Seperti yang diceritakan dalam entry lepas, kawan2 ayah semasa belajar nihongo (selama 6 bulan dulu) telah mengadakan jamuan perpisahan. Buat di Kyoto pada Sabtu lepas. Kesemua geng2 sestudy tujuh orang tu berpakat turun ke Kyoto. Kenapa Kyoto pulak?? Kenapa tak Toyama jer ..kan senang.. Nak tau sebabnyer kenapa buat nun jauh disana??? Sebabnyer sensei yang mengajar diorang tu duk kat Kyoto dan staff2 dari HQ yang join jugak pun dari sana jadi terpaksala semua turun ke situ belaka. Yang sorang tu dari Tokyo pun terpaksa turun jugak naik shinkansen..habis beribu2 duit tu!!!, ayah tumpang kete kawan dia yang orang Thai tu..perjalanan mengambil masa empat jam dari Toyama.
Inilah dia orang2 1st transferee programme macam kami ni, bekerja di negara matahari terbit. Rata2 dari negara Thai dan China. Kesemua akan balik pada Mac ni, cuma yang sorang tu jer balik Sept (yg nampak kepala sikit tu..). Kalau nak tau rambut kuning secuit tu, itulah dia sensei nihongo!!. Sakan tak bergaya tu!! Rambut udah macam kaler burung kakak tua jer...haha....Umur pulak tak nak tanyer ke??? Cuba teka??? Mesti korang rasa tak caya kan yang sebenar2nyer umur sensei tu 80tahun!!!! Betul ke??? Kalau opah kat kampung tu umur macam ni dah tak sihat dah.....emmmm ala...
Main menu hari tu adalah masakan Thailand..tukang masaknyer pun semestilah orang Thai!!. Buat pun kat kelab syarikat jer. Segala ayam dan daging halal semua order online. Sebab ada sorang yang special dalam party tu...huhu..
Bergambar kenangan bersama2...termasuklah juga staff2 dari HQ yang banyak mengesahkan urusan kedatangan kami dan juga kawan2 yang lain tu. Thank you for your cooperation...
Nak tengok tak apa hadiah yang kami bagi kat sensei tu??? Jom scroll kebawah..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tara......
Dan sensei tu pun ada bagi hadiah jugak pada rakan2 ayah tu. Ini yang kami punya...
Dua helai scarf corak bunga sakura. Cantik sangat2...kalau kita framekan cantik tak agaknyer??
0 ulasan:
Catat Ulasan