-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-02-15

Ke Tulip Galeri

Pada 12 Februari lepas ibu dan kawan nihonjin ni ke Tonami. Plan ni dibuat oleh dua sekawan tu, katanyer nak bawak ibu tengok bunga tulip (perjalanannyer lebih kurang sejam..), kata mereka tahun ni tak sempatlah kami sefamili nak tengok tulip fair yang besar besaran punyer.
Biasenyer setiap tahun tulip fair ni akan bermula pada hujung bulan Apr dan berakhir awal May. Tu pun nasib tahun lepas merasa jugak sampai kesini, memang giler sekejap tengok pelbagai spesis bunga tulip tu...
Untuk tidak menghampakan di tahun ini, jadi diorang sajerla bawakkan jugak tengok yang Galeri Tulip ni jer.. kalau nak bandingkan memanglah jauh berbeza sangat dengan Tulip Fair tu, yang ni buat pun dalam bangunan aje mana nak tanam kat luar2 sana tu...masih lagi tanah dipenuhi dengan salji...
Masa datang pun orang tak ramai, maklumlah waktu kerjakan... dan waktu ni salji pun tengah turun lagi...malas agaknyer orang nak keluar. Tak silap rasanyer Tulip Galeri ni berlangsung pada awal Feb hingga 14hb lepas agaknyer...ade ditulis tapi dah lupa pulak tarikhnyer tu..

Dengan tiket masuk yang dikenakan 500yen (rm18++) inilah ajer rupa tulip2 yang dapat tengok!! Taklah meriah sangat...dalam bangunan ni jugak ade Muzium Tulip, kraftangan dan kedai cenderahati..





Terima kasih pada Yoko san yang berusaha jugak hari tu nak bawak kesini, dah lah drive dalam keadaan bersalji lagi..huhu...

Jadilah tahun ni dapat jugak bergambar dengan bunga2 tulip ni..walaupun tak semeriah Tulip Fair..sangat terharu sebab dua sahabat ni tolong bawakkan kesini.

Diorang berdua ni bukannyer boleh kita ceritakan apa2...sebagai contoh kalau kita kata.."alah tahun ni tak merasala nak tengok itu...nak tengok ini..." hahh...tengoklah lepas tu ade jer yang diorang plan bawakkan...
Kalau kita cakap kat mana nak beli bende alah tu yer...hahh tengoklah siap diorang usaha tolong carikan jugak apa yang kita nak tu...
Adoi kadang2 kita ni sekadar bertanya atau sekadar bercerita apa yang kita nak kongsikan tapi semua tu jadi sebaliknyer..diorang pulak yang merelakan diri bersama sekali dalam hal2 kita.....

Cantik tak cermin muka ni???? Cantikkk kan....suruh diorang gayakan diri didepan cermin muka tu dan ambik gambar. Pada kita2 dah biasekan cara bergambar macam gini, tapi dua sekawan tu sangat2 suka sebab katanyer sebelum ni diorang tak pernah ambik gambar macam ni lagi...hehe



0 ulasan:

Catat Ulasan