Dari sehari ke sehari nak join contest anjuran Kak Pah Aulad kita tu..tapi tak lepas2 nak buat... nasib tarikh tutupnyer 28hb Feb ni jadi sempatlah la lagi nak join. Seperti biasele empunyer diri takde anak kecik jadi sesajer suka2 masuk untuk anak sedara sorang ni..tersangat suka dengan budak2 kecil ni tapi rezeki belum ada lagi untuk diri ini...
Ni antara syarat2nyer : -
1. Jadi follower Auladjannah - DONE
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini. - DONE
3. Letakkan link kakpah di blog anda. - DONE
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil. - DONE
DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS
(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)
5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.
Memang dah lama simpan gambar ni, orang kampung send by mail jadi bila ade contest yang bersesuaian (baby tengah nangis..) ni sajer la masuk. Memang tak pernah jumpa face to face lagi ngan baby Haziq ni..Sangat suka gaya baby ni tengah nangis....SEBAB APA???? Menangis dalam tawa!!!!..tengah air mata berjurai pun sempat jugak dia ketawa..
0 ulasan:
Catat Ulasan