-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-01-04

Anak2 Malaya : Back to school..

Pejam celik..pejam celik..hari ni 04hb Jan bermulalah kembali alam persekolahan di Malaya. Kejap ni sempat singgah rumah kawan2, rata2 menceritakan kisah bermulanyer alam persekolah.. bagi kaum2 ibu rutin harian kembali normal la yer!!..pagi2 sibuk mengesahkan hal anak2...bagi yang bekerja agak kelam kabut la jugak mana nak ngesahkan diri sendiri nak bersiap ke pejabat lagi..tapi yang suri rumah tu tak la parah sangat...jadi drebar la pagi2, kemudian boleh balik uruskan hal2 rumah pulak..

Kiranyer hari ni kalau Ikmal berada disana dia pun akan masuk tahun satu!!. Dan abangnyer akan berada di tahun tiga..tapi berbeza dengan sini, tahun baru persekolahan hanyer bermula pada awal bulan April. Itula kalender tahun baru bagi negara Jepun. Maksudnyer disini Mifzal yang sepatunyer dalam tahun tiga disana, tapi disini masih di tahun dua sehingga hujung Mac. Cuma Ikmal je yang untung sikit sebab 2 kali tahun satu. Disini dia tahun satu bila balik Malaya nanti pun dia akan masuk tahun satu jugak, sebab sapa2 yang lahir antara Jan hingga Apr (sebelum tahun baru Jepun) consider umur dah 7 tahun walhal kalau ikut tahun kelahiran sepatutnyer baru umur 6 tahun!

Gambar Ikmal masa masuk tahun satu pada 7 April 2009. Pengalaman di sekolah sini...hari pertama nangis sikit sebab takut tak reti nak cakap jepun...kesian kecik2 dah terpaksa merantau dan bersekolah disini.

Anak2 di Malaya dah start sekolah hari ni tapi disini masih lagi bercuti, (fuyu yasumi) iaitu cuti musim sejuk. Mifzal ngan Ikmal seronok main salji je kojenyer memang tak makan saman!!..

Kepada anak2 diluar sana yang baru masuk tahun satu atau pra sekolah...selamat menempuh alam persekolahan yang baru...jangan nangis2 yer...hehe



0 ulasan:

Catat Ulasan