-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-01-22

Aktiviti buat "Mochi"

Bila dah diofer nak tengok bagaimana nak buat mochi di rumah Sachiyo memang tak tolak... inilah aktiviti hari Rabu lepas dia saje nak tunjukkan cara nak buat mochi dengan menggunakan mesin khas. Sebetulnyer sangat mudah kalau dah ade mesin ni.

Inilah rupa mesin tu, zaman sekarang agaknyer dah takyah susah2 macam orang dulu2 yang terpaksa seratus peratus menggunakan tangan untuk buat. Tapi kalau ibu dapat peluang buat mochi dengan cara menumbuk mochi dalam lesung besar tu mesti lagi menarik! Barula dapat rasa real2 cara orang2 Jepun buat mochi tu.

Dan ini adalah beras pulut jepun yang digunakan. Beras pulut yang sudah dibasuh dan seterusnyer dikukus. Tekan button kat body mesin tu.

Bila dah siap kukus.....berbunyi la mesin tu!..hehe..

Dan step seterusnyer, beras pulut yang sudah siap dikukus itu di putarkan pula, putar...dan putar...

Lihatlah hasil bertambah berubah, sudah nampak kelicinan dan likat pada adunan tadi.

Bila mesin tu dah menjerit maknanyer adunan tu dah boleh dikeluarkan dan dimasukkan pula kedalam bekas lain. Macam yang kenkawan dua orang ni buat..

Kemudian bolehlah digentel2kan mochi tu jadi bentuk kecik2. Menarik sekali!!


Tara........ada 3 rasa yang berbeza! Ada disalut dengan kacang merah, dengan kacang hijau dan yang special yang belum pernah ibu cuba iaitu mochi yang disalut dengan daikon (lobak putih) yang telah disagat kemudian ditambah dengan shoyu (kicap). Pergghhhh sedap rupanyer!! Nak pulak daikon tu sagat yang kat bahagian bawahnyer lagi power sebab rasa macam wasabe2 tu..menyengit sampai kehidung!

Terima kasih pada Sachiyo san dan Yoko san yang sudi berkongsi cara nak buat mochi ni, siap ada bekalan bawak balik rumah lagi!!..


0 ulasan:

Catat Ulasan