-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-01-28

Puding Kastad Marble

Tertarik dengan puding yang Puan Deeja kita buat hari tu iaitu puding marble kastad ni jadi pagi tadi ibu tryla buat. Asal yang jadi jugak nak cuba ni sebab kebetulan stok tepung kastad baru jer sampai dari kampung hari tu. Menu puding ni ade pulak pakai tepung kastad apa lagi seronok la nak mencuba bila bahan2 semua complete...
Hari ni ayah half day baru jer pegi keje pukul 12 tadi sempat dia merasa puding marble ni..katanyer sedap!!!..huhu
Thanks yer Deeja share resepi ni..


Bahan-bahan

  • 4 sudu besar tepung kastard*
  • 1 cawan gula*
  • 1/2 cawan susu tepung*
  • 4 cawan air*
  • 1 peket agar2 serbuk(10g)*
  • 3 sudu besar mentega
  • sedikit serbuk koko


Cara buat
  • Didihkan bahan bertanda* sehingga likat.
  • Bila dah agak likat,masukkan mentega.
  • Kacau hingga sebati
  • Bahagikan adunan kepada dua
  • 1 warna asal,1 lagi di campurkan serbuk koko.
  • Tuang dalam acuan.Dinginkan.



2 ulasan:

Watierman berkata...

Nor Nak puding...ada lagi tak....pos sini sikt....!

NorNaza berkata...

Alahai K.Watie, entah apa2 jadiknyer nanti bile pos kesana..hikhik..

Catat Ulasan