-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-02-22

うれしい1年生のつどい (Happy Day..Get Together..)

Tahun ini sekolah Yanagimachi Elementary School telah dipilih wakil dari bandar Toyama untuk membuat persembahan meraikan bakal2 murid2 yang akan menjejakkan kaki ke alam sekolah pada bulan April nanti. Bertempat di salah sebuah bangunan di bandar ini, kesemua murid2 tahun satu termasuk Ikmal sekali telah membuat persembahan sambil disaksikan oleh bakal2 adik2 yang akan bersekolah pada bulan April dan jugak para mak2 dan bapak2.. tetamu2 yang datang adalah sekitar kawasan2 bandar Toyama.

Telah diadakan pada 20hb Feb lepas, ini adalah sebahagian para2 fameli dan anak2 yang hadir!! Memang penuh satu dewan besar tu...bila tahun ni sekolah Yanagimachi dipilih untuk buat persembahan dapatlah jugak Ikmal join sekali,nak jadi rezeki tahun ini sekolah ini dipilih..

Ucapan dimulakan oleh guru besar sekolah. Kalau nak tau pada hari tu guru besar sendiri yang mainkan piano untuk persembahan tu. Memang berjiwa rakyat dan sangat baik!!

Acara pembuka dimulakan dengan nyanyian koir dari kakak2 sekolah ini.

Ikmal jadi neko (kucing). Kalau nak tau sepanjang sebelum bermulanyer persembahan ni ibu, ayah termasuk abang dia sendiri Mifzal risau yang teramat sangat!! Risaukan dia gabra depan orang ramai yang dia tak jangkakan tu!! Sangkanyer persembahan tu buat di sekolah dia dan orang yg datang tak ramai!! Takut dia tak lepas cakap apa dialog yang perlu dia cakap...

Mula2 nak cakap tu ketaq2 campur serak2 jer suara..haha....tapi last2 kami lega sangat2 sebab dia lepas cakap apa yang perlu dia cakap!!. Tu pun jenuh melambai2 kat dia supaya dia rasa yakin sikit bila nampak ibu ngan ayah dia ada sekali depan tu..huhu
Tu dia fokus dekat2 muka mamat yang tengah lisau tu....(lisau=risau)..haha

Datang dan balik dengan menaiki bas ni. Tapi mintak kebenaran dengan sensei nak bawak Ikmal balik sekali senang sikit..gambatte ne Ikmal!!! Hari hujan dan sejuk..

0 ulasan:

Catat Ulasan