-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-02-01

Makan-makan lagi....dalam studio???

Sabtu lepas buat temujanji dengan Aoyama san (geng badminton) kononnyer nak ambik gambar sekali lagi dalam studio dia. Last May pun ada ambik gambar dalam studio dia sempena Anniversary kami yang ke-10. Tapi kali ni nak ambik gambar bersama dengan Tanaka famili dan Nakaichi famili. Tapi gambar belum siap lagi mungkin seminggu lepas ni kot baru Aoyama san bagi. Nanti dah siap bolehla share sama2 yer... Nampak la tu en.suami siap berbaju batik ngan anak2 nak ambik gambar dalam studio punyer pasal...hehe...sapa lagi yang punyer idea kalau bukan tuan yang menulis ni...bolehla tunjuk sikit kat orang2 Jepun tu inilah baju batik dari Malaysia.

Lepas ambik gambar tuan pemilik studio tu nak buat makan-makan sikit sempena kami yang akan balik Mac ini. Lepas ni takdela kami turun bermain badminton lagi setiap hari Isnin..huhu..sedih tau!!!!... Balik nanti tak gerenti ade ke masa boleh nak beriadah..


Semua persiapan wife Aoyama yang sediakan. Wife dia pun join main badminton jugak...memang dah bagitau pada dia makanan2 yang kami boleh makan jadi pada malam tu semua berunsur seafood, sayur dan buah2 ajer... Tapi kalau dah join party2 dorang ni tak sahlah kalau dorang tak bawak minuman haram tu...itu dah menjadi adat dorang nak buat macam mana..tapi respect kat Nakaichi san dia memang tak minum bende tu!! Ibu buatkan sikit gulai kari bagi dorang rasa sebab sebelum ni Aoyama san n wife tak pernah rasa lagi kari Malaysia. Tak sangka tekak dorang boleh terima!!...licin satu periuk habis!!

Sambil makan-makan tuan pemilik studio tu menunjukkan beberapa gambar yang dia ambil, kebanyakan pemandangan2 sekitar bandar Toyama mengikut musim2 peredaran masa...cantik2...dia bagi kami pilih untuk dibawa balik, dan juga kalender 2010 yang mana gambar2nyer semua diambil sendiri oleh Aoyama san. Terima kasih....
Selain dari tu dia siap pasang slide untuk share bersama gambar2 sekitar bandar Toyama...sangat cantik, gambar seawal paginyer..hingga menjelang senja yang begitu indah sekali. Katanyer nak bagi jugak pada kami...huhu.." Wonderful in Toyama.."

Ini geng budak2...makan sikit tapi mainnyer lebih!!..anak Yoko san yang sulung dah balik sebaik ajer lepas ambik gambar..malu katanyer...udah jadi anak teruna macam tu la..susah nak join bende2 macam ni kot...paham bebenor...
Sebagai mak bapak rasa seronok sangat2 bila dengar anak2 dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa jepun ni. (Abisla ibu dorang ni..abis kene ngutuk dalam bahasa jepun jer la..huhu..)

Bersama-sama dengan wife Aoyama san,Yoko san dan Sachiyo san...

Dah selesai makan-makan, ade le pulak nak kene tepuk2 tangan...emmmm...ikut jerla siap suruh follow bunyi tepukan tu lagi..

2 ulasan:

Watierman berkata...

Adatla tu..masuk kandang kambing....mengembek...masuk kandang kerbau menguak...hehehe..sedih pulakkan rasanya menjelang perpisahan...!~

NorNaza berkata...

Memang la kak..ade la jugak rasa kesedihan tu..kata orang hujan emas dinegeri org..hujan batu dinegeri sendiri...

Catat Ulasan