-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-03-31

School re-entry registration

Minggu ni ayah dapat cuti seminggu dari syarikat, yerla baru jer balik sini dah kene kerja hari isnin tu (22hb lepas..) tak dapat nak rehat2kan diri dah kene lapor diri..sebab utamanyer terpaksa buat job transfer atau ambil alih kerja staff berkenaan yang akan turun ke Jepun untuk 2nd batch yang sama programme macam kami dulu, jadinyer staff tu kenela turunkan segala ilmu2 sebelum dia berangkat ke Jepun pada Jumaat ini.

Jadinyer dapatlah minggu ni settlekan urusan2 kemasukan anak2 masuk sekolah. Semalam dah pergi laporkan diri kat sekolah lama Mifzal masa dia sempat masuk darjah satu selama 4 bulan sebelum ke Jepun. Segala history tentang bertukar sekolah sementara memang dah direkodkan sebab ibu dah buat surat jadinyer masa kami datang ke sekolah semalam terus2 jer kerani sekolah berkenaan tu ingat citer 2 tahun lepas tu....( senang keje teman...)
Inilah sekolah baru anak2 ibu..tapi leceh sikit sebab abang dan adik berbeza masa. Mifzal yang masuk tahun 3 bersekolah pagi dan Ikmal tahun satu akan bersekolah petang..jenuh jugak nak arrangekan masa tu.. Kelas belum ditentukan lagi sebabnyer akan diadakan satu test untuk menentukan kelas2 yang mana...
Pada ibu untuk permulaan ni takperla kalau tak dapat kelas yang bagus, nanti bila dah lama sikit buat yang terbaik yer nak.. Ambik masa jugak nak kenalkan dengan sylibus sini yang sah2 berbeza dengan sekolah di Jepun tu!!..

Sebelum tu kene buat re-entry registration kat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kene dapatkan surat pengesahan dari JPN. Hari ni menyettlekan urusan disini dan esok anak2 dah boleh masuk sekolah. Bermulalah alam baru disekolah sini pulak...Gambatte kudasai... (SEMOGA BERJAYA..). Ibu dan ayah doakan yang terbaik untuk anak2 disini......

0 ulasan:

Catat Ulasan