-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-01-27

Ski lagi... (Part II)

Jangan jemu yer kepada pembaca2 blog ini, lagi kisah kami sefamili ke skijo ni tetapi kali ni yang best dapat sekali bersama2 dengan famili Nakaichi san dan juga famili Tanaka san, cuma anak Tanaka (Shoya kun) je yang takde hadir bersama. Cuaca yang sangat2 cantik pada hari tu, dengan pancaran matahari yang agak terik rasa suam2 jer hari tu. Kami kesini pada hari Ahad lepas...
Langit yang membiru sangat cantik ....dan pancaran matahari yg memancar di gunung ganang tu menampakkan satu hasil ciptaan Allah yang sangat unik..SubhanAllah!! Rasa macam lukisan pulak..itulah ciptaan Allah yang satu!

Inilah kelainan kali ni...haha...paksa kat Ikmal untuk memberanikan diri bermain ski!! Asyik duk main sori tu jer.. Ikmal ni anak yang jenis cepat giveup, kalau sesuatu bende yang dia buat tak menjadi dia taknak cuba lagi!! Dan satu permasalahan lain ialah dia tak boleh menerima satu2 kekalahan! Dan jenis yang cepat risau....

Yoko san yang sangat2 baik tolong guidekan Ikmal dan mengajar cara2 nak main! Anak2 dia dari umur 5 tahun dah mula bermain dan sekarang kira dah pro!

Gambare...gambare...go Ikmal..go!!!!


Dan satu lagi kelainan pada hari tu ialah Mifzal dah memberanikan diri untuk naik lif, bermain ski dari atas puncak! Bersama dengan Keta kun yang sedang naik lif menuju keatas! Gambare Mifzal.....

Beberapa aksi Mifzal dari puncak atas nak menuju ke bawah..tima kasih pada Tanaka san yang tolong snapkan beberapa gambar Mifzal ni dan juga tolong guidekan Mifzal sepanjang masa nak turun. Tak sangka kata Yoko san dia jatuh hanyer sekali jer...wah salutela anak ibu!!! Hari tu naik lif sampai 4 kali mamat kecik ni, mamat ni memang berani sikit budaknyer!

Dan ini pulak grup papa2. Ini kira first time ayah naik gondola ni. Biase dia naik lif sebab yang guna gondola ni lagi tinggi puncak nak turun tu!! Tanaka san yang beria2 mengajak katanyer bila lagi nak cuba yang advance punyer!!..huhu. Kena sahut cabaran tu!!..hehe

Ya Allah begitu cantik sekali pemandangan dari atas puncak gunung!! Jelesnyer gambar kita takde sekali macam ni..

Tima kasih sekali lagi pada Tanaka san yang sempat jugak snap beberapa aksi2 ayah ketika bermain dari atas puncak tu. Kata ayah pengalaman yang ni memang hebat sekali!! walaupun gerun sikit tapi takde pilihan memang kene turun jugak..huhu

Bergambar bersama dengan 2 keluarga yang sangat baik melayan kami sekeluarga disini..tima kasih yang tak terhingga...jasa dikenang!

Papa tachi

Mama tachi

Kodomo tachi


0 ulasan:

Catat Ulasan