Seperti yang telah diceritakan dalam entry lepas tentang "Kad Tahun Baru" (nengajo), kebiasaan setiap tahun pada 1hb Jan, kad2 tahun baru ini akan diedarkan oleh posmen2 kesetiap rumah2 (ikut pada alamat yang perlu dihantar la..). Jadi tahun ni keluarga kami tak jugak ketinggalan menerima kad2 tahun baru dari kawan2 (especially dari kawan tempat keje ayah dan jugak dari sensei2 sekolah Mifzal ngan Ikmal).
Kebetulan tahun ni (1hb Jan) hari yang posmen ditugaskan untuk mengedar kad2 tahun baru ni, salji turun agak lebat di sekitar Toyama, tengok dalam siaran TV pagi2 tu semua posmen2 bersiap sedia untuk melaksanakan tugas mereka walaupun dalam keadaan bersalji, kesian dengan pakcik2 posmen tu meredah salji2 yang tengah lebat ketika itu!!..Tugas tetap tugas..bukan halangan pada diorang..
Tahun ni agak banyak kad yang diterima berbanding dengan tahun lepas...sesetengah poskad tu dimasukkan sekali dengan gambar2 famili. Jadi secara tak langsung kita tau perkembangan sesuatu keluarga. Dari gambar kawennyer..kemudian ke anak satu, ke anak dua seterusnyer anak masuk tadika..masuk sekolah rendah dan berterusan dari situ..
Dah balik Malaysia nanti harap2 masih boleh dapat kekalkan amalan ni, secara tak langsung dapat tau jugak perkembangan ahli2 keluarga masing2 (tu yang kalau ade attachkan sekali gambar famili la...) dan yang pentingnyer hubungan persahabatan dapat dikekalkan..
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan