-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-02-11

Main masak-masak [ Part II ]

Bertemu lagi dengan topik main masak-masak....dimana lagi kalau bukan dirumah kawan nihonjin ni...apa menu kali ni???? OK jom nak share aktiviti semalam ni.....kata Sachiyo san menu semalam tu khas untuk kami sefamili punyer dinner..so semalam memang ibu tak masak pun, sebab dia dah call awal2 lagi bagitau...

Apa la yang dibuat di Yoko san tu???? Macam masukkan nasi dalam bekas acuan jer...cuba teka apa agaknyer main masak-masak kami semalam tu??

*
*
*
*
*

Haha.....ini dia rupanyer!!! semua orang tau kan apa bendenyer tu, tak lain dan tak bukan lagi sushi la....semlam try buat dengan menggunakan bekas acuan sushi yang ade dijual di 100yen shop, (yg guna semalam tu Sachiyo present kat ibu..arigatou ne..) dan try jugak buat dengan menggunakan tangan..sangat menarik!!. kompem lepas ni boleh buat lagi..insyAllah...

Yang ni pulak nak buat "maki sushi" (sushi rolls). Diaorang tau Mifzal ngan Ikmal ni suka makan maki sushi especially yang guna timun atau telor jadi semalam dia buatkan 2 jenis tu!!..

Hasilnyer maki sushi selepas digulung dengan menggunakan rolling mat.

Ada lagi tu....semalam buat jugak "inari sushi" (sushi tauhu goreng), ini pun kegemaran anak2..macam2 sushi ada....

Ini sebahagian sushi yang dah siap iaitu "tamago sushi" (sushi telor) dan "ebi sushi" (sushi udang). Ada lagi yang lain iaitu "kani sushi" (sushi isi ketam), "maburo sushi" dan "salmon sushi" (ikan maburo dan salmon).

Tara........inilah dinner untuk kami sefamili semalam!!! Arigatougozaimashita.....osushi o zenbu tabemashita. Oishikatta!!

Kami bertiga berposing dengan sushi!! huhu...yang ni Yoko san punyer nak bawak balik makan untuk dinner..

Mesti korang heran ngape la pulak en.suami ada sekali ni kan...haha...mana taknyer mula start buat aktiviti ni pada pukul 4.30ptg...hampir pukul 6.30ptg baru selesai, time tu memang time ayah balik kerja jadi mintak dia terus ke rumah Sachiyo san sebanyer kunci rumah ada pada ibu...hikhik..

2 ulasan:

bobo comel berkata...

sedapnya sushi buatan sendiri
*akak masukkan le resipi sushi nih :p

NorNaza berkata...

Resepi...emmm..insyAllah..

Catat Ulasan