-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie

2010-03-01

Makan di Kashmir

Tengahari semalam lunch bersama dengan kawan2 nihonjin ni di Restoran Kashmir. Ayah bergembira di Kyoto nun..kami 3 beranak bergembira jugak disini...bergembira sebab dapat makan mutton beriani!!! Biasa sebulan sekali memang mesti nak pekena ngan mutton beriani ni...Ini ajerla satu2nyer restoran yang makananyer lebih kurang adik beradik Malaysia, sesuai sesangat dengan tekak2 kita ni. Tapi semalam sengajala kawan2 tu ajak makan diluar mentelah ayah pun takde di rumah. Diorang pun dah agak lama tak kesitu, biase kalau nak makan kat situ diorang akan ajak ibu sekali. Sebabnyer kene call dulu baru orang Pakistan tu masak!! (ni special sikit...) kalau datang terus pun takper tapi order apa yang ade dalam menu ajerla...

Bersama sekali dalam lunch semalam adalah Nakamuran san, yang pernah bawak kami masa petik epal dulu. Dialah yang teringin sesangat nak merasa makan beriani tu, sebabnyer dia pun salah seorang penggemar masakan2 yang pedas2 ni. Ini kira pertama kali dia masuk kesini.

Kesian tengok dia makan, habis berpeluh2!! hehe...Tapi katanyer oishii..oishii, yang buat peluh melampau2 tu dia bantainyer order chicken curry yang pedas tu, padahal boleh aje order yang kurang pedas seperti customer2 jepun yang lain, tapi sebabkan nak cuba dan katanyer dia memang suka makan pedas nahhhh berasap telinga..makan bersulam dengan air jer...haha...kesian!!! Yang dua sahabat lagi tu order chicken curry yang kurang pedas memang licinla diorang makan!! Sedap katanyer..

Kenyang perut sampai malam tak makan!! Nak jadi rezeki semalam special pulak orang pakistan tu serve. Ada additional menu pulak...agaknyer dia dah cam muka ibu ngan anak2 kot, pulak tu memperkenalkan restoran ni kat kawan2 jepun agaknyer...huhu
Apapun alhamdulillah rezeki pada hari tu...

0 ulasan:

Catat Ulasan