-----> About me

Foto saya
Ipoh, Perak, Malaysia
Ibu kepada 3 orang hero,Nizarul Mifzal Amin (12 tahun), Nizarul Ikmal Afif (10 tahun) & Nizarul Irfan Aqil (2 tahun ) dan disayangi oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Nazaruddin b. Sulaiman.Blog ini dijadikan sebagai satu naskhah istimewa buat anak2 ku tercinta,juga sebagai tinta hati buat suami tersayang.Blog ini mula dibangunkan pada 2009.

-----> Wedding

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

-----> My Son's

Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

2010-03-26

Cerita2 di Mesia

Hari ni cukup seminggu kami berada di tanah air...badan pun terkejut dengan kejutan cuaca disini...bayangkanlah sebelum kesini temperature di jepun adalah 5-8 darjah...tapi disini over 30 darjah!! tak ke badan pun rasa terkejut..
Setiba ajer menjejakkan kaki di KLIA minggu lepas agak berpinau rasa badan...sebab bahang panas yang terasa tu!!! Dari bapak..mak sampai anak2 kecoh mencari toilet nak salin pakaian. Dari 3 helai tinggal sehelai ...hehe..itulah penangan cuaca disini....

Pepagi hari Sabtu lepas kami anak beranak pekena dengan roti canai + teh tarik!! Ni kira sarapan kat kedai mamak Salim de Corner la ni....dekat jer dari rumah kat Seksyen 18 nun...masih tak berubah suasana di kedai tu.. perghhhh baru betui nampak suasana di Mesia!!! Nak compare lebih2 pun nanti ade orang yang marah....nanti ade orang cakap " Haaa..pi la duk lama2 kat Jepun tu!!.."hehe.. (paham2 la maksud tu yer....) Pengalaman mengajar segalanyer....

Lepas ni naik balik ke badan wehh..takper mula2 sampai memang semua nak rasa..lepas tu jaga balik kesihatan yer bang...hehe. Bukan apa bila umur dan nak masuk 40an ni kesihatan memang kene titik beratkan risau macam2 penyakit yang datang..

Selepas pekene sarapan terus pecut ke rumah mak mertua di Parit,Perak, belum jumpa lagi dengan famili disana. Famili sendiri dah jumpa malam2 sesampai jer kami disini sebabnyer diorang dah tunggu kat rumah kami nun..

Ini kenduri doa selamat kecil2an yang dibuat dirumah mak mertua. Hanyer adik beradik dan sedara terdekat jer..Buat pada hari Ahad lepas..



Dan yang hemsem diantara yang paling hemsem ni adalah tok (bapak pada mak mertua)..umur pun dah lewat 80an..tak larat dah..rezeki kami dapat jumpa dengan tok lagi..tapi ingatan tak berapa kuat dah.....semedang lupanyer...ayat yang sama selalu diulangnyer...." Kamu sapa???"...hehe

0 ulasan:

Catat Ulasan