-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-02-08

Zenzai [ Part II ]

First time makan "zenzai" ni memang sudah dapat rasa kesedapannyer. Untung jugak dapat kenal kawan2 nihonjin ni at least tau jugak apa dan bagaimana cara nak makan zenzai ni. Memang tak dinafikan ibu dan ayah dah terminat sangat2 dengan dessert orang Jepun ni. Ingat lagi tak apa tu zenzai??? Ke dah lupa....?? Kalau lupa meh kita imbas balik...."Zenzai" adalah sejenis bubur manis yang dibuat dari kacang merah (read bean) dan disajikan dengan mochi (sticky rice cake).

Mula2 diajar makan zenzai ni adalah pada bulan lepas kat rumah Sachiyo san. Bahan utama iaitu mochi (sticky rice cake) tak susah untuk diperolehi sebab ade jual dimerata supermarket sini. Masa pertama kali tengok Sachiyo san masak mochi ni dia gunakan toaster oven...
tapi.......
kat rumah ni takde la pulak toaster oven tu...bagaimana cara lain lagi yer???? Macam ni boleh????

Guna dambo @ alat pemanas dalam rumah ni. Kata kawan tu kalau nak guna dambo ni kenelah balutkan mochi tu dengan aluminium foil tape tapi dah try balut hasilnyer melekat teruk sangat sebab bila mochi tu dah panas automatik terus jadi lembut melekit2 tu....jadi kita kasi tukar sikit, hanyer letakkan mochi tu semata2 dan gunakan besi pemanggang sebagai alasnyer...

Nampak dah mengelembung2 mochi tu...senang kerjanyer...perlu sentiasa balik balikkan supaya tak mudah hangus..banyak kegunaan dambo ni dimusim2 winter ni bukan sahaja untuk memanaskan ruang rumah nak masak pun boleh!!.. Kalau masak air dah gerenti jer pakai bende ni jimat gas!! Kekadang nak tumis sayur pun belasah jer pakai dambo ni...hehe..

OK bila dah siap masak mochi tu bolehla dimakan dengan kacang merah yang telah dimasak. Ade jugak jual yang ready make punyer..yang diatas ni ibu beli yang segera punyer...senang sikit!! Cuma tambahkan sedikit susu kotak lagi sedap..
Selamat menjamu selera...kalau nak bagitaula boleh tolong masakkan lagi...ade sekilo lagi mochi kat dapur tu yang belum dimasak lagi..hehe...

2 ulasan:

kew_chop berkata...

wah, peberet ni..

NorNaza berkata...

tula kan..setuju bebenor ngan tekak org2 Mesia ni...sedap2!!!

Catat Ulasan