-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-01-08

Home-Made Pop Corn

Dah tengok lama dah resepi pop corn ni dari blog ChikMi ngan Emi..tapi tak ketemu jagung kering, tu yang asyik tertunda je nak try......dan sebetulnyer memang tak pernah perasan pun ada jual...jagung kering ni pun jumpa masa pergi Jusco baru2 ni, terus la sambaq!!.
Bile tengok kawan-kawan yang mencuba home-made pop corn ni terus keinginan nak buat tu datang tambahan pop corn ni memang peberet hero-hero dalam rumah ni...

Nak kena improvekan lagi la..sebab terhangit sikit..hikhik...takpe nanti kita cuba improvementkan yer...
To ChikMi ngan Emi, mintak izin yer resepi ni untuk dijadikan panduan kemudian hari

Bahan-bahan :
1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
Jagung kering secukupnyer
Garam secukup rasa
Tambah karamel (optional)
1 sudu mentega / margerin
3-5 sudu besar gula pasir (ikut suka banyak mana pop corn yang ada)



Cara-cara
1) Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panaskan minyak & butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
2) Masukkan jagung kering menutupi dasar periuk. Tuang jagung kering rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
3) Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
4) Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Untuk Karamel [Optional]
1) Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
2) Siap..

Senang rupanyer buat pop corn ni...nanti balik Malaya boleh buat business jual pop corn..hikhik..

3 ulasan:

kew_chop berkata...

senang kan wat popcorn ni. balik wat bisnes la, hihi

cicayanki berkata...

kaknor, dena pun nk try buat this weekend! heheheh!!

imran sed, abunai sbb nnt dia poppoppop :p

NorNaza berkata...

Murni > tula kisahnyer senang rupanyer buat pop corn ni..hehe

Diana > try2..nanti boleh makan duk ngadap movie ngan Imran..hehe

Catat Ulasan