Hari ni bumi Toyama masih dituruni salji tak hentinyer dari hari Rabu lepas..jangan kenangla sejuknyer dan tebalnyer!! Sangkakan di bulan Februari ni tak banyak yang turun sebab dah nak ngujung musim rupanyer adalah sebaliknyer...
Hari ni telah diadakan satu aktiviti di sekolah Mifzal dan Ikmal. Para ibu bapa dijemput hadir untuk melihat anak2 punyer perkembangan pelajaran termasuk juga sukan atau senaman dimusim winter. Murid2 diminta untuk menceritakan apa perbezaan pada diri sendiri pada awal tahun dan akhir tahun dari segi pembelajaran dan sukan. Dan juga ada sedikit ceramah daripada pakar psikologi kanak2 daripada Toyama Universiti. Aktiviti telah bermula dari pukul 9.30pg hingga 12.00tengahari.
Sangkakan Mifzal dan Ikmal duduk dalam kelas international rupanyer tidak!! Kalau aktiviti dalam kelas yang sama senang sikit sebab tak susahla ibu dan ayah nak seperate2...rupanyer hanyer adik jer yang masuk kelas international dan si abangnyer duk dalam kelas asalnyer iaitu dikelas tahun 2. Jadi ibu dan ayah terpaksa pisah dua, ibu tengok aktiviti abang, dan ayah tengok aktiviti adik!! Inilah sebahagian dari aktiviti yang nak ditunjukkan pada para ibu dan bapa. Ini adalah kelas di tahun 2. Ade persembahan dari segi membaca, bermain harmonika, bercerita tentang sesuatu yang diminati, melompat tali skipping dengan gaya2 yang unik, ucapan sopan kepada orang luar dan ada lagi yang lain2...
Dalam kelas ni pulak diadakan kuiz, mengajar tulisan kanji dan juga aktiviti melompat skipping...
Setelah selesai melihat anak2 punyer aktiviti tu, semua ibu bapa dijemput untuk mendengar ceramah dari pakar psikologi kanak2 daripada Universiti Toyama.

0 ulasan:
Catat Ulasan