Dalam banyak2 musim kami berada dinegara ini, hanya musim bunga jer yang dapat tempuh sekali, berbanding musim2 yang lain. Baik panas, luruh dan salji semua2 tu dapat tempuh atau merasa dua kali!! Sebabnyer masa mula2 sampai sini pada tahun 2008 tu adalah bulan May, ikutkan memangla masa bulan tu adalah musim bunga, tapi baru2 sampai tempat orang tercangak bangak lagi..nak jalan2 pun tak reti lagi..berkurung dalam rumah jer masa tu...hehe...
Tahun ni gayanyer tak sempatla nak merasa tengok bunga sakura dan spesis2 bunga yang lain. Seronok sebenarnyer tempuh musim bunga ni...cantik sangat2..dan cuaca pun sangat best dan nyaman pada ketika itu..sana sini penuh dengan warna warni bunga...huhu
Disebabkan tahun ini tak sempat nak tengok bunga sakura bermekar2an jadinyer sahabat sorang ni dengan sedaya upaya mendapatkan beberapa batang bunga sakura daripada seorang kawannyer untuk dibagikan kepada ibu. Bunga ni akan cepat mekar jika kawasan tempat tu suam2, dengan kata lain tak sejuk sangat!!! Jadinyer bile bunga tu berada didalam rumah berserta dengan heater yang terpasang cepatlah bunga2 tu mekar.. Begitu prihatin si Yoko san tu... Jom sama2 tengok bunga sakura dalam rumah kami ni!!
Bunga sakura ni kaler putih...ader jugak spesis yang kaler pink2 slow tu...wahhh merasa jugak tengok bunga sakura tahun ni walaupun tak merimbun yang macam tahun lepas tu...memang betul kata sahabat tu, kalau duk tempat suam2 cepat dia mekar!!, masa dia bagi bunga ni semuanyer masih berputik lagi....suka..suka..
Tunggu masa jer yang putik2 tu nak mekar!!..terima kasih pada Yoko san yang baik hati tu, bersusah2 dapatkan bunga sakura ni untuk ibu!!..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jom nak share beberapa gambar kenangan masa tengok bunga sakura ni pada tahun lepas.
Rindua-rinduan...jadi kenang-kenangan...
Kita hanya mampu merancang....
Setahun yang lalu
2 ulasan:
nanti musim haru bebila dtgla nihon balik holiday, leh kita beronggeng bergossip di bawah pokok sakura..
kalau ade pitih lebih kompem mesti turun...hehe
Catat Ulasan