-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-01-15

Zenzai

Dari semalam yuki turun hingga ke hari ini, kawasan2 menjadi putih dilitupi salji..nampak bersih saujana mata memandang. Amat kerap salji turun ditahun ini, seolah2 tau pulak ini adalah tahun akhir kami menikmati suasana ini....( ada duit pasti nak turun Jepun lagi..huhu )
Anak2 pun seakan dah biasa sangat musim ni. Alhamdulillah setakat ini kesihatan anak2 masih ok, harap dijauhi dari sebarang penyakit dimusim sejuk2 ni. OKlah berbalik pada tajuk asal hari ni iaitu "zenzai". Apa tu "zenzai"????

Zenzai adalah salah satu dessert orang Jepun. Ia sejenis bubur manis yang dibuat dari kacang merah (read bean) dan disajikan dengan mochi (sticky rice cake) .

Inilah rupa mochi yang akan digandingkan bersama dengan red bean nanti. Gambar ni pinjam dari Mr.Goggle..
Cara nak masaknyer senang jer...masukkan mochi tu dalam oven select 3-4 minit kemudian mochi tu akan masak dan keluarkan.

Taraa......dan boleh terus dimakan dengan kacang merah yang telah direbus bersama dengan sedikit gula. Mudah dan senangkan....inilah rupa Sachiyo san masakkan semalam. Sachiyo san, arigatougozaimashita...oishikatta

Inilah kisah semalam, Sachiyo san telipon suruh datang rumah dia semata2 nak jamu kan "zenzai" ni. Dijemputnyer sekali dengan Yoko san..
Pernah jugak nampak mochi tu banyak dijual di supermarket2 ( especially nak masuk tahun baru hari tu..) tapi tak tau ape ke bendenyer tu...adusss malunyer ...dah hampir nak balik kg pun tak tau lagi.. Rupanyer iniler rupa cara makannyer...

Tau tak berapa kandungan kalorinyer kalau kita makan zenzai ni?? Mengikut kata kawan-kawan jepun tu setiap satu mochi tu ibarat makan satu mangkuk nasi, kalau semalam ibu disajikan dengan 3 ketul mochi tu ibarat makan 3 mangkuk nasi...Ohhhhh tidakkkk!!!!!!!
Dengan nada bergurau katanyer lepas makan semalam bolehle exercise sodok yuki kat kawasan2 rumah....hehe

0 ulasan:

Catat Ulasan