-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-01-16

Forever friend...

Kata mereka " watashi tachi wa zutto tomodachi ne.." tak sangka lepas makan "zenzai" di rumah Sachiyo san hari tu, 3 sekawan ni menangis...sebab diorang menghitung hari bila ibu sefamili akan berangkat balik ke Malaysia.. (inila gambar mula2 kami bertangkap bertiga masa mula2 sampai disini)

Dalam hati ini pun terasa sedih sangat2 bila akan tinggalkan kawasan ini, memang rasa tak percaya pulak ada timbul perasaan macam tu..kat umah pun kadang2 menangis..teruk betui mak budak ni..
Kata orang seronokla kalau dah nak balik kg halaman, ade ke patut nak bersedih....

Biar ibu jawab dari hati kecil ini....
- Dari Malaysia nak ke Jepun menangis sebab tinggalkan keluarga, adik beradik, sedara mara, kawan2...tapi kata ayah kita tak perlu ada rasa sedih yang melampau sebabnyer pasti lepas 2 tahun kita akan balik ke tanah air....itu memang pasti!!!

- Tapi bila dari Jepun nak balik ke Malaysia, kami akan terus balik dan mustahil akan datang kembali kesini (harapan semoga anak2 esok dapat datang melanjutkan pelajaran kesini...) tu yang buatkan hati ni rasa sayu sangat2..bukan apa banyak sangat kebaikan kawan2, pertolongan jiran2 di sekitar kawasan sini..tu yang sedih.. walaupun kita orang asing tapi jiran2 dan kawan2 tetap melayan kami sefamili dengan sangat baik.



0 ulasan:

Catat Ulasan