-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-01-20

Soubetsukai@Farewell Party

Telah berlangsung pada hari Sabtu lepas di kaikan, majlis yang dibuat untuk meraikan adik2 senior kita yang akan grad Mac tahun ini. Terima kasih atas jemputan dan syabas kepada pihak AJK SMAT ( Student Malaysia Association in Toyama) yang telah menganjurkan majlis yang sangat best ni..( rasa macam berada dimalam anugerah pulak..hehe..) Juga pada malam itu telah diadakan satu perbincangan/undian untuk penyerahan tugas kepada ahli2 AJK SMAT baru 2010/2011 nanti.

Sessi makan-makan, malam tu disajikan dengan menu nasi minyak, yogurt buah dan ada cupcake special yang dibuat oleh adik2.

Wajah comot dua beradik yang sedang menikmati yogurt buah2an. Oshiikatta!!

Ada acara penyerahan anugerah pulak.... memang macam malam anugerah artis2 tu..calon2nyer adalah adik2 senior kita. Ada ketegori lelaki hemsem,lelaki lasak,lelaki sopan santun,wanita anggun....bla...bla...Memang sempoi betul idea korang ni..Tahniah kepada yang berjaya mendapat anugerah tu!!

Inilah dia wajah2 yang akan melangkah keluar dari bumi Toyama ni. Termasuklah ada sorang tu..tak lain dan tak bukan ayahlah!!..masing2 memberi ucapan terakhir. Semoga adik2 yang tinggal lagi dibumi Toyama ini akan terus berusaha maju kehadapan dan dapat menjaga/kekalkan surau Musolla demi agama tercinta kita. (gambar ni cilok dari FB Yuki..gomen ne..)

Ucapan dari ayah dan berkongsi cerita tentang pengalaman hidup dan juga pengalaman bekerja. Semoga adik2 semua berjaya dalam apa yang diceburi dan jangan cepat mengalah. Belajar dan bekerja adalah satu dunia yang sangat berbeza..tonjolkan diri dan buktikan kemampuan bangsa kita..

Ye..ini dia wajah "senpai of the year" (senior of the year). Nama : Adam bin Ibrahim. Syabas dan tahniah!!..hikhik

Cupcake comel ni dibuat oleh adik2 perempuan kita, comel dan cantik kan..setiap atas cupcake tu ditulis nama masing2.

Ini ibu ngan ayah punyer. Tima kasih yer..


Masing2 berposing dengan cupcake...kalau cupcake tu boleh cakap mesti dia kata "aku pening..."sebab malam tu semua orang duk bergaya bergambar dengan cupcake je..

Senior2 yang diraikan termasuklah jugak ibu dan ayah dapat cenderahati dari penganjur. Payung kiut!!..tima kasih yer..

Majlis bersurai lebih kurang pukul 12mlm.. terima kasih semua..kepada AJK SMAT baru selamat menjalan tugas 2010/2011. Kepada adik2 yang dah dapat kerja selamat menempuh alam bekerja dan yang belum lagi ade rezeki tu..cuba2 lagi apply insyAllah kalau ada rezeki tak kemana..

0 ulasan:

Catat Ulasan