-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-02-03

Main masak-masak

Hari ni bumi Toyama dibanjiri dengan yuki lagi...ingatkan dah masuk Februari ni dah takde turun dah..rupanyer pagi tadi bangun, bila selak langsir tengok dah start dah atap2 jiran penuh dengan salji!!...mengikut kata kawan2 kali ni yuki turun mungkin agak lebat...mungkin hingga hari Sabtu ni..huhu..
Pada kawan2 yang berada di sekitar kawasan Tokyo, sakan la main yuki yer...tak pernah2 bandar Yokohama..Chiba..dituruni yuki...sekarang dah dapat melaluinyer....memang rezeki nak merasa suasana tu kan....Murni, Aisha, Ita, Adnin, jangan jeles2 lagi yer sekarang dah boleh sakan main ngan anak2..hikhik...


OK berbalik tajuk asal untuk hari ni...Semalam kawan2 nihonjin ni ajak datang rumah dioarang katanyer nak masak-masak dan lepas tu makan sama-sama...sejak dah nak balik ni hampir setiap minggu kenkawan berdua tu meluangkan masa bersama2...huhu..terharu..
Main masak-masak apa semalam tu yer????? Inilah menu pertama kami semalam iaitu "takoyaki" yang memang menjadi peberet ibu sekarang ni..Yoko san sedang masukkan tako (octopus) kedalam bekasa acuan. Sebelum tu kami bertiga keluar ke pekan beli barang2 nak buat takoyaki ni.

Jeng-jeng......ngape takoyaki dah berubah kaler hijau pulak?????? Haha..inilah dia takoyaki made in Malaysia...cuba teka apa dia?????? Yeahhh pandai pun...."kuih cara" daa.....2nd menu kami semalam adalah kuih cara ni. Dah mentelah diorang gunakan plate takoyaki tu semalam terus ibu dapat idea nak tunjukkan kat dorang kuih Malaysia ni...bahan2 pun senang ajer..lari jap balik rumah ambik bahan2nyer tu... Gambar diatas Yoko san sedang masukkan gula kedalam acuan tu. Sukanyer dapat main masak-masak macam ni...hehe

Taraaa.........dapat jugak Nakaichi san merasa kuih cara ni, dia balik nak lunch sekejap...kuih ni kan lemak2 manis..so takde hal lah dengan tekak orang2 jepun ni...puji-pujian tu memang dah jadi adat dorang, tak sah kalau dorang makan makanan kita tak sebut "oishii" (sedap)...huhu

Ni pulak tengah buat ape tu??? Nyenget2 jer rupa tangan tu??? Inilah menu terakhir kami semalam iaitu "Harumaki" (Japanese spring roll). "Haru" yang bererti "musim bunga" dan "maki" yang bererti "rolling", kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kita jadi = musim bunga bergulung. Hikhik...lawaknyer bunyi nama menu tu. Menu yang dikira macam adik beradik popiah basah di Malaysia nun. Yang ni menggunakan rice paper sheet sebagai bahan utama untuk buat gulungan. Kemudian inti dalam adalah daun kucai, suun, tuna dan udang yang telah direbuskan. Yang ni buat ajer kat rumah Sachiyo san tak sempat nak makan sebab hari dah gelap...jadi dia bekalkan ajer kat ibu dan Yoko san.

Taraaa.....kami dah siap buat harumaki!!! Malam tu masa dinner, ibu ngan ayah tryla rasa harumaki ni...perrhhhh sedap rupanyer..cicah ngan sos!!..tak tipu memang sedap....oishikatta!!

Harumaki dari jarak dekat...sila2 jemput makan..
Malaysian carayaki...hikhik...jemput2 jangan malu2...

2 ulasan:

Watierman, rmanbkr berkata...

Mak aii dari sini dah rasa kesedapannya..nampak udang dok pose disebalik tabir yg nipis gitu...

mana tokoyaki...nak juga tengok!!

Cute mute jer cara mu itu!!

NorNaza berkata...

Alahai kak tak le pulak nak ngambik gambo takoyaki tu..sebb ngenangkan rupa takoyaki tu mcm dah femes jer kat rumah kawan2 yg lain..huhu..sorry yer
Sajer pose kan udang mcm tu bagi terliuq sikit..huhu
Caramu caraku jua....

Catat Ulasan