-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-01-07

Makan-makan awal tahun

Dah duk negara Jepun ni ikut jela adat budaya diorang ni...dulu makan-makan hujung tahun, ni ade pulak makan-makan awal tahun..dalam bahasa jepun nyer (shinnenkai), yang makan hujung tahun tu dalam bahasa jepunnyer (bonenkai).
Party shinnekai ni buat kat rumah Yoko san pada hari Ahad lepas (03hb Jan), katanyer asben dia yang beria-ria nak buat makan-makan ni jadi dijemputnyer 2 famili ni..tak asing dan tidak bukan lagi......"Nazar famili and Nakaichi famili", hehe...

Macam-macam makanan ada malam tu. salah satunyer adalah sushi!! yang ni Sachiyo san sponsor beli kat kedai "kura sushi".

Rajin rupanyer asben Yoko ni..patutla bila kami sampai tak nampak batang hidung rupanyer duk kat dapur tengah ngesahkan ebi/ika tempura (udang/sotong salut tempura)

Ni lagi satu menunyer...takoyaki..boleh dikatakan makan tak berenti2 malam tu..lepas satu...satu...satu...
Jangan terkejut yer ade pulak glob besar tu sekali kat atas meja tu...kisahnyer tuan rumah sibuk nak cari negara Malaysia...hehe

Asben and wife tengah membalik2kan takoyaki...berminat rupanyer asben Yoko bab2 masak ni!!..dia yang banyak ofer diri nak balik2kan tako tu!!

Kek coklat tu buat dari rumah, takkan datang bawak perut jek...buatkan kek coklat tu dengan daging masak merah...nasi semua Yoko yang prepare. Tak sangka suka rupanyer tekak2 jepun ni dengan daging masak merah tu...tima kasih...

Tuan rumah menyediakan ebi/ika tempura (udang dan sotong tempura), sashimi, miso sup (ikan taro) dan ade macam jeruk2 sayur tu..sedap jugak...tak tau apa pulak namanyer...

Anak2 Yoko san, Keta dan Shoya...
Terima kasih pada Tanaka family yang arrange makan-makan ni, next year tak dapat join macam ni lagi..huhu....

0 ulasan:

Catat Ulasan