalau time2 ayah keje. Pegi supermarket, pegi sekolah anak...kemana saje ibu nak pegi dia boleh bawakkan..

Ini rumah **B**..


Memang terhibur dengan **B** ni..terasa keseronokan bila gunakannyer..sini selamat kalau guna **B**. Kalau kat Malaysia risau sebab laluan khas untuk penunggang basikal takde!!..nanti naya kena sondol!!

Kawan2 **B**...


Satu masa nanti **B** mungkin akan jadi milik orang lain!!..sebenarnyer kami bukanla tuan asal **B**..tuan asalnyer dah berpindah kawasan, jadi dia tinggalkan tanggungjawab pada kami pulak untuk menjaga dia..nanti bile ibu dah balik kampung tahun depan sapa pulak nak jaga **B**??

2009-10-29

Kalimah Suci



















2009-10-28

Authum menjelma lagi..

Sekarang dah masuk musim aki (authum), kata orang musim ni sangat nyaman dan best..sebab cuacanya yang dingin dan segar, tapi sesekali tu kesejukan agak terasa jugak sampai ke tulang...kesejukan berbeza mengikut tempat dan kawasan. Di Toyama ni memang terasa kesejukan tu mungkin disebabkan kawasan disini banyak dikelilingi bukit dan gunung!! Yang best musim ni daun2 mominji (maple leaf) akan bertukar kaler ke warna merah hati. Memang cantik sangat!! Dan ade beberapa spesisi daun lain jugak yang akan bertukar kaler!! SubhanAllah!!! Tahun ini kebanyakan daun belum banyak yang berubah sepenuhnyer...masih kekuning2an...menjelang pertengahan Nov nanti barulah daun2 sepenuhnyer akan bertukar kaler. Jom imbas kenangan musim authum tahun 2007 dan tahun 2008.

Gambar sekitar tahun 2007
Kenangan ayah bersama staf2 Murata dari negara China dan Thailand. Kesemua staff diatas adalah under transferee programe yang sama macam ibu sefamili ni, cuma location yang berbeza di Jepun. Masa ni ibu & anak2 masih di Malaysia sebab 6 bulan pertama tu, ayah kena masuk kelas nihongo. (kelas bahasa jepun)

Inilah daun mominji.

Kenangan bersama dengan Crist. Sekarang bekerja di Tokyo under same programe. Asal dari HongKong. Next year sama2 balik kampung!

Masa ayah kirim gambar2 ni kat Malaysia untuk tatapan ibu dan anak2 rasa macam jeles je tengok!!..hehe..

Yang daun ni tak tukar kaler sepenuhnyer la pulak..masih ade yang kuning2..
*
*
*
Gambar sekitar tahun 2008
Beralih ke tahun 2008, sekarang dah tak jeles tengok gambar2 ayah tu sebabnyer ibu dan anak2 dah dapat menikmati suasana authum jugak...hehe

Untuk pengetahuan basikal tu kami sewa untuk round2 disekitar kawasan situ. Nak jalan kaki lenguh sebab kawasanyer luas sangat...

Dah dapat tengok mominji!!..kenangan last year pada 02 Nov di Taikoyama Land.

Buat pertama kalinyer anak2 menikmati suasana authum. Heran pun idak...cuma yang excitednyer mak budak je!

Posing jangan tak posing!

Rasa macam dalam filem Hindustan pulak..

Cantik betui pokok2 yang berderet2 tu...

*
*
*
Gambar sekitar tahun 2009

? ? ? ? ?

Mana ade da.......belum masanyer lagi. TUNGGU......


2009-10-27

School presentation & Bazaar activity

Masih ingat tak lagi ibu ada join tengok bebudak ni punyer raptai persembahan pada hari Rabu lepas?? Seperti yang dijanjikan hari Ahad baru2 ni telah diadakan persembahan yang real2nyer bermula dari pukul 8.45pg hingga 11pg...ramai la parents yang hadir nak tengok anak2 punyer presentation. Gambar pun ibu dah share last entry masa raptai kan?? Lebih kurang sama je...untuk entry kali ni ibu banyak nak share video2 pulak.

Dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah....best la rentak lagu ni!! Tak caya meh kita dengar sama2 melalui video kat bawah ni..


Yang ni pulak lagu kedua..entah apa lagu tak tau la, rentak lagu pun sama je best ngan lagu sekolah tadi!! Kita layan je la.....


Persembahan nyanyian tahun satu.


Dah mentelah dah...memang Ikmal gabra!! Jelas muka blurr dia!! Dia terlepas skrip da....kakaka...nasib suasana tu tak nampak sangat sebab budak2 lain pandai cover!! Adoii anak ibu...memang dia dah cakap sebelum presentation ni katanyer " Mai lisau la ibu..", maksudnyer Ikmal risau la ibu..huhu...


Beralih ke persembahan tahun dua pulak..tengok Mifzal ngenjut menari!!


Tengok lakonan Mifzal memegang watak ikan...Arata pulak sebagai nelayan.


Setelah semua persembahan dari tahun satu hingga tahun enam selesai semua parents bolehlah pulak nak menjamu mata kat bazar yang dianjurkan oleh AJK sekolah sini..apa lagi jom kita bershoping..

Disebabkan dah ade pengalaman last year...tengokla ayah dah standby kat luar pintu sebab nak sambarkan periuk kukus yang ibu dah targetkan hari Sabtu lepas!!.hehe...ibu ngan ayah terpaksa seperate sebab ibu terpaksa beratur kat bahagian berkaca, apalagi kalau bukan nak sambar pinggan dan mangkuk design jepun tu.. memang lawak betui bayangkanlah habis je tahun empat buat presentation terus laki bini ke tempat bazar ni nak beratur cepat..takut nanti kena beratur panjang!! Tak tengok pun tahun lima ngan tahun enam punyer presentation..tapi ibu dah tengok dah masa raptai hari tu..hehe...Ini pun dah ade manusia yang lagi cepat beratur..
*
*
*
*
*
*

Dan akhirnyer barang2 yang ibu targetkan menjadi milik ini...haha...terima kasih ye ayah atas kerjasama membantu untuk menyambar barang2 ni...emmmuahh!!!!
Selain dari barang2 idaman hari tu sempat jugak beli beg baju beroda, teko air dan beberapa gift!!...sangat berpuas hati...


Selain daripada aktiviti bazar, ada jugak beberapa aktiviti permainan. Dan ini salah satunyer iaitu permainan menembak!!

Walaupun kalah dalam game tadi ade jugak habuannyer...tengokla Mifzal ngan Ikmal tengah rambang mata nak pilih yang mana!!

Game lagi....

Tak tau apa nama aktiviti ni...layan je la ye. Mula2 kena taruk air yang kaler2 tu...pilih mana2 kaler yang suka

Mifzal ngan Arata tengah bincang nak air kaler yang mana..hehe

Kemudian kacau..kacau..dan kacau lagi hingga air tadi bertukar menjadi likat!!! hehe...magic tu!!

Sedang asyik....

Ta da...hasilnyer air tadi sudah bertukar jadi macam getah lembik dan melekat atas tangan Mifzal...


Bertukar pulak ke galeri hasil tangan murid2....ini hasil lukisan Mifzal. Ada lobster besar tu!!

Dan ini pulak hasil lukisan Arata..kereii na..

Ini hasil kerja tangan Ikmal pulak...topi unik!!

"Cantik tak hasil kerja saya???" hehe...


Ni pulak hasil kerja Keta kun. Anak kepada Yoko san. Dia dalam tahun enam.

Semoga persahabatan anak2 ini akan berkekalan walau kami dah balik Malaysia nanti...

Beberapa lagi hasil kerja murid2 disekolah ini..semua hasil kerja mengikut tahun masing2.

OK..makan time!!! kami sefamili makan udon. Untuk pengetahuan udon ni adik beradik macam laksa jugak..bezanyer kuah je..


Makanan dan minuman juga disediakan oleh AJK sekolah dan ahli2 sukarela!! Programe selesai pada pukul 2ptg.