Hari ni cik abang takde rumah, tinggal tiga beranak jer ni. Pagi tadi ke Kyoto esok balik la...ade jamuan perpisahan ngan kawan2 sestudy nihongo dulu. Masing2 dari negara Thailand, China...kesemua yang turun ke Jepun untuk 1st programme ni seramai tujuh orang, tapi lokasi yang berbeza2 jadi malam ni diorang buat party la sikit dan dijemput sekali sensei yang mengajar nihongo (bahasa jepun) tu. Ketujuh2 geng tu masing2 akan balik jugak pada Mac ini. Cuma yang sorang tu jer (dari Thai) yang lambat sikit, dia balik Sept ni....(bestnyer dia..merasa tempuh musim bunga...huhu)
Nak citer semalam dapat undangan makan free lagi dari exboss ibu. Dia pun bekerja disini sekali dengan ayah. Jangan kompius yer, dulu pun ade cakap exboss tapi nama Mr.Segawa (area 90an) yang ni pulak namanyer Mr.Tsuda (area tahun 2000) adalah boss yang kedua selepas Mr.Segawa balik Jepun. Kebiasaanyer bila cukup 5 tahun akan adanyer pertukaran orang2 baru. Itulah sistem company Jepun. Tapi Mr.Tsuda ni rasanyer macam tak cukup 5 tahun berkhidmat si Malaysia sebabnyer Dept tu bungkus dan terpaksa balik ke Jepun. Dia suka bekerja di Malaysia (mana idaknyer jadi org beso sapa tak nak...) bila balik kg sendiri jadi orang biase2 laaa...huhu
Wifenyer pun ade sekali dalam dinner ni. Bahasa omputeh dia dasyat!!. Mana nak jumpa orang Jepun yang pandai berbahasa inggeris ni..wife dia masuk kelas bahasa inggeris ni...memang berabuk!!!.Mr.Tsuda pun masih lagi menggunakan bahasa inggeris, bagusla kalau dia tak guna nanti lama2 lupa...Tapi sayangnyer dorang masih lagi tak dikurniakan anak. Kawen pada tahun 1996. Kesian kan.....
Kami makan buffet style. Tak taula berapa caj sorang tu..mesti mahal agkanyer..nak share bayar tak dibaginyer.....(dlm hati alhamdulillah.....huhu) Pilih2 la mana2 menu yang boleh makan. Tapi sushi dan tempura dia memang sedap!!! Kompem....masih terasa2 lagi ni..haha....tak pernah masuk lagi restoran ni sebelum ni...
Memang kenyang sangat2 makan semalam..non stop makan dan minum...lepas rehat2 dan sembang tak sangka dah nak tutup restoran tu..(Mula makan pukul 7mlm..tutup pukul 10mlm..) sampai siap orang restoran tu cakap times up...haha...Terima kasih banyak2 atas undangan semalam. Untuk pengetahuan Mr.Tsuda ni masih ingat lagi beberapa perkataan bahasa malaysia. Memang kepala otak ni kuat ingat lagi walau dah bertahun2 tinggalkan Malaysia. Nanti datang Malaysia lagi!!!! Thanks for all...
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan